Sekarang ni macam dah satu benda biasa bila kata, jumpa mayat bayi dan bayi baru lahir di mana-mana, kes2 khalwat dan sebagainya. Lepas satu, satu. Yang paling sedih bila bayi dihanyutkan di sungai, buang dalam tong sampah sampai jadi makanan anjing dan gagak.
Sebagai ibu memang saya tidak boleh menerima perbuatan yang lebih teruk dari binatang. Tapi jauh di sudut hati, saya berasa simpati dengan mereka. Mereka tentu berasa sangat tertekan dengan situasi hingga sanggup buat macam tu. Kalau tak, dah tentu mereka sanggup bela walaupun anak luar nikah.
Bercakap dengan rakan-rakan, ramai yang berpendapat, perkahwinan di awal usia (remaja) akan mengelakkan gejala seperti ini. Tapi ramai juga yang bangkang sebab remaja ni tak matang, nanti dah kahwin, lain pula jadinya. Dari nak elak buang bayi, jadi dera anak pula.
Saya ada dua kisah nak dikongsi. Kisah benar ye.
Kisah I.
Yuna (bukan nama sebenar) dan Kamarul (bukan nama sebenar) adalah pelajar sekolah menengah. Mereka berdua adalah couple paling dahsyat dalam kampung tu. Walaupun baru di bangku sekolah tapi dah pandai cakap pasal kawin-kawin, siap plan nama anak lagi. Amboi amboi… Memang takde kerja lain. Orang pergi sekolah nak belajar, dia pegi belajar family planning.
Akhirnya kantoi dengan parents. Encik Sahak (juga bukan nama sebenar), ayah Yuna memberi kata dua “Kamu nak belajar ke taknak?” Dengan tegasnya Yuna berkata “Saya nak kahwin. Kami boleh buat kerja apa2, saya dah malas belajar”.
Terkejut lah Encik Sahak. Dari sehari ke sehari Yuna asyik mengungkit soal tu. Yang di sebelah Kamarul pun dah tak kuasa dah dengan diorang. Sejak-sejak kantoi tu dah pandai ponteng sekolah.
“Tapi Yuna muda lagi, belajar pun tak habis lagi, macamana nak kahwin?” ujar ibu Yuna dalam airmata.
“Ibu lagi suka Yuna hidup bergelumang dosa dari kahwin Bu?” Amboi, pandai pulak dia jawab macam tu.
Akhirnya ibu bapa Yuna bersetuju mengahwinkan anak mereka dengan Kamarul walaupun dalam hati amat sedih dan terpaksa sekali. Ye lah, Yuna ugut nak lari dari rumah kalau tak beri mereka nikah, dan alasan paling tak boleh blah “Kami nak elak maksiat, Ibu dan Ayah halang pula”.
Selepas bernikah, Yuna dan Kamarul di-nyahkan dari rumah dengan takzimnya. Maka bahagialah mereka buat beberapa ketika, hinggalah pada suatu hari Yuna pulang kembali ke rumah ibubapanya dengan mengendong 2 orang budak dan muka yang macam orang kena santau dalam usia 21 tahun.
Kisah II.
Nora (bukan nama sebenar) dan Rem (juga bukan nama sebenar) adalah pelajar sekolah juga. Pendek kata mereka pun bercintan cintun, dan kantoi juga.
Encik Badrol (bukan nama sebenar), bapa Nora dan Encik Suparjo (bukan nama sebenar juga), bapa Rem berbincang dan mencapai kat putus bahawa Rem dan Nora akan dinikahkan walaupun mereka masih belajar.
Walau bagaimanapun, Encik Badrol dan Encik Suparjo tetap bertindak sebagai bapa kepada mereka berdua, begitu juga dengan isteri2 mereka, tetap memainkan peranan sebagai ibu. Mereka diberi panduan agar meneruskan pelajaran, merancang keluarga dan kewangan, hinggalah kedua-duanya tamat pengajian.
Nora dan Rem hidup bahagia bersama anak-anak dan kehidupan yang memberangsangkan.
Berbalik kepada perbincangan dengan rakan2, dan kisah manusia yang agak rapat dengan saya, membuatkan hati saya mencapat keputusan. Semuanya perlu usaha dan kerjasama semua pihak. Ibu bapa tetap kena mainkan peranan, bila dah jadi macam tu.
Seperti kisah Yuna, ibu bapanya tidak merestui perkahwinan mereka, dan dalam usia mentah tu mereka struggle antara nafsu, perasaan, fitrah dan sebagainya. Akhirnya semuanya menjadi hancur. Lain pula pada Nora, dengan restu dan bantuan dari keluarga, mereka meneruskan kehidupan dengan begitu baik dan berjaya.
Saya membayangkan bila anak2 saya besar nanti, dan andainya (semoga dijauhkan) mereka diuji dengan perkara sebegitu, adakah saya akan menjadi seperti ibu Yuna atau ibu Nora. Sekali fikir, saya taknak anak2 saya nikah awal sangat sebab saya takut ketidakmatangan mereka akan membawa kepada perkara yang lebih dahsyat. Tapi bila fikir balik, sebenarnya restu ibu bapa itu penting dalam hidup seorang anak. Bila ibu dah tak restu, anak buat apa pun akan jadi benda tak elok.
Bila kita restu kehidupan anak kita, dia pun akan selalu merujuk pada ibu bapanya, dan kita masih boleh memberi panduan untuk mereka. Berbanding dengan anak yang tak direstu, dah tentu kita akan rasa sedih, serba salah dan terasa hati. Mungkin kita tak berapa gembira dan bermesra dengan mereka lagi. Akibatnya, anak2 ini hidup tanpa panduan orang tua, terkontang kanting sendiri, menghadapi tekanan, lalu melepaskan pada anak-anak mereka pula.
Awal kan fikir macam ni? Rasanya tak. Hafiy dah 2 tahun, lagi 11 tahun dia akan masuk alam remaja. Kalau dia masuk sekolah asrama, mungkin saya tak dapat nak belai2 dia selalu. Saya sentiasa doakan hati Hafiy, Fahry dan anak2 saya yang lainnya sentiasa lekat pada Mommy dan Abiy mereka.
Dan kita sebagai ibu bapa, walaupun ada perbuatan anak2 yang melukakan, usahlah disumpah seranah mereka, doakanlah mereka yang baik2.. sumpah seranah ibu itu doa yang akan dimakbulkan Allah. Mungkin juga perbuatan buruk mereka tu sebagai reflection diri kita sendiri, ujian untuk kita dan kunci untuk dekatkan diri pada-Nya.
Leave a Reply