Menghadapi Anak Sulung Yang Mencari Perhatian dan Persaingan Adik Beradik

admin Avatar

Kebelakangan ni Hafiy sering menunjukkan ciri-ciri ‘memerlukan perhatian’ daripada kami. Perkara yang sering dibuatnya ialah membuli Fahry – wrestling adik, pijak adik, tumbuk adik, cucuk mata adik, etc. Namun hati seorang ibu meyakini itu cuma taktik2 untuk mencari perhatian dari Mommy, terutama bila Mommy meninggalkan mereka berdua untuk ke tandas, solat, di dapur dan sebagainya. Sebab apa? Sebab setiap kali berbuat demikian, Hafiy akan melilau matanya mencari ‘Mommy di mana?’.

Nak dimarah, memanglah tak boleh sebab budak2. Marah2 pun tak guna, nanti dia buat lagi sebab memang itu tujuan dia. Buli adik supaya Mommy marah dia, nanti kalau nangis Mommy akan pujuk, etc. Lalu, kena la tukar strategi.

Kalau nampak Hafiy mula membuli Fahry, saya cakap padanya “It’s not impressing me much. Takyah la buat, buang masa Hafiy je” then buat bolayan. Lepas tu dia stop dan pegi buat benda lain yang tak ada kaitan apa2 dengan Fahry.

Dulu2 memang buat saya naik hantu bila Hafiy mula ‘mengkuda-kuda’kan adiknya. Yela, budak tu kecil lagi, dijadikan kuda. Pesan sekali dua, “Do you understand Mommy cakap apa?” dia jawab “Yes, understand”, tapi buat lagi. Rupa-rupanya ada agenda tersembunyi. So Mommy pun kena ada agenda tersembunyi jugaklah.

Mungkin Hafiy berasa tidak cukup lama menjadi the only child, tambahan pula dulu2 kami sekeluarga terpisah sekejap, menyebabkan dia rasa macam tu. Memang tak boleh nak salahkan sesiapa, hati manusia ni lain2 reaksinya, tambahan pula budak kecil yang masih belum dapat menimbang-nimbang secara wajar. Sedangkan anak2 Nabi Yaakob berasa cemburu dengan kasih sayang bapa mereka terhadap Yusuf, sedangkan Yusuf sebenarnya ketiadaan ibu, hingga menyebabkan mereka sanggup meninggalkan adik mereka dalam perigi. Walaupun kita kata “Mommy sayang Hafiy 100%, Fahry pun 100%” tapi sebenarnya bagi mereka, kita tetap tak berlaku adil.

Hati anak kecil yang polos dan mudah terguris, bayangkan bila dia meminta “Mommy, nak mam (susu)” di kala adiknya sedang menangis. Dia dah tak nampak keperluan adiknya yang nak dipenuhi, kena diamkan dulu baru bleh layan dia. Dia cuma fikir keinginan dia saja dan bila tak dapat, dia merasakan yang ibunya ni tak berapa nak adil.

Antara cara untuk menghadapi persaingan adik beradik (siblings rivalry):

  • Jangan marah2 bila abang menyakiti adik sebab mungkin dia menjadi geram dan akan lebih agresif dengan adiknya. Cuba terangkan padanya kepada dia tak boleh pukul adik secara lembut.
  • Banyakkan bercakap2 dengan si abang dengan melayan dia sebagai ‘budak besar’ instead of memanja2kan dia kembali, kerana nanti dia akan berasa ‘menang’ dan mencari jalan lagi untuk menarik perhatian.
  • Jangan sebelahi sesiapa, meskipun salah seorang adalah anak istimewa. Kanak2 kecil tidak dapat menimbang dan memahami keperluan tertentu bagi orang tertentu.
  • Jangan tinggalkan mereka berdua bersendirian. Kalau perlu juga, letakkan si adik dalam babycot atau tempat yang selamat dari dicapai abangnya.
  • Libatkan abang dalam aktiviti menguruskan adik seperti minta dia ambilkan lampin, baju, bedak adik dan sebagainya.
  • Hadapi situasi dengan tenang kerana ini salah satu titik penting dalam perkembangan emosi mereka.
  • Jangan bandingkan anak2 kita dengan orang lain yang tidak mengalami masalah sibling rivalry. Setiap orang mempunyai personaliti yang unik dan berbeza.
  • Enjoy the moment. Sekejap saja mereka macam tu. One day mereka pasti akan jadi Upin dan Ipin geng yang terbaik.

Usah gusar bila si abang suka bertindak ganas terhadap adik. Sentiasa pesan dan bercakap2 dengannya tentang tanggungjawabnya terhadap adik. Saya selalu katakan pada Hafiy,

  • Hafiy abang, kena jaga adik, jaga Mommy, jaga Abiy.
  • Mommy seronok bila Hafiy main dengan adik baik2.
  • Bila Hafiy sayang adik, Mommy lagi sayaaaaang pada Hafiy.

Bagi ibu2 yang sedang menunggu kelahiran cahayamata kedua, perkara ni boleh dimasukkan dalam checklist, iaitu persediaan untuk menyambut orang baru bagi anak sulung. Dari tempoh kehamilan sudah boleh diperkenalkan anak sulung kepada baby yang bakal lahir. Jika nak buat apa2 perubahan seperti pisah tempat tidur, putus susu dan sebagainya, elok dibuat sebelum adiknya lahir supaya si abang tak terasa dia kena ‘berkorban demi adik.

Ibu kena selalu bertenang dan ‘under control’. Selalu ingat yang “Saya ibu dan mereka anak2 saya. Saya yang mengawal mereka, bukan mereka mengawal saya”.

Walau macamapun, inilah momen2 yang paling indah dalam diari seorang ibu..

main sama-sama

    main

    Tagged in :

    admin Avatar

    41 responses to “Menghadapi Anak Sulung Yang Mencari Perhatian dan Persaingan Adik Beradik”

    1. nelcyndana Avatar

      nice entry. senasib jugalah dgn kami… :mrgreen:
      .-= nelcyndana´s last blog ..Duit Raya – MySuperKids Special Aidilfitri Giveaway =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        hehe. kita serupaaa~

    2. ida.z Avatar

      good tips..buat bekalan kot2 nnt nak mengandung anak no 2..hehehe.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        hehehe boleh dah tu :mrgreen:

    3. zuhaini Avatar

      oh.. insya allah.. menarik ni.. esp kalau alia da ada adik nanti.. 🙂
      .-= zuhaini´s last blog ..SKIN FOOD Testimonial =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        awal tahun depan kan?kan? 😉

    4. Farah Avatar

      mmg tips yg baik.. skang sy tgh pregnantkan 2nd baby.. adik blum kluar lg, abg dah mula tunjuk perangai ckit.. x tau la camner nnt bile adik dah kluar.. 😉
      .-= Farah´s last blog ..Senyummmmm… =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        tu la dia ada ‘rasa’ agaknya tu ye. takpe, nanti mesti leh handle punyelah hehe.

    5. mama emma® Avatar

      masyeh sbb tulihkan entry utk akak…

      😆

      haha, giler perasan!!!!
      .-= mama emma®´s last blog ..– MINI ME?? – =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        wah mana akak tau ni. ada pirasat ke? :mrgreen:

    6. fid Avatar

      apa diaorg borak erk dalam gambar tu macam dok bersuka ria sungguh
      .-= fid´s last blog ..entry menunjuk-nunjuk 1 =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        memang. Fahry kalo Hafiy layan elok2 mmg happy hour betul lah!

    7. ziLla Avatar
      ziLla

      seriously…
      mmg stress sgt2 dgn perangai kakak sulung …mula2 dulu psl susu, sbb 2 2 susu badan, mmg kene dulukan kakak klu tidak, meraung 1 rumah, dlm pantang lg umminya dah tensen, bukan sbb ape, sbb kakak jadi extra manja + mengada2…jelesnya bukan main dgn adik, abah langsung x boleh pegang adik, klu blk rumah nenek lg la….nenek pon br berapa kali je pegang si adik; toys or baju jgn cakaplah…semua yg adik punya semua die nak…layankan je la…

      dah masuk 2 thn ni + dah 4 bulan beradik, br lah ok sikit…
      sbb hari2 puji2 + ckp2 yg die kakak….

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        ni pun +- la, dua2 duk susu badan lagi. bila berebut susu, si adikla yang kena tolak jawabnya :mrgreen: macam2 perangai kan. hehe.

    8. eliss Avatar

      nk tmbah sket yer 🙂
      ada penah baca kat mana,
      tips utk buat si abang sayang si adik, sebelum kelahiran, beli mainan yang dier paling suka then sorok,
      pastu bagi mainan tu lepas adik dier lahir,
      dan ckp “abang, ni hadiah dari adik”
      Insya Allah, abang akan sayang adik dier…
      x sabr nyer nak bagi adik kat Kakak Nuha 🙂 tetiba jadik kakak 🙂
      .-= eliss´s last blog ..Ada apa dengan Voucher RM50? =-.

      1. DNNA Avatar

        Aiseh, ye ke??
        Thanks very much for the info eliss 🙂
        Silap la tahu agak lambat petua ni …
        Dah 3 orang dah pun …
        And, dah selamat dah pun adinda yg paling kecik (so far la) dibuli oleh kakak and abang …. hehehehe ..

        mommy lyna – another excellent article !! thanks a million 🙂
        .-= DNNA´s last blog ..SOGO ADA SALE PREVIEW ESOK DAN LUSA !!! =-.

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          abang dan kakak bekerjasama buli adik. huhu. memang satu hal.

      2. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        nice tips eliss!

        DNNA,
        ni bole apply gak bile adik dah besar pun kot, kalo derang ‘gaduh2’ diam2 kasik barang kat abg cakap adik yg kasik. huhu.

    9. isma Avatar

      mmg betul tips tu mommy, mcm saya pun kdg2 kita biar kan aja si sulung buli adiknya…tp sebenarnya dia sayang adiknya tu..cuma nk kan perhatian dr kita je. saya kalo si kak yong tu tak la agresif mana, tp dia suka nk cium tgn baby..and penah one day dia gigit jari adiknya..(geram agaknya).mujur dpn mata saya…takde la kuat mana pun..tp yg penting, jgn terus tengking dia..mmg la terkejut..tak dinafikan..tp terus peluk kak yong, dan ckp jgn gigit lagi…dia pun alhamdulillah tak de buat cmtu lg…erm…kdg tu tak blh diharap sgt…heheh..
      .-= isma´s last blog ..Meng’update’ blog sambil melepak =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        itula, derang ni sayang satu sama lain, cuma maybe tak reti nak tunjuk cara kita i.e. belai2, cium2, maybe drang nak pegang2 tapi terkasar. nak cium2 tapi tergigit/hahahah.

    10. isabelle Avatar

      makin gedix nak try dptkan adik utk adam rasanya.
      .-= isabelle´s last blog ..Indo vocab II : confusions =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        kah kah kah

        takpe, kire dah tahap sunat dah tu

    11. mamaadib Avatar
      mamaadib

      mekasih tulis entry ni

      sila la berkongsi lagi yea..

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        sama-sama nox
        :mrgreen:

    12. sya Avatar

      saya paling kesian bila ada mak2 atau nenek2 yang selalu marahkan si kakak/abg bila bergaduh adik beradik… sungguh tak adil.. itu hanya akan menyebabkan si kakak/abg lebih mem’benci’ adiknya, kan?
      .-= sya´s last blog ..cerita kosong =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        kesian pulak kan kat si kakak. kalau berterusan, sampai ke besar dia terasa hati dengan adiknya 🙁

    13. fid Avatar

      saya anak sulung
      masa saya dapat adik umor 3 thn tapi saya tak buli adik saya
      AKUKAN KAKAK
      saya dok BELA adik saya ada lah sampai jatuh tangga! hahahhahaa

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        samala saya dapat adik umur 3 tahun
        saya sayang adik saya
        saya penah tumbuk budak lelaki yg buli adik saya
        haaa kau. ada berani?

    14. zety Avatar

      anak dara saya pun selalu kena buli dengan abangnya. dahle abangnya besar and dia sendiri kiut miut, memang teruk jugaklah dia kena. hehe.
      .-= zety´s last blog ..Puasa: Hari Ketigabelas =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        entah2 dia yang mintak abg Imran tumbuk2 belakang cikit, Ima lenguh la hahahaha.

    15. ida Avatar

      setuju sangat..jangan bezakan layanan anak istimewa dgn anak2 lain.nanti makin melampau & yg lain2 terasa hati.
      kadang2 kita ingat budak2 tak faham /tak pandai tp sebenarnya mereka sgt cepat belajar & sgt pandai manipulasi keadaan…
      so watch out moms.. 😀
      .-= ida´s last blog ..lunch & ribut =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        ye lah kan. lainlah kalo anak istimewa yg betul2 perlukan layanan special, e.g. tak mampu nak mengurus diri sendiri, masalah dari segi mental; kan?

        er.. ke apekah yg cik puan ida maksudkan dengan anak istimewa ni? huhu.

    16. Nadiah Sidek Avatar

      thank 4 sharing! nnt safiyyah dpt adik blh la guna kaedah ni 😉
      .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Ramadhan: Di Sini dan Kenangan Lalu =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        hehe sama2 kita sharing sharing ye dak

    17. liana Avatar

      hehehe..nice tips..bleh la saya buat panduan bila nak tambah baby lg nanti…
      .-= liana´s last blog ..Declare your love contest.. =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        dah bole dah tu.. si Hannah pun dah nak setahun lebeyy :mrgreen:

    18. mamasyaza Avatar

      anak akak yg sulung pun berperasaan cam tu gak…jeles sgt kalo kita beri lebih perhatian pd kakak n adik. Ami penah cakap…”mama. ami rasa ami selalu diketepikan”…tergezut gak daku..budak darjah 4 ckp cam tu….tapi daku mendengar luahan perasaan dia…dan xplain kat dia…bukan daku sengaja buat cam tu…ada sebabnya…kebetulan ari tu adik masuk hospital…kakak pun demam…so daku jaga adik di hospital…abah jaga kakak diumah…abang ..tok umi yg jaga sebab nak siapkan abg p skolah….bukannya ada niat nak ketepikan dia….pandai bebudak sekrg meluahkan rasa hati…
      .-= mamasyaza´s last blog ..My DeAr HaMiZ SaNiM =-.

    19. m@y Avatar

      nice tips.. definitely akan masukkan dalam checklist utk 2nd time mommy yg nk meletup bila2 masa hehehe..
      .-= m@y´s last blog ..Nak yang ni.. =-.

    20. salzahari Avatar
      salzahari

      ohh..tak dpt bayangkan…skrg pun kalau gi tgk org bersalin, Aliah mmg suka sgt tgk baby tp bila kata nak bwk balik, dia nak 🙂 mungkin sbb selalu ckp, nanti Aliah ada baby takleh susu lagi ye? so dia rasa tergugat kot..well, we were wrong and frankly said,i don’t think i’m able to tandem-nurse my children sbb tu cakap mcm tu pd Aliah 😎

    21. AIN Avatar
      AIN

      nice advise….sy pn mgalami mslah yg sma…kdg2 xleh nk cntrol diri…si kakak tepaksa kena marah…bila dia tido rasa nyesal marah dia….

    22. ayda Avatar
      ayda

      anak sulong nk msk 2thn bln 11 ni….bln 12 dpt adik lak….sy tgh risau dh la menyusu bdn lg nie…skrg pun dh bt perangai cmne adik kuar nnti…mintk2 la dia x jeles sgt…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge