Mampukah Berkahwin Awal Mengelak Gejala Sosial?

admin Avatar

Sekarang ni macam dah satu benda biasa bila kata, jumpa mayat bayi dan bayi baru lahir di mana-mana, kes2 khalwat dan sebagainya. Lepas satu, satu. Yang paling sedih bila bayi dihanyutkan di sungai, buang dalam tong sampah sampai jadi makanan anjing dan gagak.

Sebagai ibu memang saya tidak boleh menerima perbuatan yang lebih teruk dari binatang. Tapi jauh di sudut hati, saya berasa simpati dengan mereka. Mereka tentu berasa sangat tertekan dengan situasi hingga sanggup buat macam tu. Kalau tak, dah tentu mereka sanggup bela walaupun anak luar nikah.

Bercakap dengan rakan-rakan, ramai yang berpendapat, perkahwinan di awal usia (remaja) akan mengelakkan gejala seperti ini. Tapi ramai juga yang bangkang sebab remaja ni tak matang, nanti dah kahwin, lain pula jadinya. Dari nak elak buang bayi, jadi dera anak pula.

Saya ada dua kisah nak dikongsi. Kisah benar ye.

Kisah I.

Yuna (bukan nama sebenar) dan Kamarul (bukan nama sebenar) adalah pelajar sekolah menengah. Mereka berdua adalah couple paling dahsyat dalam kampung tu. Walaupun baru di bangku sekolah tapi dah pandai cakap pasal kawin-kawin, siap plan nama anak lagi. Amboi amboi… Memang takde kerja lain. Orang pergi sekolah nak belajar, dia pegi belajar family planning.

Akhirnya kantoi dengan parents. Encik Sahak (juga bukan nama sebenar), ayah Yuna memberi kata dua “Kamu nak belajar ke taknak?” Dengan tegasnya Yuna berkata “Saya nak kahwin. Kami boleh buat kerja apa2, saya dah malas belajar”.

Terkejut lah Encik Sahak. Dari sehari ke sehari Yuna asyik mengungkit soal tu. Yang di sebelah Kamarul pun dah tak kuasa dah dengan diorang. Sejak-sejak kantoi tu dah pandai ponteng sekolah.

“Tapi Yuna muda lagi, belajar pun tak habis lagi, macamana nak kahwin?” ujar ibu Yuna dalam airmata.

“Ibu lagi suka Yuna hidup bergelumang dosa dari kahwin Bu?” Amboi, pandai pulak dia jawab macam tu.

Akhirnya ibu bapa Yuna bersetuju mengahwinkan anak mereka dengan Kamarul walaupun dalam hati amat sedih dan terpaksa sekali. Ye lah, Yuna ugut nak lari dari rumah kalau tak beri mereka nikah, dan alasan paling tak boleh blah “Kami nak elak maksiat, Ibu dan Ayah halang pula”.

Selepas bernikah, Yuna dan Kamarul di-nyahkan dari rumah dengan takzimnya. Maka bahagialah mereka buat beberapa ketika, hinggalah pada suatu hari Yuna pulang kembali ke rumah ibubapanya dengan mengendong 2 orang budak dan muka yang macam orang kena santau dalam usia 21 tahun.

Kisah II.

Nora (bukan nama sebenar) dan Rem (juga bukan nama sebenar) adalah pelajar sekolah juga. Pendek kata mereka pun bercintan cintun, dan kantoi juga.

Encik Badrol (bukan nama sebenar), bapa Nora dan Encik Suparjo (bukan nama sebenar juga), bapa Rem berbincang dan mencapai kat putus bahawa Rem dan Nora akan dinikahkan walaupun mereka masih belajar.

Walau bagaimanapun, Encik Badrol dan Encik Suparjo tetap bertindak sebagai bapa kepada mereka berdua, begitu juga dengan isteri2 mereka, tetap memainkan peranan sebagai ibu. Mereka diberi panduan agar meneruskan pelajaran, merancang keluarga dan kewangan, hinggalah kedua-duanya tamat pengajian.

Nora dan Rem hidup bahagia bersama anak-anak dan kehidupan yang memberangsangkan.

Berbalik kepada perbincangan dengan rakan2, dan kisah manusia yang agak rapat dengan saya, membuatkan hati saya mencapat keputusan. Semuanya perlu usaha dan kerjasama semua pihak. Ibu bapa tetap kena mainkan peranan, bila dah jadi macam tu.

Seperti kisah Yuna, ibu bapanya tidak merestui perkahwinan mereka, dan dalam usia mentah tu mereka struggle antara nafsu, perasaan, fitrah dan sebagainya. Akhirnya semuanya menjadi hancur. Lain pula pada Nora, dengan restu dan bantuan dari keluarga, mereka meneruskan kehidupan dengan begitu baik dan berjaya.

Saya membayangkan bila anak2 saya besar nanti, dan andainya (semoga dijauhkan) mereka diuji dengan perkara sebegitu, adakah saya akan menjadi seperti ibu Yuna atau ibu Nora. Sekali fikir, saya taknak anak2 saya nikah awal sangat sebab saya takut ketidakmatangan mereka akan membawa kepada perkara yang lebih dahsyat. Tapi bila fikir balik, sebenarnya restu ibu bapa itu penting dalam hidup seorang anak. Bila ibu dah tak restu, anak buat apa pun akan jadi benda tak elok.

Bila kita restu kehidupan anak kita, dia pun akan selalu merujuk pada ibu bapanya, dan kita masih boleh memberi panduan untuk mereka. Berbanding dengan anak yang tak direstu, dah tentu kita akan rasa sedih, serba salah dan terasa hati. Mungkin kita tak berapa gembira dan bermesra dengan mereka lagi. Akibatnya, anak2 ini hidup tanpa panduan orang tua, terkontang kanting sendiri, menghadapi tekanan, lalu melepaskan pada anak-anak mereka pula.

Awal kan fikir macam ni? Rasanya tak. Hafiy dah 2 tahun, lagi 11 tahun dia akan masuk alam remaja. Kalau dia masuk sekolah asrama, mungkin saya tak dapat nak belai2 dia selalu. Saya sentiasa doakan hati Hafiy, Fahry dan anak2 saya yang lainnya sentiasa lekat pada Mommy dan Abiy mereka.

Dan kita sebagai ibu bapa, walaupun ada perbuatan anak2 yang melukakan, usahlah disumpah seranah mereka, doakanlah mereka yang baik2.. sumpah seranah ibu itu doa yang akan dimakbulkan Allah. Mungkin juga perbuatan buruk mereka tu sebagai reflection diri kita sendiri, ujian untuk kita dan kunci untuk dekatkan diri pada-Nya.

admin Avatar

17 responses to “Mampukah Berkahwin Awal Mengelak Gejala Sosial?”

  1. yus Avatar

    mmm… saya rasa saya nak jadi parents cerita yg kedua. sbbnya kita pun dah lalui perkara itu. Bg sy, sokongan family adalah sokongan yg paling kuat tak kira bila usia kita berkahwin. Kalua family bg sokongan, InsyaAllah urusan dipermudahkan. buat apa nak gaduh2 pastu halau anak, last2 anak gak yg merana. Itukan dah lalai dari tanggungjawab namanya. W/pun anak dah kawen, tapi masih lagi jd t.jab family utk make sure kebahgian perkahwinan dan kehidupan anak. Tapi jgn la smp nak masuk campur dlm semua hal plak. Parah la camtu. Bg sokongan tak sama dgn masuk campur ok…sgt berbeda..
    .-= yus´s last blog ..MomBloggersPlanet : November 2009 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ha tu la mungkin ada ibu bapa yg silap konsep. anak dah beranak pinak pun nak di-controlnya kan.

      parah…parah..

  2. MamaQaseh Avatar
    MamaQaseh

    kalo kami diuji sedemikian rupe (minta2 dijauhkan) moga2 kami menjadi parents di dlm kisah II..amin.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      “(semoga orang yg terlibat dalam ujian itu adalah anak2 orang kaya yang soleh2)”

      va..va..vaa.. 😛

  3. salzahari Avatar
    salzahari

    eye opening entry…good one. selalu terfikir psl ni sbb ada anak pompuan! tp x tahu nak olah pjg2 psl ni…kalaulah diuji sebeginin, hopefully leh jadi parents dlm kisah ke2! insyallah…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      orang kata, jaga anak dara sorang macam jaga lembu sekandang.

      tapi lembu sekandang boleh jual, semelih je kan. mana nak sama anak daraku seorang hehe

  4. littlemama Avatar

    kalau anak dah gatal merenyam nak kahwin masa umur belasan dan tak mau terima nasihat.. kawinkan aje.. tapi mak bapak tetap tak boleh lepas tangan.. macam kisah no 2 tu baru betul supaya anak yg masih muda tak hanyut dek nafsu aje.

    sekarang ni budak muda memang kecik2 dah terdedah dengan seks.. CD, games, internet, majalah, buku (kdg salah parent jugak tak kawal).. dah bila rasa gatal datang tu yg jadik macam-macam tu..

    yg ada kesedaran nak kawin tu kira ok la dari yang suka hati terjah je buat *tut* pastu dah pregnant.. buang.. satu dosa membawa ke dosa yang lebih besar.

    so kalau tak nak anak jadik gatal sebelum masanya.. kita ni yang kena usaha gigih pantau kegiatan anak-anak dan juga kena pandai nasihat anak dgn cara yg betul (kena belajar psikologi kanak-kanak ok).. bukan main membebel marah2 (ha..ah saya paling nyampah time mak me membebel masa kecik tu – rasa nak lari dari rumah..ha..ha..)

    just imagine apa kita rasa kalau kita in their shoes… sebab tu nak didik anak kena jadik kawan anak kita dulu… sebab kawan dgn kawan akan senang berkongsi cerita .. mcm me dengan anak buah.. they all boleh cerita apa saja dengan me because i treat them as friends.. tapi diaorang tidak se terbuka itu dengan parents dia.. sebabnya memang nyata kan?
    .-= littlemama´s last blog ..Saya Benci Masuk Hospital =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo yang cakap kat mak nak kawen tapi mak tak bagi, lalu men-tut sebagai last resort. apa ceritanya nihhhh huhuhu.

  5. fid Avatar

    mmmm..
    good entry

    pada pandangan saya
    marilah kita mengajar anak kita akan erti amanah
    emak saya sekolah tak tinggi
    tapi dia bagi saya ‘kebebasan’ bersyarat
    saya couple dgn hubby ketika form5
    bagi tau mak
    mak cakap
    “nak kawan-kawan la tapi pastika sorang tu saja sampai mati DAN..JANGAN malukan mak dalam apa jua bentuk”

    maka
    saya ambil ayat itu
    mak saya izinkan saya berkwn dgn boyfren saya dengan syarat…apa yg tidak memalukannya??
    apa yg salah di sisi agama dan adat
    .-= fid´s last blog ..blog tiada manfaat =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      i tunggu cerita 13 tahun lagi hehe

  6. tifa Avatar

    Bagi saya kawin awal ke lambat ke sumer same. Sebenarnya ia bergantung kepda individu itu sendiri . Ibu bapa kenal anaknya lebih daripada orang lain . Kalau mereka rasa anaknya belum matang lagi , jangan la benarkan mereka berkahwin kerana mungkin akan mendatangkan masalah lain di kemudian hari .
    .-= tifa´s last blog ..Anakku Ceria Give Away Contest =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalau tak benarkan, pastu diorang buat hal e.g. lari dari rumah, buat maksiat di belakang pengetahuan, macam mana pulak nak buat ye?

  7. irvanqies Avatar

    huhuhu…cerita ini berkait dgn sy…heheh…sy berkahwin pd usia 18thn dan suami 23thn…sy knal suami pd umur 16thn,skrg umur sy 24thn dan suami 29thn,mak,ayah restu hubungan sy dan smpai skrg alhamdulillah kami bahagia dgn tunjuk ajar mak , ayah dan mertua mengajar sy jd matang…ramai yg pk bile kawen muda mesti tak matang,tgk juga pd siapa yg membimbing spt suami yg begitu tegas dlm pelbagai hal dan suami juga byk mengajar dan mendidik sy jd isteri yg baik…sy rasa tiada masalah utk berkahwin muda sekiranya kita sendiri tahu membimbing dan bertanggungjawab antara 1 dan lain…

    jika di takdirkan allah anak2 sy ikut spt sy,sy akan bimbing spt mak ayah sy…i’Allah…
    .-= irvanqies´s last blog ..Pra sekolah… =-.

  8. farah Avatar

    btul la lyna.budak2 tetap budak2..masih belom dewasa…selagi belom matang mereka masih perlukan guide ibu bapa…kalau tak jadi mcm kes no 1 tu la..
    .-= farah´s last blog ..Semuanye benar belaka.. =-.

  9. Salwa Avatar

    ramai ibu bapa melepaskan marah dengan mendoakan yang tak baik, sebab tu ramai anak2 memang sungguh jadi tak baik.
    mcm yg lyna sebut, kepada ibu bapa walauc amnepun anak tu nakal, doakanlah yang baik2…kesian pada nasib anak tu kalu doa yg bukan2…walaupun tak doa, tapi sebut saja pun kadang2 jadi,sebab mulut mak bapak ni masin utk anak2 mereka.
    .-= Salwa´s last blog ..Gelatin babi dalam produk kesihatan – kajian USM =-.

  10. mamamiya Avatar

    yg baik patut di awal2 kan….dah kemudian di iringi dgn doa2 yg baik, tak gitu? gitu gitu..
    .-= mamamiya´s last blog ..Miya’s 18 Months Communication Skills =-.

  11. sumijelly Avatar

    yup…kalu difikirkan..kita pernah mengalaminya masa muda..
    maka bila sudah tua dan anak2 dh dewasa..kene la fikir mcm masa muda..
    bimbingan pun amat penting gak..
    semoga anak2 sumi dapat mendengar kata…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge