Misteri Kubur/Mayat di Kubah Hijau Masjid Nabawi

admin Avatar

Pernah dengar tak tentang kisah Masjid Nabawi… Tentang mereka2 yang nak berbuat khianat terhadap jasad Rasulullah yang mulia?

Salah satu kisah yang diceritakan orang ialah tentang seorang lelaki yang memanjat dan cuba meruntuhkan kubah hijau, yang mana di bawahnya terdapat makam Rasulullah.


Lelaki berkenaan dikatakan mati dipanah petir, dan mayatnya melekat pada kubah tu. Bila tak dapat diturunkan dan keadaan buntu, seorang ulama Madinah bermimpi bahawa mayat itu memang tidak boleh dibawa turun dan dikuburkan di situ.


Gambar di atas dikatakan ‘mayat’ tersebut yang ditutup dan disemadikan di atas kubah hijau masjid Nabawi yang menaungi makam Rasulullah.

Benarkah dakwaan ini?

Setelah merujuk kepada beberapa orang yang pakar dalam hal Masjid Nabawi, ternyata ‘kubur’ tersebut adalah lubang yang terdapat pada kubah hijau tersebut.

Punca lubang itu pun ada banyak teori, ada yang kata lubang ventilation, lubang yang dibina semasa Saidatina Aisyah berdoa minta hujan.. Macam2 lah.

Tapi ternyata kisah ada kubur dan mayat melekat pada kubah hijau Masjid Nabawi adalah palsu. Sebagaimana adabnya di masjid Nabawi, manusia biasa tidak patut berada lebih tinggi dari Rasulullah.

Sebenarnya saya pun tak tahu tentang cerita ni semasa berada di sana. Balik Malaysia baru dengar cerita. Elok juga, karang yang niat nak ziarah Rasulullah jadi nak tengok ‘mayat’ misteri atas kubah tu pula 🙂

Apa-apa pun banyak benda yang disebarkan tentang Islam yang berbau kebenaran… Semak dulu dengan yang berkenaan sebelum kita turut menyebarkan. Ingatkah prinsip syaitan menyesatkan umat manusia ialah KEBENARAN.

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Misteri Kubur/Mayat di Kubah Hijau Masjid Nabawi”

  1. Hasnul Mutawif Avatar

    Tersenyum baca kisah ni. Entah kenapa orang Malaysia memang suka kisah mistik

    Masa pergi haji dan umrah pun masih lagi tak lepas dari ke mistikan ni

    Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge