Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)
Dari ayat ini ada 2 penafsiran :
1. Kewajipan menyusukan bayi sehingga 2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan.
2. Kewajipan untuk BERHENTI menyusukan selepas anak berusia 2 tahun.
Saya menerima banyak soalan dan mendengar banyak pendapat tentang TIDAK BOLEH menyusukan anak yang berusia lebih dari 2 tahun, samada atas sebab2 merepek misalnya susu jadi darah, susu dah tak ada khasiat dan sebagainya; kepada sebab2 yang agak bijak seperti di dalam al-Quran state “2 tahun”, ibu mesti berhenti untuk susukan anak lain dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan menyusu selepas 2 tahun adalah HARAM.
Kita ikuti jawapan yang diberi oleh Kapten Hafiz Firdaus (penulis buku Pedoman Bermazhab Cara Islam, The Wahhabi Myths dan sebagainya), dalam Majalah Pa&Ma Mei 2011:
“maaf ye gambarnya dah terpadam, apa yang dikatakan oleh Kapten Hafiz adalah – 2 tahun adalah tempoh penyusuan optimum, bukan minimun atau maksimum”.
Saya suka dengan jawapannya “tempoh menyusu 2 tahun adalah OPTIMUM, bukan minimum mahupun maksimum. Optimum maksudnya yang terbaik, yang paling bagus, the most favorable… Jadi sebaik2 waktu penyusuan ialah 2 tahun. Walau bagaimanapun tiada dosa sekiranya ibu bapa bersepakat untuk mencerai susu sebelum tempoh itu (seperti termaktub dalam surah al-Baqarah di atas) dan tidak ada larangan untuk menyusukan selepas tempoh itu.
Selagi proses penyusuan (selepas 2 tahun) itu tidak menyusahkan mana-mana pihak, baik ibu mahupun anak, maka ia tidak memudaratkan untuk diteruskan.
Anak saya sendiri dalam proses ‘weaning’. Lebih mudah untuk wean anak yang dah besar, senang nak cakap; tak payah nak letak2 kopi, jadam segala. Saya pernah buat macam tu juga – letak macam2 tapi budak bijak ni dia sapu je. Macam tu kita pun stress – sebab nak weaning dia sangat; dan pun stress – ‘dikenakan’ dengan macam2. Finally let them wean themselves off.
Apa-apa pun pilihan masing-masing. Jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak menyusukan anaknya hingga tempoh penyempurnaan, juga tidak ada halangan untuk yang mahu melepasi batas waktu itu. Menghayati surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada statement yang menyatakan ..”Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya”.
Indah bukan. Ibu tidak perlu menderita kerana anaknya, dan diberitahu pula ibu bapa boleh bersepakat untuk memberhentikan penyusuan meskipun anak belum berumur 2 tahun. Bayangkan jika Allah wajibkan menyusu penuh hingga 2 tahun… bagaimana dengan ibu-ibu yang tidak dapat melakukannya, misalnya kerana sakit, atau bermasalah sehingga benar2 tak boleh menyusukan… cantik kan susunan Allah itu.
Walau bagaimanapun, tak mudah untuk menyusukan selepas 2 tahun ni. Bukan tak mudah ape, banyak sangat tekanan dari luar. Orang masih belum boleh terima lagi extended breastfeeding. Biasa anak2 yang besar (bukan lagi bayi) menyusu akan kena ejek “Eeiii tak maluuu”.
Malah ada pendapat yang menyatakan penyusuan selepas 2 tahun lebih mendedahkan ‘unsur seksual’ kepada anak tersebut. Katanya sebab mereka nampak payudara itu sebagai ‘objek seks’.
Entahlah ye, adakah budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun?
Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti, maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.
Leave a Reply