Bila bercakap soal kewangan, biasanya yang muncul dalam kepala kita ialah tentang duit.Ye lah memang sah2 la, kata dasarnya pun dari WANG=DUIT. Ramai di kalangan kita ni sebenarnya mengalami masalah kewangan yang tak sudah2. Tak kira siapa, orang kata makin besar periuk, makin besarlah keraknya. Maknanya makin ‘kaya’ seseorang tu, makin tinggilah maintenance. Yelah, kalau dah pakai Mercedes tu, mana boleh nak samakan dengan maintenan kereta MyVi 🙂
Dalam pengurusan kewangan keluarga, ada beberapa bahagian. Salah satunya ialah merancang kewangan keluarga. Perkara ni, tak ramai yang mampu buat, sebab kebanyakan kita adalah gagal untuk merancang, jadi memang dah merancang untuk gagal 😛 Sebenarnya ramai yang tak berapa aware tentang pentingnya merancang kewangan keluarga. Yelah, mungkin hari ni gaji macam banyak dan seronok shopping2.
Perancangan kewangan keluarga bukan sesuatu yang main-main. Ia melibatkan masa depan, bukan saja kita tapi juga anak2 dan seluruh keturunan kita. Kena ke merancang ni? Bukan ke kita kena hidup serba sederhana?
Itu yang ramai salah faham. Hidup sederhana, tapi bukan dengan merendahkan cita2. Rasulullah SAW adalah seorang pedagang, walau bagaimana pun, kehidupan Baginda tidak dipengaruhi dengan kejayaan perniagaan Baginda. Nabi bukan aje setakat jual barang kat kedai runcit depan rumah, tapi melibatkan perdagangan antarabangsa. Namun begitu, kehidupan Baginda tetap macam tu.. kenapa? Kerana harta2nya diinfakkan, bukan ditabur ke shopping complex atau butik2 😀
Ada dua perkara mustahak di dalamnya, 1) merancang, dan 2) kewangan.
Kenapa merancang? Kerana itu adalah sunnatullah dan tuntutan kehidupan. Saidina Ali berkata “Kebatilan yang terancang adalah lebih baik dari kebaikan yang tak terancang”. Maknanya di situ perancangan yang bagus itu adalah amat penting daripada segalanya.
Kejayaan Rasulullah, Khadijah dan para sahabat dalam perniagaan, bukanlah satu perkara yang berkait dengan ‘tuah’, ‘berkat’ dan sebagainya, sebaliknya mereka menpunyai perancangan yang rapi dalam bisnes, hinggalah begitu berjaya dalam bidang itu.
Contohnya, Rasulullah adalah seorang peniaga yang sangat masyhur Dan menjalankan perniagaan import eksport ke luar negara, bukan takat bukak kedai runcit depan rumah Baginda je. Dan sebelum bertemu dengan rakan niaganya, Baginda akan study dulu tentang profil negara tersebut. Orang pun suka la kan, bila kita tahu banyak tentang tempat dia.
Kesah daripada tindakan yang tidak terancang ialah seperti dalam Perang Uhud yang mana tentera pasukan panah dengan rakus terus turun ke lembah tanpa mendengar arahan ketua mereka.
Peristiwa Hijrah juga ada banyak teladan tentang perancangan, contohnya persembunyian Rasulullah SAW di Gua Tsur bersama Abu Bakar, pembinaan masjid Quba’ semasa mula2 sampai ke Madinah, persaudaraan Muhajirin-Ansar dan sebagainya. Semua itu ada strateginya.
Kedua ialah kewangan. Orang kata money can’t buy happiness tapi bila takde duit, boleh ke happy? Rasulullah malah pernah bersabda “..kefakiran itu adalah hampir dengan kekafiran”, maksudnya betapa mudaratnya miskin melarat hingga boleh menyebabkan seseorang tu sampai boleh keluar dari Islam.
Kisah benar seorang gadis M (hehe talleh sebut full nanti Salzahari marah, huhuhu) yang hampir2 meminta bantuan gereja, dah naik cab dah nakgi gereja sebab dah taktau nak minta tolong dengan sapa.
Common sense, kalau kita miskin fakir, bukan saja keperluan asas setakat cukup2 tapi benda2 essential dalam kehidupan seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Bayangkan berapa ramai budak2 yang tak mampu nak bersekolah sebab famili takde duit.
Walaupun kita Kaya raya sekarang tapi semua tak mustahil sebab kita cuma hamba aje. So tak kiralah sekarang kita gaji sikit ke, banyak ke, haruslah merancang ikut kemampuan dan keperluan kita.
Bagaimana nak tahu kita berjaya atau tidak dalam merancang Kewangan keluarga?
1. Adakah kita selalu kesempitan wang?
2. Adakah kita ada banyak hutang kredit kad?
3. Adakah kita hanya bayar minimum payment untuk kad kredit?
4. Adakah kita ada tunggakan bil dan pembayaran2 lain?
5. Adakah kita tak ada saving bulanan?
Jika sekiranya kebanyakan jawapan untuk persoalan di atas adalah YA, kedudukan anda agak bahaya sebenarnya. Yang bahaya bukan sebab anda sedang ke arah ke-pokai-an, tapi bahaya sebab kewangan keluarga anda kelihatan tidak berapa terancang. Kalaulah ia berlarutan, boleh membawa kepada kerumitan yang susah nak cakap.
Bukan masalah gaji kita akan naik tahun depan, atau nanti dapat bonus boleh settle semua, tapi masalahnya ialah kurang merancang untuk kewangan keluarga. Bila terlalu bergantung kepada “gaji naik nanti” atau “dapat bonus nanti” umpamanya macam kais pagi makan pagi, kais lagi makan lagi. Macamana kalau tiba2 gaji tak naik? Atau bonus tak ada?
Merancang kewangan keluarga tu bukannya merancang untuk “nanti dapat bonus buatlah” tapi upront kita dah plan dan apa nak buat dengan duit gaji ni. Berapa peratus untuk simpanan, berapa peratus untuk household, pendidikan, anak2, hiburan dan sebagainya.
Antara langkah2 yang boleh digunapakai untuk merancang kewangan keluarga:
1. Buat plan kewangan keluarga, short term (jangka pendek), medium term (jangka sederhana) dan long term (jangka panjang).
Short term itu mungkin plan perbelanjaan bulanan. Medium term mungkin dalam masa setahun. Long term mungkin dlm jangkamasa 5 tahun. Dari situ kita boleh rancang kat mana yang boleh kurang belanja, tang mana boleh jimat2, etc.
2. Fikir dan rancang tentang pendidikan anak2.
Yuran taska anak2 saya, seorang minimum RM400. itu tak masuk kos2 lain dan overtime. Sebulan dalam seribu jugaklah untuk taska sahaja. Itu belum masuk sekolah dengan tuisyennya segala. Belum lagi masuk kalau tambah anak.
3. Bezakan antara keperluan dan kemahuan
Setiap orang berbeza kemahuan dan keperluannya. Kenali kehendak dan keperluan kita, so that kita boleh match-kan dengan pendapatan kita. Yang ini memang kena betul2 ukur baju di badan sendiri. Ada orang dia memang perlukan kereta besar2, tapi mungkin kita cuma perlu sebuah kereta yang asal boleh jalan je. Ada orang kena makan Manhattan Fish Market setiap minggu tapi mungkin kita masih boleh bertahan dengan hanya beli sutchi fish fillet dan fries di Tesco.
4. Cuba untuk elakkan hutang
Kecuali loan rumah, kereta tu tak bole buat apa la kan, kecuali cukup cash untuk beli semua tu cash 😀 tapi kalau rasa cukup cash kot takde la masalah kewangan pulak kan? Elakkan hutang2 caripasal seperti hutang kad kredit. Kalo easy-payment beli barang tu kira OK la sebab tak kena interest (kalau pakai cc kena interest tetap tu takpe) tapi kalau hutang kad kredit ni, tiap2 bulan kena interest. Senang2 je bagi kat depa, baik simpan, kan?
5. Simpan dulu baru belanja
Dapat gaji je terus masukkan some peratus of the gaji ke dalam satu akaun yang tak boleh nak keluar2 (yang takde ATM) macam ASB ke, unit trust ke. So duit tu tak berusik. Duit yang tinggal tu gunala sampai licin tapi jangan usik yang dah simpan awal2 tu.
Daripada pengamatan saya, kebanyakan orang kita fikir “alah takpe, esok ada rezeki tersendiri”. Alhamdulillah, memang prinsip inilah amalan ibu Imam Syafie. Tapi cermin balik diri, adakah kita hidup sebegitu sederhana seperti ibu beliau? Adakah kita sanggup tak makan bila ada pengemis datang ketuk pintu sebab kita beri satu2nya makanan kita pada dia? Adakah kita sanggup berkelana dari Palestin ke Mekah demi supaya anak kita dapat belajar Bahasa Arab yang bagus? Adakah kita sanggup menolak segala kesenangan dunia demi mencapai redha Allah semata2?
Sekali lagi, ukur baju di badan sendiri. Kita pun tahu dunia hari ni makin kompetitif. Semua orang cuma menjaga kepentingan masing2. Dengan kita sendiri pun tak berapa mantap iman dan akidahnya. Jadi kita kena rancang semuanya dengan baik. Memang rezeki tu Allah dah tetapkan untuk setiap orang, tapi Dia juga tetapkan yang kita kena usaha untuk dapatkan rezeki.
Sebagaimana para Nabi mempunyai karier masing2. Sejak zaman Nabi Adam lagi mereka dah bercucuk tanam dan menternak binatang (rujuk kisah Qabil dan Habil yang mempersembahkan korban mereka kepada Allah), bukannya makanan turun dari langit hari2. Jadi kita kena plan semua tuh.
Leave a Reply