Susah nak cakap. Tak semua orang ada pemikiran yang sama. Macam entry saya tentang kebahagiaan rumahtangga tunggak kejayaan anak2, saya pun berbelah bagi nak tulis entry tu, sebabnya tak applicable untuk semua.. ada je keluarga yang porak peranda tapi anak2 berjaya.. seperti komen yang ditinggalkan oleh UmmuAhmads, saya juga pernah menemui keluarga sedemikian. Sifat manusia ni sangat subjektif. Ada orang jenis tak kisah, kalau dapat musibah pun dia still enjoy, tapi ada orang sangat sensitif. Sikit2 nak stress, sikit2 nak tension, sikit2 nak marah…
Bila dianugerahkan anak istimewa, lain orang lain penerimaan. Ada orang anaknya takde kaki takde tangan tapi dia happy giler for having such baby. Ada orang anaknya sikit senget kat mata pun dah stress macam dunia nak kiamat. Ada orang anak sakit kronik pun still boleh senyum. Ada orang anak demam selesema pun menangis2 macam kucing mati anak. Tapi kita tak boleh merendahkan perasaan sesiapa. Perasaan adalah milik peribadi yang dicerminkan oleh hati. Kita tak boleh duga hati sesiapa.
Saya tak malu dedahkan tentang anak saya. Bukan juga untuk minta simpati. Takde, tak hingin pun. Gila glamour pun tak. Tapi bayangkan ye, kat negara kita orang still pandang orang cacat sebagai ‘sesuatu’. Tak semua tapi ada. Hinggakan ada keluarga yang dapat anak cacat kadang2 diperkatakan orang, sampai ibu bapanya tertekan. Padahal anak dia takde la teruk sangat. Bayangkanla kalau anak2 ni dibesarkan dalam keadaan dipandang sebagai ‘sesuatu’. Bagaimana self esteem dia.
Bila kita khabarkan kisah anak2 OKU ni dengan gembira, sedikit sebanyak ia boleh membuka mata masyarakat. “Ooo.. takdela teruk sangat”, “Ooo… OK je rupanya”, etc.
Semasa di London menonton satu channel rancangan kanak-kanak, pengacaranya seorang perempuan yang tak ada tangan. Menarik kan.
Saya rasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat that OKUs are not aliens. Mereka sama je macam orang lain. Malah lebih baik dari orang sempurna yang tak pandai guna akal fikiran. Mereka ni yang lebih OKU dari OKU. Anggota cukup, muka lawa tapi hidup menyusahkan orang… buat ape, kan?
Dari pemerhatian saya, ada 3 jenis parents yang ‘sorokkan’ tentang keadaan anak OKU dia, 1) yang berasa malu, 2) yang malas nak cerita dan 3) yang tak mahu dikasihani. Ye lah kan, orang kita penuh perasaan simpati, which is not usually needed. These parents need assurance that “You are OK, your children are OK”. Sebab bila ramai2 pakat dok “Kesiannya budak ni…”, “Sabarlah…”, etc. kita pun kadang jadi terikut sama nak rasa kesian kat anak & diri sendiri.
Saya berpendapat setiap keluarga yang ada family member/anak istimewa should tampil to ‘promote’, bukan nak raih simpati, never-never-never, tapi to get public awareness that orang2 OKU ni bukannya alien dan bukan makhluk pelik. They deserve the same space, same opportunity dengan orang lain, dan tidak bernasib malang.
Pedih hati saya, bila ada ibu yang menangis kerana orang mengata/bertanya/keluarkan kenyataan macam2 tentang anak OKU mereka. They (yang mengata tu) should feel ashamed of themselves. Orang yang sempurna ialah yang berfikiran terbuka, yang bermanfaat kepada orang lain, not the one yang suka cemuh sana cemuh sini tapi di pihak mereka, ape pun takde.
Leave a Reply