Fahry tengok apa tu booooolatnya mata!
Di kalangan ibu2 di atas sana tu, saya kira saya paling bertuah. Fahry saya sangat sihat, dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang sangat baik, walaupun beliau seorang bayi pramatang. Demam2 sikit, biasalah.. mana2 budak pun tak lari dari demam2.
Namun perkara yang selalu buat saya leka ialah memerhatikan perkembangannya. Sedar tak sedar anak saya ni bakal mencecah usia setahun dalam masa sebulan lebih je lagi. Mungkin kerana saiznya yang cilik lagi kecil molek menyebabkan saya lupa yang FAHRY DAH BESAR!
Berat badan Fahry sekitar 6.3kg sahaja, sama dengan berat Hafiy semasa usia Hafiy 2 bulan! Jauh kan beza julatnya tu. Namun tak ada apa yang nak dibimbangkan, makannya banyak, menyusu pun kuat. Mungkin sebab dia dah aktif sekarang.
Saya rasa macam tak percaya Fahry dah sebesar sekarang ni. Maklumlah, dulu dia cuma sebesar dua tapak tangan saya.
Tapi disebabkan fizikalnya yang kecik tu saya jadi alpa. Itulah yang ABiy sering tegur sebab dia kata saya kurang merangsang Fahry seperti saya merangsang Hafiy dulu. Ya lah.. Fahry dah 10 bulan tapi fizikal baru macam baby 2 bulan (refer to Hafiy), mana saya nak rasa dia dah besar kan?
Tapi sekarang Fahry dah boleh merangkak, memanjat (objek rendah) dan duduk sendiri. Makan sendiri pun boleh dah. Tapi saya tetap rasa dia baby… baby…
Fahry mengajar saya erti ketabahan, erti kesyukuran, dan erti telinga tebal. Telinga tebal ialah bila terpaksa ignore kata2 yang mengguris hati. Bukanlah selalu saya diguris hati hehe, tapi, saya kena expect Fahry nanti bakal menerima teguran tentang keadaannya, jadi untuk jadikan beliau seorang yang tak kisah dengan semua tu, saya pun kena jadi tak kisah dengan benda2 macam tu, betul tak?
Tapi saya betul2 tak kisah bila menerangkan tentang keadaan Fahry 😀
Ramai kawan saya yang ‘terasa hati’ kerana saya tak berterus-terang tentang keadaan Fahry.
Tapi apa yang harus saya katakan ya..? Macam dilema dulu2 pun, saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya taknak disalah tafsir sebagai ‘meraih simpati’ sebab anak saya bukanlah seorang budak yang kasihan (gaya bahasa komik Jepun). Tapi kadang2 saya dianggap nak menyorokkan keadaan anak saya. Takkanla nak boh dalam paper pulak kan, dah cerita dalam blog sudah lah. Yang tak baca tu nak buat macam mana 😀
Tapi sekarang saya dah boleh jawab dengan selamba bila orang bertanya tentang kaki dan tangan dia “Tak ada.. dari lahir lagi” dengan wajah penuh excited.
Kadang2 saya rasa malu juga nak cerita lebih2 tentang Fahry. Saya rasa saya nothing. Berdekatan kampung saya, ada seorang budak yang tak ada kaki dan tangan tapi dia sangat pandai. UPSR 5A, PMR 9A. Saya rasa mak dia adalah seorang yang sangat super. Boleh imagine budak yang tak ada anggota tu jadi best student? Mak dia mesti seorang yang kuat semangat dan kuat memberi semangat pada anaknya.
Kawan2 saya dalam gambar di atas, Jiey dan Noina, (termasuk kawan2 lain yang tiada dalam gambar), mereka jauh lebih tabah dari saya. Anak saya cuma tak ada kaki je. Segan pula nak kecoh2 kan. Macam lah teruk sangat kan. Tapi saya takkan berhenti menulis tentang Fahry. Walaupun mungkin ada orang fikir “Alah, macam tu je, takdelah teruk sangat” Tapi orang tak tahu apa yang kita alami kan?
Saya doakan ibu2 yang mempunyai anak istimewa akan terus tabah dalam mengasuh dan mendidik anak2 ni. Kekurangan, samada dari segi mental atau fizikal, luaran atau dalaman, tetap satu kekurangan. Jangan sesekali kita memandang enteng pada keadaan mereka, walaupun dia cuma kurang satu jari, kerana mereka lebih tahu apa yang mereka rasa. Sebab tu lah kita ibu bapa kena jadi tabah agar mereka pun tabah dan tidak merasa mereka ni ada kurang di mana2.
Leave a Reply