Mantera Anjasmoro dalam slot Seram setiap Khamis di TV3 tu katanya diambil dari kisah lagenda Majapahit tentang Ratu Anjasmoro, yang dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Saya ingat, masa kecil-kecil dulu ada menonton filem Indonesia tentang Minak Jinggo dan Damarwulan (mereka yang ada kaitan dengan Ratu Anjasmoro), tapi tak ingat pula tentang Anjasmoro. HeHe.
Ratu Anjasmoro adalah kekasih kepada Damarwulan, yang mana cerita asalnya saya tak pasti macamana. Tapi ia menjadi lambang ilmu pengasih, hingga Ratu Anjasmoro diseru dalam satu mantera pengasih iaitu Mantera Anjasmoro. Kalau nak tahu isi mantera Anjasmoro ni boleh google je, tak mahu saya letak kat sini… kalau nak kita minta dengan Allah bukan Ratu Anjasmoro 🙂
Di Indonesia juga terdapat Gunung Anjasmoro yang mana kisahnya pun menarik juga; berkenaan salasilah Air Terjun Coban Rondo,
Air terjun Coban Rondo dalam lagenda Dewi Anjarwati dan Raden Boron. Source: bioetua.blogspot.com
Gunung Anjasm0ro
Berbalik kepada drama Mantera Anjasmoro tadi, pada saya ia satu drama yang baik dan ‘logik’ berbanding drama2 seram lain yang entah apa-apa. Ia mengetengahkan sikap sesetengah orang yang suka betul menggunakan perantaraan bomoh, kenakan orang, dan sebagainya. Bila kita gunakan ilmu hitam ni, guna perantaraan makhluk halus, mudaratnya memang besar. Bab dosa syirik toksah citer sebab memang dah terang lagi mau bersuluh. Syirik ialah perbuatan2 yang menjurus kepada khurafat misalnya melakukan permujaan, malah bergantung harap kepada sesuatu selain Allah. Syirik kecil pula ialah perbuatan riak yakni amalan yang dibuat untuk menunjuk2, bukan lillahi taaala. Bila kita melakukan perantaraan makhluk halus ni.. kita rasa dia ‘perhambakan’ dia, tapi last2 kita yang jadi ‘hamba’ kat dia.
Saya ni tak adalah tahu sangat tentang makhluk2 halus ni… maklumlah, tak nampak.. walaupun kadang2 boleh rasa. Tapi puak2 tu memang bijak sebenarnya. Mula2 memang dia yang jadi hamba, ikut suruh semua dia buat. Lagi keji lagi dia suka. Tapi akhir-akhir… sendiri mau ingatlah. Namun memang tak dinafikan zaman moden macam ni pun orang masih lagi pakai benda2 sihir ni… selagi kiamat belum tiba agaknya, sebab jin, iblis, syaitan tu pun akan terus ada.
Dalam hal sihir menyihir ni, saya tertarik dengan entry encik Sahrom Nasrudin tentang undang-undang jenayah sihir. Macamana kalau ada akta jenayah sihir? Agak2 senang tak nak buat pendakwaan? wink wink*
Buat masa ni saya masih belum dapat fikir lagi tentang akta sihir ni. Mungkinkah dalam mahkamah sihir nanti ada upacara bakar kemenyan, menurun, bercakap dengan jin segala.. ataupun kita cuma soal siasat the bomoh saja…
On top of that, sememangnya syaitan ni akan terus menebarkan 99 pintu kebaikan untuk membuka 1 pintu kejahatan. Contoh paling senang, macam dalam drama Mantera Anjasmoro, gunakan ilmu pelik2 untuk memikat suami. Katanya “Bukan untuk orang lain, untuk suami juga..”.. Niat tak menghalalkan cara, yang haram tetap haram. Nak pikat suami tak perlu rebus seluar kecik dia pun, cuma amalkan 3 tips ini : jaga perutnya, jaga kemaluannya dan jaga minatnya. Jaga perutnya, masakkan yang sedap-sedap… biar perut boroi tak apa, tetap handsome 😀 Jaga kemaluannya, bukan saja menjaga nafsu lelakinya, tapi juga “malu” suami… jangan aibkan dia, jaga maruah diri sendiri supaya orang menghormati kita sekaligus hormat suami juga; jaga minatnya… kalau suami suka tengok bola, jangan pulak marah2, maybe kita boleh join sekali, pastu puji player tu handsome player ni handsome, kot dia tergugat terus takmo tengok dah, LOL.
Mantera yang paling mujarab untuk memikat sesiapa saja ialah ayat-ayat cinta yang dilayang kepada Yang Maha Kuasa. Sebab Dia yang menjaga hati semua makhluk-Nya. Ikat yang kita sayang dengan amalan2 rohani, insya-Allah, bukan saja hidup lebih tenang, lepas meninggal pun tak ‘menyusahkan’ orang. Insya-Allah.
Best jugak cerita ni sebab ada bomoh Jawa.
Leave a Reply