Merancang Majlis Perkahwinan Di Bawah Budget

by admin on July 23, 2010 · 15 comments

Merancang majlis perkahwinan tu memang penat. Lagi-lagi kalau jenis yang fikir nak berhabisan, maklumlah kahwin sekali seumur hidup je kan. Biar pakai baju tercantik, makanan tersedap, tempat terhebat, hantaran terbanyak.

Ramai juga calon pengantin yang gelisah dengan isu-isu sedemikian. Bakal mak mentua minta mas kahwin RM20 ribu sedangkan gaji si bakal menantu cuma nak cecah2 2 ribu. Lepas tu kenduri nak besar2 biar boleh lawan jiran sebelah yang baru lepas kenduri 2 bulan lepas tumbang 2 ekor lembu.

Ada pula bakal pengantin 2-3 hari sebelum majlis perkahwinan, tiba2 membatalkan semuanya.

Sebenarnya, merancang majlis perkahwinan tak perlu nak berhabis-habisan. Majlis perkahwinan yang meriah, tetap boleh dilaksanakan dengan budget yang sederhana. Apa salahnya kalau berjimat-cermat semasa majlis perkahwinan, duit yang lebih2 kan boleh digunakan untuk bercuti, berbulan madu ke tempat yang menarik sikit, boleh juga guna untuk tujuan2 lain seperti untuk bayar deposit sewa rumah, beli barang2 rumah, dan sebagainya.

Perlukah berhutang sakan untuk majlis perkahwinan yang meriah? Mungkin tidak.

ist2_6305503-sunset-wedding

1. Rancang dari awal

Zaman sekarang rasanya lebih dari 97% pasangan adalah yang dah lama bercintun-cintun, makwe-pakwe, couple2 sebelum kahwin. At least mesti ada target nak kahwin dengan kekasih hati. So rancanglah dari awal tentang majlis perkahwinan, alah, mana ada orang esok nak kahwin, hari ni baru decide. Kalau dapat merancang majlis perkahwinan dari awal (bukan rancang macamana nak tuuutttt~~~), dapatlah survery2 mana katering paling murah, mak andam paling murah, doorgift paling murah (orang Kelantan panggil sisa. Hehe, buruk namanya kan), jurugambar paling murah dan sebagainya. Barang2 hantaran pun mungkin boleh cari masa diskaun jualan murah.

2. Mula Menabung

Biasanya bila sampai masa nak merancang majlis perkahwinan baru sibuk nak menabung. Sepatutnya awal2 lagi ‘tabung perkahwinan’ dah masuk dalam budget. Letak seringgit sehari pun dan OK. Takpe, tak gatal pun, nanti menyenangkan kita juga. Ini, kahwin nak meriah, poket kosong apa cerita.

3. Dapatkan khidmat wedding planner secara percuma

Ini mudah sahaja. Cari saja mana2 kawan yang baru selesai langsungkan majlis perkahwinan. Jadi, boleh dia tolong kita merancang majlis perkahwinan kita pula. Dia pun mesti excited nak kongsi pengalamannya.Tapi kalau kawan tu budget kahwin RM100k, tak payah la ikut. Atau boleh pinjam ke mana2 alatan kahwin dia yang masih boleh pakai :D

 

4. Majlis perkahwinan di luar ‘masa puncak’

Masa-masa punca (peak hour) untuk majlis perkahwinan biasanya pada hujung minggu, musim cuti sekolah, musim perayaan dan sebagainya. Rancang sebuah majlis perkahwinan di luar dari masa2 kebiasaan orang buat kenduri. Buat hari Selasa ke, Rabu ke, jadi tak adalah kena ajak ramai2 sangat jemputan. Yang dekat2 je, orang jauh2 susah nak datang sebab kerja kan. Jadi boleh jimat duit jamuan.

5. Jimatkan wang hantaran/mas kahwin

Kalau orang Kelantan, secara tradisinya kami tak ada hantaran, sebaliknya yang ribu2 tu dikira sebagai mas kahwin. Tak kita lah hantaran ke, mas kahwin ke, kalau rasa sebelah lelaki kurang mampu, jangan minta melebih2, kesian kat dia. Tapi orang sekarang kalau minta sikit2 jadi buah mulut pulak kan? “Haaa, kau ada degree hantaran 2 ribu je? Si Tipoh tu SPM je pun RM10k tau!” Hehehe, taraf pendidikan menjadi ukuran hantaran kahwin T_T. Gunakan kombinasi nombor yang unik supaya bila orang mengata, kita boleh jawab “2,103.82 tu tarikh lahir saya, 21 haribulan 3 tahun 82. Saja nak abadikan dalam hantaran kahwin. Bila lagi.” Settle.

6. Pakai baju biasa-biasa je

Kalau kahwin tak pakai songket sepasang tu tak boleh jadi, kan? Pakai je baju biasa, baju raya ke, cantik jugak. Dah jimat duit sewa baju. Nak cantik jahit la labuci ke, letak manik2 rhinestone, pakai veil letak bunga je tak payah tiara bagai.

ist2_271355-bride

Akak ni sempoi je letak bunga besar kat kepala, no problem

7. Ikut tuntutan syariat, bukan tuntutan nafsu, masyarakat, etc.

Kadang2 yang rancang majlis perkahwinan beriya-iya ni bukanlah apa, tapi sebab orang keliling kadang2 mengata, banding2 dengan majlis orang lain. Lagi2 kalau parents yang terlibat adalah dalam golongan yang sama camtu jugak, hmmm susahlah. Budget ciput je tapi majlis mengalahkan Erra Fazira. Nak kasik impress Mak Jah sebelah la katakan, “Majlis kahwin anak aku lagi meriah, lagi hebat!” sudahnya berhutang sana-sini. Mak Jah tu takpela dia jutawan MLM, nak buat majlis macam ape pun dia tak heran, hehe.

Apa-apapun, majlis perkahwinan tu memang dianjurkan dalam Islam, untuk menghebahkan pernikahan dan ikatan sah tu. Tapi berpada dan besederhanalah. Tak perlu nak berhabis sakan dengan alasan ‘sekali seumur hidup’. Kalau budget banyak tak apa. Ini dalam nak memenuhi tuntutan dalam pernikahan tu jadi member setan pulak bila dah terbazir sana-sini akibat nak majlis yang grand sangat.

Kehidupan selepas kahwin itu lebih banyak memerlukan duit. Nak memulakan hidup baru, walaupun dah couple dating2 10 tahun dah, tak sama bila dah kahwin.

Majlis perkahwinan yang melampau, bukan saja menyusahkan bakal pengantin, tapi juga merendahkan hikmah perkahwinan itu sendiri. Ya lah, kahwin itu disyariatkan supaya dapat menyalurkan kasih sayang, nafsu syahwat dengan cara yang betul, untuk menjaga keturunan, memelihara kesucian diri, sebagai medium pendidikan Islam dalam keluarga, membina silaturrahim dan sebagainya, tapi menjadi dilema bila terpaksa ditangguh-tangguh sebab tak cukup duit untuk majlis perkahwinan yang grand.

{ 15 comments… read them below or add one }

eT July 23, 2010 at 8:55 am

kite dah kawen…huhu…
tp mmg pening ngan modal bila nk beli macam2…
xdan ngan duit…
yg penting planning…beli barang sket2….
.-= eT´s last blog ..okehdone!!! =-.

Reply

Mommy Lyna July 23, 2010 at 11:25 am

Planning yg penting. Beli sikit2, masa sale bleh borong. Kalau ade member2 pegi bandung ke guangzhou ke bole kirim :D

Reply

lydzar July 23, 2010 at 9:42 am

seb baik masa kawen dulu tu, kos tak melampau mcm saat ini..huhu
.-= lydzar´s last blog ..Potty training =-.

Reply

Mommy Lyna July 23, 2010 at 11:26 am

Huhu

Sian adik2 :P

Reply

eliss July 23, 2010 at 9:53 am

start menabung dari awal berchenta..muahahahahahaha :P
.-= eliss´s last blog ..My hubby Lari Dari Rumah Sebab Dipaksa Kawen =-.

Reply

amirah July 23, 2010 at 10:08 am

“Tapi kalau kawan tu budget kahwin RM100k, tak payah la ikut. Atau boleh pinjam ke mana2 alatan kahwin dia yang masih boleh pakai”..mana link “like” ni??!! nak klik “like”..hihihi..

yela lyna, kenala ada jimat cermat jugak sebab camne pon majlis kita hatta mjlis erra fazira pun mesti org mengata punya “lorrr..bagi ni jerrr???!!”..kalo kecik pon lagile mengata..so, kesimpulannya, nak kawen ke taknak?ke nak kawen dengan jiran sbelah rumah tu?? (yg jutawan MLM tu ker??)..bersederhana dan ikut kemampuan..kalo byk bajet apa salahnya janji jgn geng ngan setan kan…
.-= amirah´s last blog ..Selamat Hari Jadi Ke 30 Tuan!!Hehe =-.

Reply

zety zainal July 23, 2010 at 12:10 pm

sokongle kate2 amirah atas nih,ehh jiran sblh jutawan mlm eh?>kih3
.-= zety zainal´s last blog ..mama zharfan 1st GA ole-ole dari UK =-.

Reply

sya July 23, 2010 at 12:36 pm

hehe..
masa decide nak duit hantaran sikit, jenuh tahan telinga orang mengata “tak sepadan dengan degree” kononnya. bila barang hantaran murah, langsir rumah murah, segalanya murah, memang sengih tahan telinga je laa.. tapi, sekarang, kita yang sengih sebab tak payah bayar hutang kahwin.

biar sederhana, jangan berhutang untuk kenduri kahwin sampai ke anak cucu… :P
.-= sya´s last blog ..motor sering menjadi mangsa =-.

Reply

mrsnik@meah July 23, 2010 at 10:47 pm

i kawen dulu pon simple jer tapi meriah, hehe(cliche kan)..tp betul ar, hantaran wat sendiri, souvenier wat sendiri,baju pilih sendri n best of all, i deco sendiri pelamin, sewa barang jer dgn mak andam..pelamin rod iron dgn stage 2 layer n barang2 baru, spotlight segala, rm450 jer..tp jenuh ler nak cari n get the best deal..tp kalu rajin..mmg dpt….skrg, sguh senang hati, sebab x perlu berhutang pun or wat loan ape2…org melabur dpt bunga…..saya melabur dpt durian..aaa??
.-= mrsnik@meah´s last blog ..org melabur dpt bungasy melabur dpt durianaaa =-.

Reply

fendi August 6, 2010 at 1:15 am

wahhhhh bestnye kat sini/…….

mcm 3x ada…………

Reply

yazidyaacob October 31, 2010 at 11:47 pm

hmmm.bagus la coment2 u all..at least i leh plan utk kahwin bulan 3 nih..bajet x byk nih..dh x sempat nk menyimpan..huhuhu

Reply

cplud miera February 14, 2011 at 2:35 pm

salam, info yg sgt bagus. mohon copy tuk di share yer tuan punye blog

Reply

zaza December 24, 2012 at 11:19 pm

yang penting perkahwinan yang berkat kan.. biar hantaran murah janj xberhutg di kemudian hari.. so lelaki2 kat lua sne klu nk cri wif cri la yang menyenangkan kite.. yng boleh tlg dlm persiapan perkahwinan.. tak semestinya 100% wang hantaran dr pihak lelaki.. pihak perempuan pn boleh tolong sikit2.. xkisah la dapt tolong 10% dari jumlah hantaran tu pun dah Alhamdulillah.. mase ni la kite nak tunjukkan kite boleh bersusah snang bersame :-)
zaza´s menulis tentang ..Menjual Quilling Thank You TagMy Profile

Reply

irahani August 16, 2014 at 8:56 am

Sy pun baru nak plan my wedding.. Thanks for your info.. Sy plan nak buat simple je tapi takut cik emak pula yg terlebih.. Kdg2 dia terikut gk ckp org2 macam tu macam ni.. Ermm lebih kurang sama kes takut org mengata tu la.. Plan duit hntran half dr my cousin yg ada spm,je.. Tahan telnga je la nty suara2 sumbang yg keluar.. Huhu.. Doakan majlis kami nty dipermudahkan..

Sy pun ada dpt guides dr Ebook planning majlis perkahwinan yg complete dr bajet, checklist apa nak buat, worksheet gerak kerja and so many tips and kat mane nk dapat services utk pelamin, catering, tempat, goodies.. Sesiapa yg berminat boleh check my blog.. ;)

Reply

Potty October 3, 2014 at 4:01 pm

Hello! I know this is kind of off topic but I was wondering which
blog platform are you using for this site? I’m getting fed up of Wordpress because I’ve
had problems with hackers and I’m looking at options for another platform.
I would be great if you could point me in the direction of a good platform.
Potty´s menulis tentang ..PottyMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: