,

Mangsa Kapal Terbang Terkandas di Amsterdam

admin Avatar

Before our departure, Abiy got a message that the eruption in Iceland started again, and the London Heathrow Airport (LHR) was closed. But our flight still on.

We departed from KL Sentral by the ERL. Beg2 semua dah siap hantar awal2. Dengan harapan Heathrow Airport dah dibuka semula by the time kami sampai.

Travel dengan babies ni best bila naik flight, sebab walaupun tak duk first class tapi dapat ala2 first class service hehe. Masuk2 je dah tanye nak makan apa. Duduk2 je pastu sampai food. Dapat selimut, bantal (for domestic flight). Dapat mainan. Dapat tolerance untuk jalan2 dan tak pakai seatbelt masa turbulence  😛 (jangan diamalkan ini sangat bahaya!)

London 104

Tapi kali ni takdela first class sangat. Sebab flight penuh. Tapi steward still datang tanya khabar, ada problem ke, dah makan ke 😀 Kire OK la.. walaupun anak2 tak dapat mainan dan Fahry tak dapat baby food. Baby food macam biasalah, Heinz dalam botol. Lupa nak request untuk kids’ food. Lupa Fahry dah besar 😀 Kalau kids’ food best! Mak nye la yang habiskan.

Hafiy pulak sebab dah lebih 2 tahun, dah dapat seat sendiri. OK la dia boleh duduk sendiri cuma tibe2 claim susu balik. Mungkin dia rasa gugup kot. Kasik can la…

Dalam 3 jam sebelum landing tu, steward datang bagitau “Puan, puan jangan bising2 ye, saya bgtau puan sorang je ni. Flight ni kemungkinan besar tak landing kat Heathrow, sebab airport still tutup. Maybe kita landing kat Frankfurt (Jerman)”

“So?” tanya saya.

“Puan kena cari jalan sendiri nak ke London cemana”

Ahh sudah. Macamana la pulak nak pegi London sendiri? Ini kan kali pertama saya ke benua Eropah.

Terkesima okeh!

Akhirnya steward to buat announcement that kitorang akan land di Amsterdam (Belanda). Lepas tu dia datang beritahu saya “Takpe, Amsterdam paling dekat dengan UK. Puan boleh amik train terus ke London. Schiphol (airport di Amsterdam) tu macam KL Sentral, ada train sekali”

Fuhh lega. At least takdela tercari2.

London 112London 117London 119London 128London 123

Suasana di Airport Schiphol, Amsterdam.

Ramai betul orang, especially yang beratur nak beli tiket train.Masa tu penerbangan keluar-masuk di Schiphol semua kansel/delay. Orang Holland semua disuruh balik rumah dulu & tunggu further info. Yang transit macam kami ni dinasihatkan pergi ke destinasi masing2 by land transport. Macam2 choice kami, sewa kereta & drive, amik train terus ke London, amik train ke Brussels (Belgium) then transit ke London, etc. Apa saja asalkan bukan by air huhu.

london hdcm 034

Manusia bersusun2 di Schiphol.

Memang boring sesangat. Sebabnya kena beratur panjang2 untuk beli tiket train. Pastu tak bole nak ke mana2.Kalo la bole tinggal beg kejap pegi jalan2 Amsterdam kan best. Ini duk dalam airport tu je.Tu pun kalo dah masuk, takleh keluar dah. Kalo tak, dia tak kasik masuk balik huhu.

london hdcm 016

Sempat gak bergambar kat depan airport.

london hdcm 012

Menyusukan Dik Fahry dalam mei tai.

london hdcm 060

I like Europe. Semua tempat ada Baby Care.

Tengah-tengah beratur tu tiba2 ada sorang pakcik mat saleh datang bagitau sesapa yang fly Malaysia Airlines, flight akan terbang semula lagi pukul 2 petang nanti. Sila ke departure sekarang. Padahal masa tu tinggal sorang je lagi kat depan kami. Fuuuh lega. Terusla naik atas ke departure, kaunter MAS.

Dia suruh pergi beratur untuk check in.

Sekaliiii ramai gilaaaaak orang. Beratur la kami dengan harapan nak terbang terus ke Heathrow. Penat ooooh. Dah berapa jam tak rehat2. Dalam plane pun bukan rest sangat.

Sekali… dah dekat 2 jam beratur… ada pula announcement, all flights to Heathrow cancelled 🙁

Down betul. Dah beratur kat bawah, kata ada flight. Beratur kat atas, flight cancel pulak. Turunlah pulak ke bawah balik beli tiket train.

Nasib baik kami dapat voucher lunch 14.95 Euro sorang. Bole pakai kat mana2 kedai yang tersenarai dalam voucher tu. Tapi sayangnya kami mula2 tu tak aware yang ia bole pakai kat mana2. Nak beli air mineral pun bersusah payah sebab takde duit Euro. Pound diorang taknak accept. Nak tukar kat situ mahal wooo dia caj T_T

london hdcm 054london hdcm 051

Budak2 yang buat airport negara orang macam airport mak bapak diorang.

Akhirnya kami ambil train yang transit di Brussels. Berlari2 ke train station sebab cuma ada 20 minit je dari time dapat tiket untuk train berlepas.

london hdcm 064

Dalam train dari Amsterdam ke Brussels. Merentasi Netherland ke Belgium.

Fuhhh. Melepaskan penat. Train ni lalu countryside, nampak la kincir angin yang famous di Belanda tu.

london hdcm 065

Kami tukar train di Brussels, naik Eurostar ke London. Masa tu jam 7-8 malam.Ingatkan dah gelap, rupanya masih cerah. Dah nak masuk summer, siang lagi panjang. Subuh jam 3 pagi, Maghrib dekat jam 9 malam.

london hdcm 147

Conquer tempat main ni sampai anak orang Belgium datang nak main pun kena halau. Over tau!

Best Aerostar ni. Ada ‘steward’ yang sangat peramah. Sebab biasa nak keretapi kat Malaysia duduk lepak2 je takde orang kisah, terpinga2 bila steward (entah apa orang panggil kalau keretapi ek? Belasah jela steward) datang kasik wet towel, tanya nak makan apa. Hehe. Bukan ape, takut kang tiba2 dia mintak bayar pulak huhu.

Toilet dia pun best. Bersih. Maybe sebab tak ramai sangat orang kot.

Sepanjang jalan tu saya menikmati pemandangan padang luas saujana mata memandang yang sangat indah. Deja vuuu.

london hdcm 069

london hdcm 177london hdcm 182

Food yang yummy dalam train ke London.

london hdcm 204

Sekali fikir memang weng bila terkandas ni. Tapi fikir secara positif, kita dapat pengalaman baru. Dapat jumpa orang Holland, dapat jumpa orang Belgium. Dapat naik train. Dapat tengok pemandangan countryside. Kalau direct flight tak dapat dowh camni.

Bermusafir ni memang betul2 menguji, dan banyak manfaatnya. Kerana itu Islam menggalakkan kita bermusafir. Dalam erti kata dunia sekarang, melancong lah. Banyak benda baru boleh belajar, terutama dari segi ibadah, kat sini la nak apply ambil wuduk dengan segelas air je, solat dalam kenderaan, solat tanpa pakai telekung (hikmahnya berpakaian menutup aurat) dan sebagainya.

Saya sambung lagi dengan lebih banyak adventure!

*Over pulak aku ni. Maklumla fes time gi Europe hehehe.

admin Avatar

21 responses to “Mangsa Kapal Terbang Terkandas di Amsterdam”

  1. ieda Avatar

    bestnyer dapat g jalan2..respect la lina boleh travel dgn budak kecik 2 org tue…sgt mencabar..mcm explorace plk.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      being a simple person like me, semua pun simple2 je hehe. tak sangka jugak bleh bawak diorang ni walaupun duk layan macam2 karenah.

  2. lydzar Avatar

    mencabarnya perjalanan korang.

    my hubby pon nk kena outstation oversea, Europe country gak nnt. Tp sy tak tau lagi specific place dan kompom ke taknya dia pegi tu.. Risau la plak kalau dia kena hadap mcm ni semua
    .-= lydzar´s last blog ..“KID’S FUN TIME CONTEST BY FUNZ-UNIVERSE & SIMFONIKASIH.NET” =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      it’s not that bad. serious. mula2 berdebar jugak pikirkan terkangkang (eh apsal kena terkangkang plak?) kat airport tu. rupanya OK je. takdela teruk sgt macam yg tengok kat berita TV tu hehe.

      best gak terkandas kat epot, ada banyak kedai. dlm bangunan ada ekon. (tp tpt orang putih ni dlm bangunan panas sebab kat luar dah sejuk derang pasang heater hehe)

  3. salzahari Avatar
    salzahari

    i nak tanya 1 je..kalau naik flight, mkn boleh mtk lebih ke dari seorg? i mean, kalau travel 2 org 1 infant boleh tak mtk yg infant tu jadi adult meal? tehheee…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bole mintak kid’s meal. adult meal tak penah mintak plak sebab nak rasa food lain hehe. kids meal sedap!

      tp ape2 pun food utk infant kena mintak masa beli tiket. kalo tak, derang tak prepare.

  4. Verde Avatar

    i truly adroe ur positive attitude!
    i sooo love positive vibes! n u r fully with it!
    😀

    when we encounter any dugaan, just be grateful coz its actually an opportunity of another adventure 🙂
    there is always other ppl that is lagi unfortunate…so bersyukur and embrace every seconds of it with positive vibes! 🙂
    .-= Verde´s last blog ..hug + kiss + anniversary wish + an invite to CHANEL…harus lompat2 atas katil! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kan?

      every cloud has a silver lining

      depend pada siapa yang tengok dia kan. kalau kita pandang benda tu negatif je, semua benda pun jadi negatif 😀 buat ape nak susah2 kan hati, there are 2 sides on each coin 🙂

  5. Fid Avatar

    salzahari
    hbku dia over
    dia mintaaak dgn alasan i dok yadayada seminggu x jumpa nasik!
    sib baik org atas kapal kaum kerabat dia
    ceh
    .-= Fid´s last blog ..Say bye bye to tisu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cakap kat huby u i nak 2 pack food hehe

  6. Fid Avatar

    wahh u nak tau lyna
    hb i asyik tanya i ja u terkandas ke tak
    kekekekekekekek
    mana i nak tauuu
    .-= Fid´s last blog ..Say bye bye to tisu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak de ke muka i kuar buletin utama?

  7. isabelle Avatar

    wahhh..mcm syok pulak wpun terkandas. kan?hehe
    tapi xkan nak doakan terkandas je pulak 😛
    .-= isabelle´s last blog ..A crack on the 3rd year =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      i wont ask for it ever again. hahaha. penat oooo. rugi sehari.

  8. arin Avatar
    arin

    lyna,
    kan flight terkandas, so cam perjalanan dari Brussels ke London tuh , for the tickets own expenses la ek?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      a ah. semua sendiri dah. huhuhu.

  9. mommy nadia Avatar

    seronot2..best tahap gaban lah camni..
    kalau mcm ni,boleh ke kalau g owesi nak doa suh terkandas jgak!
    weee 😉
    btw,lyna..termiss cte sebelum ni..nih g London bercuti ke or bussiness trip??
    neway enjoy ur beautiful holidays!
    .-= mommy nadia´s last blog ..Potty Train Part 1 :Is my child ready for potty train?? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jangan la mintak.. ingat best ke terkandas camtu. penat, letih sangat2. rugi sehari plak tu. tu nasib baik dia sempat landing kat amsterdam, kalo epot schiphol tu pun tutup, dibuatnya landing kat hutan mana2, kan naya hehe.

      tapi kalau dah jadi, enjoy the experience! 🙂

  10. fid Avatar

    KALAU WANG BNYK BEST KALAU WANG CIPUT LETIHH KAN KAN
    .-= fid´s last blog ..Say bye bye to tisu =-.

  11. CapT Avatar
    CapT

    best gilerr.. my fren pun doa-doa last minit dpt sms fr airline company flite delay.. sebab dok kat sana mmg rasa x nak balik..

    berangan2 nk tour Europe dgn train.. ala-ala French Kiss gittew.. tp byk kena wat research ooo.. huhuhu

  12. lin Avatar

    seronoknya baca pengalamana mla bercuti di europe..syok nyeee…harap2 1 day dapat jejak kaki ke sana gak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge