,

Tips Memandu di Cyprus

admin Avatar

Disebabkan kami membawa anak-anak, jadi kami memilih untuk sewa kereta. Lebih di pulau-pulau macam Iceland, Cyprus… mudah sewa kereta, senang nak ke tempat-tempat tujuan. Kali ni kami guna khidmat Sixt, seperti yang kami ambil di UK tempoh hari.

RENT A CAR SIXT

Kami sewa Ford Kuga, nak cuba pacuan 4 roda pula. Nak jalan jauh kan. Target pusing satu pulau.

SEWA KERETA

Pulau Cyprus ni terdiri dari 2 negara – Republic of Cyprus dan Turki. Airport ke pulau ni adalah di Southern Cyprus, di Larnaca dan Paphos. Airport di Nothern Cyprus, yakni Ercan tidak diiktiraf oleh IATA. Flight ke Ercan mesti turun di Turki dulu.

Untuk ke Northen Cyprus mesti lintas sempadan. Jadi kena tunjuk passport dan beli insurans kereta (20 Euro untuk tempoh 3 hari). Untuk pasport Malaysia, mereka tak cop di pasport kita, tapi cop di satu slip (macam nak masuk ke Baitul Maqdis). Sebenarnya kemerdekaan The Turkish Republic of Northen Cyprus ni tak diiktiraf oleh PBB, jadi tak boleh ada cop di pasport… nak cerita kena gali balik sejarah diorang pulak.

NEGARA CYPRUS

Nak cerita tentang GPS di sini… kami sebenarnya ada beli Garmin Eropah, tapi lupa simpan di mana jadi tak bawa. Nak sewa GPS dengan Sixt ni. Sebelum tu kami cari kaunter Vodafone di airport Larnaca, sebab mifi (mobile wifi) kami hanya boleh pakai vodafone saja… tapi tak jumpa. Sekali, masa nak minta GPS tu, orang tu beri mifi! Dia kata di sini orang guna GPS dalam handphone, jadi gunalah mifi ni. Boleh guna untuk apa saja, unlimited katanya. Wah, memang seronok! Jimat duit internet!

Kami guna Google Map, yang mencabarnya, dia cuma tunjukkan jalan saja… tak ada tunjuk direction, arah mana, berapa km, simpang mana… jadi kena pandai-pandai sendiri. Tapi sangat tak sukar kerana tempat ni macam New Zealand, jalanraya tak banyak dan tak sibuk. Cuma highway dia ni tiba-tiba masuk ke kawasan penempatan. Berpusing juga kepala nak cari jalan keluar.

Di Cyprus ni sangat banyak speedtrap! Tak boleh nak speeding sangat. Tapi, tak guna speeding pun… bukan jauh sangat pun jarak dari satu tempat ke satu tempat.

Tentang carseat kanak-kanak, kami dibekalkan dengan booster seat, percuma saja.

Pemanduan di sini sama macam di Malaysia, pemandu di sebelah kanan. Jadi tak sukar nak sesuaikan diri. Sebelum tu di Doha kami memandu juga, Doha pemandu di sebelah kiri, kena selalu alert takut silap masuk lorong!

Alhamdulillah kami berjaya habiskan satu pulau dalam masa seminggu ni. Siap boleh ulang 2-3 kali laluan sama 😀

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge