,

Menjejak Sejarah Kerajaan Purba di Cyprus

admin Avatar

Cyprus adalah sebuah pulau yang terletak di Laut Mediterranean, di selatan Turki, di Timur Lubnan dan di utara Palestin. Ia terdiri dari dua negara, Turki di bahagian Utara Cyprus, dan Republik Cyprus di bahagian selatan. Pulaunya kecil saja.. tapi ia pernah menjadi pusat pemerintahan sekurang-kurangnya 10 kerajaan Greek purba!

Kami dah lama merancang ke Cyprus sebenarnya, sejak kembara Eropah tahun 2012, tapi hanya tahun ini, rancangan ini telah berhasil. Sempena cuti pertengahan tahun persekolahan, kami heret anak-anak, backpack ke Cyprus!

Cyprus juga terkenal dengan pantainya yang cantik dan jernih. Ada yang berpasir putih, ada yang berbatu kasar, ada yang bertanah, ada yang berbatu kapur…. macam-macam ciri. Target kami di Cyprus adalah untuk ke tapak peninggalan sejarah, hiking, melihat kehidupan para Cypriot dan menikmati pantainya…

Kami menaiki Qatar Airways dari KL ke Doha, singgah di Doha semalaman bertemu sahabat taulan sambil coaching anak-anak Shaklee saya di Doha. Bertuahlah Doha sebagai hub, dapat juga selalu singgah ke sana.

Di Cyprus, kami mendarat di Airport Larnaca, ambil kereta sewa (Ford Kuga) dan terus ke bandar Larnaca… Selepas makan dan berjalan sekejap di *****, kami ke hotel di Nicosia yang terletak kira2 70km dari Larnaca. Nicosia adalah bersempadan dengan North Cyprus (kepunyaan Turki). Malah, bandar Nicosia ni terbahagi dua, sebahagian milik Turki, dan sebahagian milik Republik Cyprus. Untuk melintas sempadan ni, checkpoint yang terbaik adalah Ledra Street, sebuah shopping street di kawasan Walled City di Nicosia. Jalan terus, boleh masuk kawasan Turki. Kena bawa pasport lah ye.

Walled City ni satu kawasan berbentuk bulatan yang dibina oleh orang-orang Venetian (Venice) sebelum kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniah. Dulunya ia memang ada dinding yang tinggi di sekeliling Walled City ni. Sekarang tinggal pintu pagarnya saja – Kyrenia Gate. Dalam Walled City ada beberapa gereja yang ditukarkan kepada masjid semasa zaman Uthmaniah. Hingga kini ia digunakan sebagai masjid.

Walaupun di lorong yang sama, bahagian Turki sangat senang nak makan. Kebanyakan kedai makan menyediakan makanan halal. Dan masjid sangat banyak. Boleh dikatakan, jalan sikit jumpa masjid, jalan sikit jumpa masjid. Berbeza dengan di bahagian selatan. Bila tiba waktu solat, bersahut-sahutan kedengaran azan dilaungkan.

Di bahagian selatan Cyprus, kami makan ikan je. Maklumlah di sini hidangan ‘istimewa’ mereka, kebab babi. Kedai makan halal ada kami jumpa satu je, yang jual kebab di Nicosia. Ada beberapa kedai halal di bandar-bandar di Cyprus Selatan, tapi cari tak jumpa. Dalam Google Map, nama jalannya ditulis dalam bahasa Greek >_<

Banyak keistimewaan Pulau Cyprus ni, antaranya ia menjadi pengkalan pasukan Islam semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Kedudukan ia memang strategik, menghadap bumi Syam dan Turki.

Kebanyakan tempat yang kami kunjungi adalah kawasan tinggalan sejarah dan kampung tradisional Cypriot, termasuk penempatan kaum Neolithic yang terletak berhampiran bandar Larnaka.

Gambar-gambar dalam entry berikutnya lah ya.

– Posted using BlogPress from my iPhone

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Menjejak Sejarah Kerajaan Purba di Cyprus”

  1. kinna Avatar

    wow bestnye! nak gambar cyprus..tak pernah jejak dan tak pernah tgk camne tempat tu..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      nanti kita hapdet gambar2nya 😀

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    baru tahu cyprus ni kat mana. untung alom boleh jalan mana2 pun. doakan k anah berjaya juga ya.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      of course kak Anah pasti boleh, lebih drp ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge