Malu ke Ada Anak Cacat?

admin Avatar
Susah nak cakap. Tak semua orang ada pemikiran yang sama. Macam entry saya tentang kebahagiaan rumahtangga tunggak kejayaan anak2, saya pun berbelah bagi nak tulis entry tu, sebabnya tak applicable untuk semua.. ada je keluarga yang porak peranda tapi anak2 berjaya.. seperti komen yang ditinggalkan oleh UmmuAhmads, saya juga pernah menemui keluarga sedemikian. Sifat manusia ni sangat subjektif. Ada orang jenis tak kisah, kalau dapat musibah pun dia still enjoy, tapi ada orang sangat sensitif. Sikit2 nak stress, sikit2 nak tension, sikit2 nak marah…
Bila dianugerahkan anak istimewa, lain orang lain penerimaan. Ada orang anaknya takde kaki takde tangan tapi dia happy giler for having such baby. Ada orang anaknya sikit senget kat mata pun dah stress macam dunia nak kiamat. Ada orang anak sakit kronik pun still boleh senyum. Ada orang anak demam selesema pun menangis2 macam kucing mati anak. Tapi kita tak boleh merendahkan perasaan sesiapa. Perasaan adalah milik peribadi yang dicerminkan oleh hati. Kita tak boleh duga hati sesiapa.
Saya tak malu dedahkan tentang anak saya. Bukan juga untuk minta simpati. Takde, tak hingin pun. Gila glamour pun tak. Tapi bayangkan ye, kat negara kita orang still pandang orang cacat sebagai ‘sesuatu’. Tak semua tapi ada. Hinggakan ada keluarga yang dapat anak cacat kadang2 diperkatakan orang, sampai ibu bapanya tertekan. Padahal anak dia takde la teruk sangat. Bayangkanla kalau anak2 ni dibesarkan dalam keadaan dipandang sebagai ‘sesuatu’. Bagaimana self esteem dia.
Bila kita khabarkan kisah anak2 OKU ni dengan gembira, sedikit sebanyak ia boleh membuka mata masyarakat. “Ooo.. takdela teruk sangat”, “Ooo… OK je rupanya”, etc.
Semasa di London menonton satu channel rancangan kanak-kanak, pengacaranya seorang perempuan yang tak ada tangan. Menarik kan.
Saya rasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat that OKUs are not aliens. Mereka sama je macam orang lain. Malah lebih baik dari orang sempurna yang tak pandai guna akal fikiran. Mereka ni yang lebih OKU dari OKU. Anggota cukup, muka lawa tapi hidup menyusahkan orang… buat ape, kan?

Dari pemerhatian saya, ada 3 jenis parents yang ‘sorokkan’ tentang keadaan anak OKU dia, 1) yang berasa malu, 2) yang malas nak cerita dan 3) yang tak mahu dikasihani. Ye lah kan, orang kita penuh perasaan simpati, which is not usually needed. These parents need assurance that “You are OK, your children are OK”. Sebab bila ramai2 pakat dok “Kesiannya budak ni…”, “Sabarlah…”, etc. kita pun kadang jadi terikut sama nak rasa kesian kat anak & diri sendiri.

Saya berpendapat setiap keluarga yang ada family member/anak istimewa should tampil to ‘promote’, bukan nak raih simpati, never-never-never, tapi to get public awareness that orang2 OKU ni bukannya alien dan bukan makhluk pelik. They deserve the same space, same opportunity dengan orang lain, dan tidak bernasib malang.

Pedih hati saya, bila ada ibu yang menangis kerana orang mengata/bertanya/keluarkan kenyataan macam2 tentang anak OKU mereka. They (yang mengata tu) should feel ashamed of themselves. Orang yang sempurna ialah yang berfikiran terbuka, yang bermanfaat kepada orang lain, not the one yang suka cemuh sana cemuh sini tapi di pihak mereka, ape pun takde.

admin Avatar

24 responses to “Malu ke Ada Anak Cacat?”

  1. LeeN Avatar

    orang2 kita masih banyak yang suka buat ‘pandangan pelik’ terhadap sesuatu. jakun maybe? haha. jahatnya bahasa. taklah. sebenarnya orang-orang kita tak ramai yang open minded. so, banyak benda2 yg remeh jadi besar. baru2 ni, last two weeks leen dapat anak buah. down syndrome. kami sekeluarga memandangnya sebagai suatu anugerah yang istimewa. kelahiran yang penuh rahmat.
    .-= LeeN´s last blog ..My First Attempt with Doughnuts =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin sebab diorang belum ada yang jadi gitu, so tak merasa apa perasaan depa2 ni gamaknya.

