Kebelakangan ni Hafiy sering menunjukkan ciri-ciri ‘memerlukan perhatian’ daripada kami. Perkara yang sering dibuatnya ialah membuli Fahry – wrestling adik, pijak adik, tumbuk adik, cucuk mata adik, etc. Namun hati seorang ibu meyakini itu cuma taktik2 untuk mencari perhatian dari Mommy, terutama bila Mommy meninggalkan mereka berdua untuk ke tandas, solat, di dapur dan sebagainya. Sebab apa? Sebab setiap kali berbuat demikian, Hafiy akan melilau matanya mencari ‘Mommy di mana?’.
Nak dimarah, memanglah tak boleh sebab budak2. Marah2 pun tak guna, nanti dia buat lagi sebab memang itu tujuan dia. Buli adik supaya Mommy marah dia, nanti kalau nangis Mommy akan pujuk, etc. Lalu, kena la tukar strategi.
Kalau nampak Hafiy mula membuli Fahry, saya cakap padanya “It’s not impressing me much. Takyah la buat, buang masa Hafiy je” then buat bolayan. Lepas tu dia stop dan pegi buat benda lain yang tak ada kaitan apa2 dengan Fahry.
Dulu2 memang buat saya naik hantu bila Hafiy mula ‘mengkuda-kuda’kan adiknya. Yela, budak tu kecil lagi, dijadikan kuda. Pesan sekali dua, “Do you understand Mommy cakap apa?” dia jawab “Yes, understand”, tapi buat lagi. Rupa-rupanya ada agenda tersembunyi. So Mommy pun kena ada agenda tersembunyi jugaklah.
Mungkin Hafiy berasa tidak cukup lama menjadi the only child, tambahan pula dulu2 kami sekeluarga terpisah sekejap, menyebabkan dia rasa macam tu. Memang tak boleh nak salahkan sesiapa, hati manusia ni lain2 reaksinya, tambahan pula budak kecil yang masih belum dapat menimbang-nimbang secara wajar. Sedangkan anak2 Nabi Yaakob berasa cemburu dengan kasih sayang bapa mereka terhadap Yusuf, sedangkan Yusuf sebenarnya ketiadaan ibu, hingga menyebabkan mereka sanggup meninggalkan adik mereka dalam perigi. Walaupun kita kata “Mommy sayang Hafiy 100%, Fahry pun 100%” tapi sebenarnya bagi mereka, kita tetap tak berlaku adil.
Hati anak kecil yang polos dan mudah terguris, bayangkan bila dia meminta “Mommy, nak mam (susu)” di kala adiknya sedang menangis. Dia dah tak nampak keperluan adiknya yang nak dipenuhi, kena diamkan dulu baru bleh layan dia. Dia cuma fikir keinginan dia saja dan bila tak dapat, dia merasakan yang ibunya ni tak berapa nak adil.
Antara cara untuk menghadapi persaingan adik beradik (siblings rivalry):
- Jangan marah2 bila abang menyakiti adik sebab mungkin dia menjadi geram dan akan lebih agresif dengan adiknya. Cuba terangkan padanya kepada dia tak boleh pukul adik secara lembut.
- Banyakkan bercakap2 dengan si abang dengan melayan dia sebagai ‘budak besar’ instead of memanja2kan dia kembali, kerana nanti dia akan berasa ‘menang’ dan mencari jalan lagi untuk menarik perhatian.
- Jangan sebelahi sesiapa, meskipun salah seorang adalah anak istimewa. Kanak2 kecil tidak dapat menimbang dan memahami keperluan tertentu bagi orang tertentu.
- Jangan tinggalkan mereka berdua bersendirian. Kalau perlu juga, letakkan si adik dalam babycot atau tempat yang selamat dari dicapai abangnya.
- Libatkan abang dalam aktiviti menguruskan adik seperti minta dia ambilkan lampin, baju, bedak adik dan sebagainya.
- Hadapi situasi dengan tenang kerana ini salah satu titik penting dalam perkembangan emosi mereka.
- Jangan bandingkan anak2 kita dengan orang lain yang tidak mengalami masalah sibling rivalry. Setiap orang mempunyai personaliti yang unik dan berbeza.
- Enjoy the moment. Sekejap saja mereka macam tu. One day mereka pasti akan jadi Upin dan Ipin geng yang terbaik.
Usah gusar bila si abang suka bertindak ganas terhadap adik. Sentiasa pesan dan bercakap2 dengannya tentang tanggungjawabnya terhadap adik. Saya selalu katakan pada Hafiy,
- Hafiy abang, kena jaga adik, jaga Mommy, jaga Abiy.
- Mommy seronok bila Hafiy main dengan adik baik2.
- Bila Hafiy sayang adik, Mommy lagi sayaaaaang pada Hafiy.
Bagi ibu2 yang sedang menunggu kelahiran cahayamata kedua, perkara ni boleh dimasukkan dalam checklist, iaitu persediaan untuk menyambut orang baru bagi anak sulung. Dari tempoh kehamilan sudah boleh diperkenalkan anak sulung kepada baby yang bakal lahir. Jika nak buat apa2 perubahan seperti pisah tempat tidur, putus susu dan sebagainya, elok dibuat sebelum adiknya lahir supaya si abang tak terasa dia kena ‘berkorban demi adik.
Ibu kena selalu bertenang dan ‘under control’. Selalu ingat yang “Saya ibu dan mereka anak2 saya. Saya yang mengawal mereka, bukan mereka mengawal saya”.
Walau macamapun, inilah momen2 yang paling indah dalam diari seorang ibu..
Leave a Reply