Before our departure, Abiy got a message that the eruption in Iceland started again, and the London Heathrow Airport (LHR) was closed. But our flight still on.
We departed from KL Sentral by the ERL. Beg2 semua dah siap hantar awal2. Dengan harapan Heathrow Airport dah dibuka semula by the time kami sampai.
Travel dengan babies ni best bila naik flight, sebab walaupun tak duk first class tapi dapat ala2 first class service hehe. Masuk2 je dah tanye nak makan apa. Duduk2 je pastu sampai food. Dapat selimut, bantal (for domestic flight). Dapat mainan. Dapat tolerance untuk jalan2 dan tak pakai seatbelt masa turbulence 😛 (jangan diamalkan ini sangat bahaya!)
Tapi kali ni takdela first class sangat. Sebab flight penuh. Tapi steward still datang tanya khabar, ada problem ke, dah makan ke 😀 Kire OK la.. walaupun anak2 tak dapat mainan dan Fahry tak dapat baby food. Baby food macam biasalah, Heinz dalam botol. Lupa nak request untuk kids’ food. Lupa Fahry dah besar 😀 Kalau kids’ food best! Mak nye la yang habiskan.
Hafiy pulak sebab dah lebih 2 tahun, dah dapat seat sendiri. OK la dia boleh duduk sendiri cuma tibe2 claim susu balik. Mungkin dia rasa gugup kot. Kasik can la…
Dalam 3 jam sebelum landing tu, steward datang bagitau “Puan, puan jangan bising2 ye, saya bgtau puan sorang je ni. Flight ni kemungkinan besar tak landing kat Heathrow, sebab airport still tutup. Maybe kita landing kat Frankfurt (Jerman)”
“So?” tanya saya.
“Puan kena cari jalan sendiri nak ke London cemana”
Ahh sudah. Macamana la pulak nak pegi London sendiri? Ini kan kali pertama saya ke benua Eropah.
Terkesima okeh!
Akhirnya steward to buat announcement that kitorang akan land di Amsterdam (Belanda). Lepas tu dia datang beritahu saya “Takpe, Amsterdam paling dekat dengan UK. Puan boleh amik train terus ke London. Schiphol (airport di Amsterdam) tu macam KL Sentral, ada train sekali”
Fuhh lega. At least takdela tercari2.
Suasana di Airport Schiphol, Amsterdam.
Ramai betul orang, especially yang beratur nak beli tiket train.Masa tu penerbangan keluar-masuk di Schiphol semua kansel/delay. Orang Holland semua disuruh balik rumah dulu & tunggu further info. Yang transit macam kami ni dinasihatkan pergi ke destinasi masing2 by land transport. Macam2 choice kami, sewa kereta & drive, amik train terus ke London, amik train ke Brussels (Belgium) then transit ke London, etc. Apa saja asalkan bukan by air huhu.
Manusia bersusun2 di Schiphol.
Memang boring sesangat. Sebabnya kena beratur panjang2 untuk beli tiket train. Pastu tak bole nak ke mana2.Kalo la bole tinggal beg kejap pegi jalan2 Amsterdam kan best. Ini duk dalam airport tu je.Tu pun kalo dah masuk, takleh keluar dah. Kalo tak, dia tak kasik masuk balik huhu.
Sempat gak bergambar kat depan airport.
Menyusukan Dik Fahry dalam mei tai.
I like Europe. Semua tempat ada Baby Care.
Tengah-tengah beratur tu tiba2 ada sorang pakcik mat saleh datang bagitau sesapa yang fly Malaysia Airlines, flight akan terbang semula lagi pukul 2 petang nanti. Sila ke departure sekarang. Padahal masa tu tinggal sorang je lagi kat depan kami. Fuuuh lega. Terusla naik atas ke departure, kaunter MAS.
Dia suruh pergi beratur untuk check in.
Sekaliiii ramai gilaaaaak orang. Beratur la kami dengan harapan nak terbang terus ke Heathrow. Penat ooooh. Dah berapa jam tak rehat2. Dalam plane pun bukan rest sangat.
Sekali… dah dekat 2 jam beratur… ada pula announcement, all flights to Heathrow cancelled 🙁
Down betul. Dah beratur kat bawah, kata ada flight. Beratur kat atas, flight cancel pulak. Turunlah pulak ke bawah balik beli tiket train.
Nasib baik kami dapat voucher lunch 14.95 Euro sorang. Bole pakai kat mana2 kedai yang tersenarai dalam voucher tu. Tapi sayangnya kami mula2 tu tak aware yang ia bole pakai kat mana2. Nak beli air mineral pun bersusah payah sebab takde duit Euro. Pound diorang taknak accept. Nak tukar kat situ mahal wooo dia caj T_T
Budak2 yang buat airport negara orang macam airport mak bapak diorang.
Akhirnya kami ambil train yang transit di Brussels. Berlari2 ke train station sebab cuma ada 20 minit je dari time dapat tiket untuk train berlepas.
Dalam train dari Amsterdam ke Brussels. Merentasi Netherland ke Belgium.
Fuhhh. Melepaskan penat. Train ni lalu countryside, nampak la kincir angin yang famous di Belanda tu.
Kami tukar train di Brussels, naik Eurostar ke London. Masa tu jam 7-8 malam.Ingatkan dah gelap, rupanya masih cerah. Dah nak masuk summer, siang lagi panjang. Subuh jam 3 pagi, Maghrib dekat jam 9 malam.
Conquer tempat main ni sampai anak orang Belgium datang nak main pun kena halau. Over tau!
Best Aerostar ni. Ada ‘steward’ yang sangat peramah. Sebab biasa nak keretapi kat Malaysia duduk lepak2 je takde orang kisah, terpinga2 bila steward (entah apa orang panggil kalau keretapi ek? Belasah jela steward) datang kasik wet towel, tanya nak makan apa. Hehe. Bukan ape, takut kang tiba2 dia mintak bayar pulak huhu.
Toilet dia pun best. Bersih. Maybe sebab tak ramai sangat orang kot.
Sepanjang jalan tu saya menikmati pemandangan padang luas saujana mata memandang yang sangat indah. Deja vuuu.
Food yang yummy dalam train ke London.
Sekali fikir memang weng bila terkandas ni. Tapi fikir secara positif, kita dapat pengalaman baru. Dapat jumpa orang Holland, dapat jumpa orang Belgium. Dapat naik train. Dapat tengok pemandangan countryside. Kalau direct flight tak dapat dowh camni.
Bermusafir ni memang betul2 menguji, dan banyak manfaatnya. Kerana itu Islam menggalakkan kita bermusafir. Dalam erti kata dunia sekarang, melancong lah. Banyak benda baru boleh belajar, terutama dari segi ibadah, kat sini la nak apply ambil wuduk dengan segelas air je, solat dalam kenderaan, solat tanpa pakai telekung (hikmahnya berpakaian menutup aurat) dan sebagainya.
Saya sambung lagi dengan lebih banyak adventure!
*Over pulak aku ni. Maklumla fes time gi Europe hehehe.
Leave a Reply