  2. eliss Avatar

    saya jenis yang tak mahu dikasihani kot..biarlah saya sorang ajer yang kasihan kat nuha…huhuhu.
    .-= eliss´s last blog ..Arabic Food Tadak Jual Teh O Ais ? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      perempuan yang kasihan – petikan dari komik jepun 😛

  3. isabelle Avatar

    dah lama saya wonder perkara ni. sebelum ni ada la sorg dua kwn yg anaknya cerebral palsy & down syndrome… tapi mmg saya tak berani nak tanya apa2. takut silap tanya, tersinggung pulak.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ya lah, benda2 ni kadang2 sensitif bagi sesetengah orang. mungkin kita patut buat tak tau je hinggala dia sendiri willing nak cerita 🙂

  4. kakLuna Avatar
    kakLuna

    akak rasa,skrg org dh ada kesedaran..dulu2 mungkin x de,atau kurang…ada juga yg tak leh sabar…sbb kategori cacat ni ada yg dok diam2 je..ada yg lincah hyperactive..memerlukan penjagaan rapi, ketahanan tinggi dan menuntut pengorbanan org lain..parent OKU tu nak elak dr anak2 nya menyusahkan org,menjadi bahan ngata,senang citer,nyorokkan je lah anak tu kat umah. pd pkran dia,itu utk kebaikan anak nya..mungkin..

    bg akak sdiri..akak tgk org yg ada anak cacat ni dgn pandangan biasa..sama mcm anak yg lain..coz bila dh besar dan matang ni, akak leh pikir, Allah menjadikan manusia tu sbnrnya sama..’kekurangan’ adalah subjektif…kurang anggota badan, bijak pula akalnya…buta matanya, terang pula hatinya…jd kita ni smua adalah cacat dan kita smua ni juga adalah sempurna..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      insya-Allah, makin lama minda masyarakat makin maju. sekarang ni ramai OKU yang pegang jawatan tinggi kat organisasi2 ygn bole menjadi inspirasi untuk OKU lain, kan?

  5. Tuty Avatar

    frankly speaking lyna adalah blog pertama yg saya baca menceritakn ttng anak2 OKU tanpa saya rasa simpati. I mean, “wahhh she’s si proud”.. Thx for wrting in this manner. So saya tau mcm mana nk react to other ppl kalau diorg ada anak mcm ni.

    I shouldnt say, “siannyee dia”.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      (kembang hidungku LOL)

  6. Mama Zharfan Avatar

    hanya yg mengalami jer yg memahami…me kagum tgk ur semangat in raising ur boy…keep it up dear 🙂
    .-= Mama Zharfan´s last blog ..A Giveaway: Win Cloth Diapers from baby-mel & Knickernappies! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hmmm my baby biasa2 je, Ada yg lg tak bernasib baik (physically) Dari dia yet they’re so strong! Hebat kan mereka!

  7. knv Avatar
    knv

    i think now is the time yang kita tak perlu malu dengan perkara2 macam ni. i mean, semuanya kuasa allah. it shouldn’t be a question pun. masing2 sepatutnya dah maju, modern dan matured. yang lebih malu kalau cukup segala sifat tapi akal masih cacat.

    saya malu sebagai melayu sebab orang2 melayu suka ‘malu’kan benda2 yang tidak sepatutnya. kadang kala orang yang di’malu’kan tu takde apa2 pun. masyarakat sekeliling yang lebih over.

    well, tidak hanya tertakluk kepada anak istimewa sahaja, tapi banyak jugak benda2 lain disekeliling kita. agaknya kita ni yang mentally disturbed.
    .-= knv´s last blog ..semoga sentiasa cukup =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Malu nak angkat tgn dalam kelas nanti orang kata perasan pandai.

  8. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    thanks utk entry ni lyna…buat ore teringat ko abe ore di rumoh. nti kelik msia ni, ore nk blogging banyok2 pasal abe ore…xsey orang lain pandang ‘sesuatu’ ko dio sbb abe ore dh bjay abuktikan dio lg bagus dr org2 ‘normal’

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Buat jgn tak buat! Let the world know sapa yg cacat sebenarnya

  9. Jiey Mien Avatar

    Mokcik Jiey ni dlm golonge mano??
    Muahahhaha..
    Tok malu lgsg.. Tp banggo!
    Baru jah minggu lepah oyak ko adik ore,
    “Kak bersyukur tuhey wak ian gini.. baru la kito menghargai the littlest things in life.. Ado anok istimewo ni, challenge dio lebih.. Tamboh2 hok delay supo Ian ni.. Nk ajar dio memey ambik maso.. Tapi bilo dio dpt pick up so so bendo hok kak ajar, kak sero supo kak la ore paling hebak dlm dunio..”
    Muahahhahha.. Ayat koya gitu mo!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kade2 kam bilo kito berbanggo2 ni mace merendah2kan pulok family budok2 normal lain. wakakakakaka. biar lah. sekian lama OKU disisihkan, ditohmah, dihina, dicaci. biar kito koya2. biar biar biar. wahh overrr mokcikkkk.

      bakpo OKU keno duduk pusat pemulihan anyam bakul? tekkoo… tekkooo~~

      m0kcik jiey meme trigger emosi kehoveran mak noks 😛

  10. Mommy Of Q's Avatar

    ya rite lah Lyna ..cayalah lu my se”bumbung” prend … hhehehhe..me dulu before dapat Zayra pun takut gak nak pikir mender2 camni, yerlah kan, takut kita salah sebut & menyebabkan mereka terasa hati (ingat tak dulu aku dok mintak maaf kat hang Lyna ..wakkaka…cuak giler aku beb time tuh! padahal ko rilek jer .ahaks)

    but now, me pun rasa yg sama, aku takmo org cakap kesiann…kesiann.. (nak nak ala2 macai P. Ramlee tuh .. hahaha…rasa nak hempuk jer bila dengar mamat tuh cakap kan ..iritating giler ..tapi klakau…) sebab pada i, lebih baik kesian kan budak umur 14 tahun yang dah preggy, dah makan dadah, dah jadi mat rempit dan dah menyamun serta meragut orang! Org macam tu yg patut dikasihani kan .. patutnya cakap kesian kan dia .. wakakka.. kesian gak kat mak apak dia yg dapat nama busuk sebab anak dia busuk!

    me rasa happy bila most of my frend yg tgk Zayra & say, shes OK, dia alert lah, nampak bijaklah.. hmmm..berbunga2 hati aku..wakkak.. well..sumtime as mother all the way tuh mestilah kita ada rasa risau, standard ah kan, anak yg normal pun kita rasa risau kalau apa2 jadi kat dia, apatah lagi yg ada keistimewaan ni, but the word “kesian” mmg tak membantu langsung! Hheheh..

    nak cakap lebih2 pun takut ada org terasa hati, as u said, lain org lain penerimaan nya, aku nak bebel lebey2 kang, takut plak org kata, “alah, ko leh ah cakap, anak ko kena sebelah tangan jer .. yg lain ok ..anak aku nih …” hmmm.. thats y susah gak nak cakap.. apa pun, me sebagai hamba Allah bersyukur dikurniakan both Q’s yg bijak tuh ha … terlalu banyak untuk aku syukuri sehinggakan rasa malu nak meminta lebih dari apa yang DIA nak bagi .. (tapi aku still minta doa agar tulang Zayra tumbuh jugak .. maklumlah -KUN FAYA KUN kan … )

    Aminkan semua yer kengkawan .. hehehhehe

  11. rynas Avatar

    akak kagum dengan Lyna lah…mg semangat Lyna jd dorongan pd ibu2 yg lain.
    .-= rynas´s last blog ..Era, Hot, Sinar…Korang dengar radio apa eekkk???? =-.

  12. ishak Avatar

    hem anak cacat senang dijaga dari anak normal…bersyukurlah kurniaan ilahi
    .-= ishak´s last blog ..I love you juliana evans =-.

  13. papa tabah Avatar
    papa tabah

    saya bru dpt baby boy,,tapi tangannya ada kecacatan ckit,,saya dan isteri menangis mengenangkan nasib anak kecil itu,tapi kami sedar itu adalah anugerah allah,saya dan isteri perlu kuat untuk tidak jadikan hal ini sebagai perkara yang mendukacitakan keluarga,,kami taknak kecacatan anak ini menjadikan mahligai yg dibina jd suram,sbgai suami saya tlh b;tekad unuk membahgiakan istri dan anak tercinta.papa doakan semoga baby jd anak yg soleh,bijak dan berjaya suatu masa nnt.sesungguhnya papa dan mama tdk prnh menyesal terima baby lahir di dunia ini…

  14. emma Avatar
    emma

    btul cakap mama tu…..anak sy baru je menjalani pembedahan….dan sy telah apply oku kad untuk anak utk kesenangan die nanti…lg pun mama sy skrg dah tak malu ada anak oku malah sy bangga sgt..

  15. baby Avatar

    parents yg punya anak2 istimewa ini adalah ibu2 yang tabah!!!!!!
    .-= baby´s last blog ..LITTLEMUMMYDADDY 1st GIVEAWAY =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge