Menyusu Selepas 2 Tahun

admin Avatar

Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)

Dari ayat ini ada 2 penafsiran :

1. Kewajipan menyusukan bayi sehingga 2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan.

2. Kewajipan untuk BERHENTI menyusukan selepas anak berusia 2 tahun.

Saya menerima banyak soalan dan mendengar banyak pendapat tentang TIDAK BOLEH menyusukan anak yang berusia lebih dari 2 tahun, samada atas sebab2 merepek misalnya susu jadi darah, susu dah tak ada khasiat dan sebagainya; kepada sebab2 yang agak bijak seperti di dalam al-Quran state “2 tahun”, ibu mesti berhenti untuk susukan anak lain dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan menyusu selepas 2 tahun adalah HARAM.

Kita ikuti jawapan yang diberi oleh Kapten Hafiz Firdaus (penulis buku Pedoman Bermazhab Cara Islam, The Wahhabi Myths dan sebagainya), dalam Majalah Pa&Ma Mei 2011:

“maaf ye gambarnya dah terpadam, apa yang dikatakan oleh Kapten Hafiz adalah – 2 tahun adalah tempoh penyusuan optimum, bukan minimun atau maksimum”.

Saya suka dengan jawapannya “tempoh menyusu 2 tahun adalah OPTIMUM, bukan minimum mahupun maksimum. Optimum maksudnya yang terbaik, yang paling bagus, the most favorable… Jadi sebaik2 waktu penyusuan ialah 2 tahun. Walau bagaimanapun tiada dosa sekiranya ibu bapa bersepakat untuk mencerai susu sebelum tempoh itu (seperti termaktub dalam surah al-Baqarah di atas) dan tidak ada larangan untuk menyusukan selepas tempoh itu.

Selagi proses penyusuan (selepas 2 tahun) itu tidak menyusahkan mana-mana pihak, baik ibu mahupun anak, maka ia tidak memudaratkan untuk diteruskan.

Anak saya sendiri dalam proses ‘weaning’. Lebih mudah untuk wean anak yang dah besar, senang nak cakap; tak payah nak letak2 kopi, jadam segala. Saya pernah buat macam tu juga – letak macam2 tapi budak bijak ni dia sapu je. Macam tu kita pun stress – sebab nak weaning dia sangat; dan pun stress – ‘dikenakan’ dengan macam2. Finally let them wean themselves off.

Apa-apa pun pilihan masing-masing. Jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak menyusukan anaknya hingga tempoh penyempurnaan, juga tidak ada halangan untuk yang mahu melepasi batas waktu itu. Menghayati surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada statement yang menyatakan ..”Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya”.

Indah bukan. Ibu tidak perlu menderita kerana anaknya, dan diberitahu pula ibu bapa boleh bersepakat untuk memberhentikan penyusuan meskipun anak belum berumur 2 tahun. Bayangkan jika Allah wajibkan menyusu penuh hingga 2 tahun… bagaimana dengan ibu-ibu yang tidak dapat melakukannya, misalnya kerana sakit, atau bermasalah sehingga benar2 tak boleh menyusukan… cantik kan susunan Allah itu.

Walau bagaimanapun, tak mudah untuk menyusukan selepas 2 tahun ni. Bukan tak mudah ape, banyak sangat tekanan dari luar. Orang masih belum boleh terima lagi extended breastfeeding. Biasa anak2 yang besar (bukan lagi bayi) menyusu akan kena ejek “Eeiii tak maluuu”.

Malah ada pendapat yang menyatakan penyusuan selepas 2 tahun lebih mendedahkan ‘unsur seksual’ kepada anak tersebut. Katanya sebab mereka nampak payudara itu sebagai ‘objek seks’.

Entahlah ye, adakah budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun?

Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti, maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.

admin Avatar

23 responses to “Menyusu Selepas 2 Tahun”

  1. Maisarah Avatar
    Maisarah

    terima kasih kak, sangat bagus penerangan yg diberi….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sama-sama 🙂

  2. Asiah Abd Jalil Avatar

    Dalam banyak-banyak orang yang berhujah dengan saya untuk mempertahankan extended breastfeeding ni (sebab saya tidak menyokong extended breastfeeding) hujah yang paling bijak ialah hujah Kak Fid. Ramai yang tau, Kak Fid menyusu badan anaknya sampai anaknya dah kenal ABC segala.

    Kata Kak Fid, tanggung jawab seorang ibu ialah menjaga perkembangan anaknya, bukan setakat fizikal, malah emosi. So kalau nak paksa budak tu wean off padahal dia belum bersedia hingga dia rasa macam ibu dia dah tak mau kat dia lagi dan sibuk nak cari baby ganti hingga menjejaskan perasaan si anak, maka tak perlulah nak paksa-paksa buat macam-macam trick bodohkan anak supaya dia benci menyusu. Macam kata Along, pi letak kopi la, jadam la, nak perbodohkan anak. Kalau dia tak mau wean off, beri dia peluang lagi, bukannya si ibu akan menderita kesengsaraan pun.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kak Fid dah menang!!! kes dah selesai!! 😀

      1. fid Avatar

        kahkahkahkah
        nak kena bagi ‘hadiah’ ka?
        korang nih!

        1. Asiah Abd Jalil Avatar

          Kak Fid memang menang dalam isu ni, sebab anak dia memang tak pernah weaned off. Tapi Along kalah, sebab anak-anak Along dah elok-elok weaned off, tiba-tiba bila dapat adik baru, nak suruh diorang sambung balik breastfeeding. Kalau nak diorang minum breast milk sangat-sangat pun, tak payah direct breastfeeding, tadah bubuh dalam cawan, itu lebih proper.

          1. Mommy Lyna Avatar
            Mommy Lyna

            Objection!

    2. alqasam Avatar

      Hukum penyusuan ibu melebihi dua tahun bukan bersifat qotie di kalangan Fuqaha’. Maka kewajarannya atau keharusannya bersifat tergantung.

      Seorang isteri seorang Syaikh yang saya kenali menyarankan berhenti awal sebelum 2 tahun dalam 1 tahun setengah (pendapat beliau). Tidak berdosa juga bagi si ibu atau bersalah jika melakukan teknik-teknik wean off dan tidak bersandar hukum apa-apa jika berpendapat yang sebaliknya (tidak setuju dengan wean off) di sebabkan manusia itu berbeza-beza dan ini bukan hukum qotie. Allahua’lam.

  3. zuhaini Avatar

    oh.. begitu rupanya ya..? baru saya tau..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ya begitulah adanya

  4. hunny_ida Avatar

    hunny masih extend BF…dh over 2y…hunny x yakin remaja yg extend Bf 2 “adakah budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu adalah budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun? Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti, maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.”…Allah kurniakan khasiat sempurna dr tubuh seorg ibu…sedey ngan statement g2…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      taakde orang pun yg cakap cemtu Ida, saya yg terfikir utk kaitkan dengan penyataan — BF more than 2 tahun mendedahkan budak2 kepada “seksual”.

  5. yatie chomeyl Avatar

    rasa mcm x logik budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu adalah budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun sbb ado sorang adik sy tu; lamo jugop dio nyusu…rs nya lebih2 thn. molek jah jadi orang dio lo ni..takdop pulopduk buat kijo2 x pekdoh

  6. azrinna Avatar

    Saya pun masih menyusukan “baby” yang berumur hampir 3 tahun tu.

  7. alqasam Avatar

    Pendapat Sdr Hafiz Firdaus adalah pendapat beliau.

    Namun Ulama’ sendiri berselisih pendapat dalam hal ini. Banyak hikmahnya. Ulama Hanafi sendiri tidak menghalang penyusuaan melebihi dua tahun. Namun terdapat Ulama Fiqh yang berbeza pendapat. Cumanya dari sudut psikologi atau emosi, dirisaukan anak akan more dependable towards the mother. Namun bergantung. Jika ingin memerah dan memberi menurusi botol atau cawan. Sebab perkembangan anak-anak dalam Islam ada tahap dan kesesuaianya. Con: Berpisah tempat tidur dgn ibu, adik beradik lain jantina etc. Perkembangan anak-anak zaman sekarang pun tak dinafikan sangat cepat disebabkan media dll.

    In short, ini bukan hukum qotie atau yang maklum fi deen bidhorurah. Semuanya bersifat harus. Maka, tidak bersalah jika terkurang atau terlebih. Bergantung kepada sosio-budaya, setempat, psikologi keluarga, individualiti si anak masing-masing.

    Alllahua’lam

  8. nul sunny Avatar

    salam mommy lyna.. kupasan yg sgt cantik.. mintak share ye.. ;p

  9. maisarah Avatar
    maisarah

    syg Ku Along..k`ma nk share ye.k`ma mmg admire baca apa2 je yg ALong tulis…

  10. mamasofwa Avatar

    Assalam tuan rumah, saya memang mencari2 jawapan ttg hal ni sebab saya sokong extend bf cuma kadang ada yg tak sokong di persekitaran saya. Ni jawapan dan hujah yg bagus , saya mohon share ye mommy lyna?

  11. Sara Avatar
    Sara

    Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman : 14)

    Saya tidak pasti jika ramai yang tahu fakta bahawa menyusukan anak sebenarnya adalah salah satu cara merancang keluarga (natural family planning). Menyusukan anak sepenuhnya memberikan kesan seperti pil perancang kehamilan sebanyak 98%.

    Ibu-ibu mengalami kekurangan nutrisi khususnya asid folik selama 12 bulan selepas melahirkan bayi kerana nutrisi digunakan untuk perkembangan janin. Dgn kata lain makan untuk 2 orang. Untuk pengetahuan anda, asid folik adalah komponen yang penting dalam membina DNA yang terkandung dalam nukleus sel.

    Oleh sebab itu, jika tempoh antara kehamilan adalah pendek, besar kemungkinan si ibu belum lagi pulih sepenuhnya dari segi nutrisi dan membawa risiko kepada perkembangan fizikal dan otak janin.Dalam kajian tersebut, dirumuskan bahawa ibu-ibu yang melahirkan anak kurang daripada 24 bulan (2 tahun) daripada kehamilan sebelumnya, berisiko tinggi (antara 110-300% untuk mendapat anak yang menghidapi autism, relatif kepada ibu-ibu yang melahirkan anak seterusnya selepas 48 bulan.

    Subhanallah, itulah hikmah di sebalik saranan Allah S.W.T melalui surah al-Luqman di atas iaitu mengambil tempoh menyusukan bayi selama 2 tahun dan jelas lah dari surah ini bahawa tempoh penceraian SEBELUM usia 2 tahun. Saranan ini juga disebut dalam surah Al Baqarah : 233.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Badan kita tidak menghasilkan vitamin sendiri (asid folik adalah komponen vitamin B complex), dan tidak menyimpannya di dalam tubuh. jadi samada hamil atau tidak, menyusu atau tidak; kekurangan asid folik tetap berlaku – sekiranya empunya badan tidak mengambil makanan yg tinggi dgn asid folik atau supplement berkaitan.

      Wanita sihat memerlukan 400mcg asid folik, bila mengandung meningkat kepada 800mcg, dan semasa menyusukan anak 500mcg. Keperluan terhadap asid folik & nutrient lain disokong oleh supplement yg dibekalkan kpd ibu hamil & pilihan ibu menyusu serta mereka yg memilih utk sihat.

      Iklan: dapatkan keperluan nutrien harian anda di VitaminSemulajadi.Com

  12. Ummi Avatar
    Ummi

    Assalamualaikum.. sy nk mntak pencerahan ttg ayat di atas untuk penyusuan penuh selama 2 tahun.. adakah ayat itu menerangkan ttg penyusuan penuh (hanya susu ibu semata-mata) tanpa solud food selama 2 tahun..? Terima kasih.

  13. Ummi Avatar
    Ummi

    Assalamualaikum.. sy nk mntak pencerahan ttg ayat di atas untuk penyusuan penuh selama 2 tahun.. adakah ayat itu menerangkan ttg penyusuan penuh (hanya susu ibu semata-mata) tanpa solid food selama 2 tahun..? Terima kasih.

  14. Myliferia Avatar

    Alhamdulillah, rezeki 2 heroku susu melimpah-ruah sampai 2 tahun lebih 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge