Melawat Ho Chi Minh Bersama Anak-Anak

admin Avatar

Sempena cuti Tahun Baru Cina, dan Tahun Baru Vietnam, kami bawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah dengan melancong di Ho Chi Minh, atau nama asalnya Saigon. Melancong je lah, bershopping-nya tidak. Lagipun Vietnam cuti, banyak kedai tak buka.
 
 Disebabkan perancangan nak rehat-rehat sambil bercuti dan tiada perancangan membeli-belah, kami menginap di Sofitel, sebuah hotel yang agak jauh dari kawasan shopping (takdelah jauh mana pun, tak besar mana pun HCMC ni). Area Ben Thanh sangat banyak hotel sepanjang jalan. Kalau datang shopping, nak dok sana lah cadangnya.
 
 Hari pertama dan kedua, kami berehat je di bilik hotel. Tengok-tengok je dari atas. Plan cuma nak jalan kaki di sekitar HCMC dan Mekong saja. Hari cuti.. senyap sunyi sikit. Hari ketiga tu baru kami start keluar. Trafik pun dah kembali banyak. Kat sini banyak motosikal. 4-5 orang sekali naik satu motor, rileks je. Walaupun banyak kenderaan, tapi bila lintas jalan memang tak takut. Selamda je cross. Tapi kena hati-hatilah juga… tak boleh main semberono cross macam tu je. Zebra crossing pun banyak.
 
 Untuk memudahkan jalan kaki dengan anak-anak, todler-wearing jadi pilihan kami. Abiy-nya bawa Fahry, saya bawa Danny. Yang dah boleh berdikari dan jalan sendiri, kita pimpin saja tangannya.
 


Danny syok lena dalam SSC.


Traffik di HCMC. Motosikal berselirat di atas jalan raya.


Yang hitam tebal melintang tengah-tengah jalan itu kabel telekomnya.


Jalan raya dihias indah sempena perayaan Tet.

 Ho Chi Minh ni ada 24 area dinamakan district (daerah ler). District 1 ni bandar dia, dan kebanyakan masa kami berada di sini. This time around tak plan nak ke district lain (District 4 bersebelahan, area ala sub-urb sikit). Pertama kali keluar menonton Water Puppet Show, kami ambil teksi. Tapi rupanya dekat sangat je tempat-tempat menarik di HCMC ni. Dalam lingkungan 1-5km jalan kaki, OK lah tu bagi kami 🙂
 
 Jalan kaki,… walaupun banyak kenderaan tapi tak terasa rimas dan lemas. Rasa chill dan tenang je. Mungkin diorang pun tak laju sangat kot.
 
 Tapi sini hon hon hon tu perkara biasa. Sikit2 nak hon. Kalau di Bangkok, mereka tak gunakan hon di jalanraya, di sini hon saja. Tapi walau jalanraya sibuk, kenderaan berselirat menyelit-nyelit, tapi jarang nampak kereta kemek dan bercalar. Mungkin kerana hon agaknya. Hehe.
 
 Generally jalan kaki di pinggir jalanraya di HCMC OK je untuk bersama anak-anak… walaupun ada jalan yang tiada bahu, tapi hati-hati tetap kena perlu
 lah. Beringat-ingat sebab tepi kaki lima, terus jalan raya. Kerana tu toddler-wearing very recommended untuk anak-anak yang tak reti apa, tahu nak berlari je.
 
 OK sambung pengembaraan dalam entry lepas ni.
 
 Posted using BlogPress from my iPad

admin Avatar

8 responses to “Melawat Ho Chi Minh Bersama Anak-Anak”

  1. cho zila Avatar

    kagum bawak anak kecik jalan2.. dulu husband akak nak jalan kat sini2pun atau makan kat kedaijerpun punyalah payah masa anak kecik…
    tapi suami isteri kena tolak ansurlerkan.. HCMC akak dah gi tapi ngan geng cik kiahler… tu sebab nak shopping .. teringin nak bawak anak2 supaya belajar tentang negara orangkan…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe. sama je derang ni, duk rumah ke, jalan ke, gi mana-mana ke, semuanya perlukan kesabaron…

  2. normaizira Avatar
    normaizira

    Kuat stamina abiy n mommy nye gendong anak….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ringan.. hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      menarik menarik

  3. Aya Chalo Avatar

    Bestttt… next time kena pegi 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hihihih harus pegi, dekat ja tu ba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge