Malaysia Negara Maju 2020 Mungkin Mustahil Sebab…

admin Avatar

Malaysia negara maju by 2020 memang aspirasi kita semua. Tapi, jalan ke sana sangat-sangat sukar kalau situasi sekarang jadi ukuran. Back in my mind of course I’ll proud kalau my country dapat title tu. Tapi deep in my heart says it may not be a reality. Some reality check yang kita perlu hayati sedalam-dalamnya.

malaysia negara maju

Rasuah

Enough said about this. Walaupun rasuah sifar, I still have doubt we can pass through the big leap nak jadi high income nation for following reasons…

Subsidi

Sebab minyak kita murah, orang yang tak berapa mampu pun berani pakai kereta besar yang telan minyak super banyak. Sebab elektrik kita murah menyebabkan teknologi alternatif macam solar atau nuklear kelihatan terlalu-lalu mahal sampai end-up bergantung kepada gas & coal forever. Dan sebab semua orang dapat subsidi (orang kaya & peniaga) menyebabkan selamanya kita jadi jaguh kampung, tak dapat nak bersaing negara lain yang takde subsidi. And jutawan di Malaysia tapi tak mampu nak survive kalau mastatutin di negara lain.

Don’t get me wrong, saya pun suka subsidi gak tau.

Subsidi kereta nasional menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa beli kereta dengan harga yang paling mahal di dunia. Subsidi bahan api menyebabkan kita tertinggal dalam teknologi baru tenaga alternatif. Subsidi barang makan menyebabkan kita terus menerus menghadapi situasi shortage (beras, gula, tepung etc).

Good or bad news, kerajaan pun takkan berani nak tarik subsidi 100% sebab takut kalah pilihan raya. Somore, rakyat pun masih tak faham & bersedia mentally & financially. This two is the perfect combo subsidi bakal diteruskan. Subsidi berterusan tanpa hala tuju yang jelas bagaimana rakyat boleh hidup dalam ekonomi sebenar tanpa subsidi hanya akan membuatkan kita leka dibuai mimpi.

Brand Home-Grown (bukan biskut Home-Made)

Kita pengeksport air-cond terbesar di Asia (ke dunia eh?) tapi takde satu pun brand kita punya (ke Khind ada buat air-cond jugak?). Kita tergolong antara negara yang berani mengeluarkan kereta sendiri tapi berapa negara yang sanggup terima; dan berapa banyak jualan yang berjaya kita dapat sejak dimajukan >20 tahun lalu?

The only home grown produk yang betul-betul visible are islamic banking, rubber glove & kelapa sawit. Kenapa penting ade homegrown produk? Supaya kita ada pricing & selling power over others. Kalau tak, jadi negara maju yang tak independent.

Innovasi

First, we suffer from brain drain. Student bagus-bagus banyak kerja oversea for obvious reasons. Yang tinggal siapa? (adus, terasa aku). Kedua, tak banyak syarikat nak spend duit buat R&D. Mostly prefer beli lesen syarikat luar then pasarkan produk ke Malaysia; cepat, mudah & MURAH. Then macam mana nak ade produk sendiri?

Ketiga, sekolah kita banyak mengajar ikut urutan silibus daripada membiarkan pelajar tu yang discover entah apa benda pun asalkan sikit-sikit ada dalam silibus. So budak tu boleh put pieces of info into the big jigsaw puzzle; which is the most important skill dalam inovasi. (cakap senang, nak buat memang sangat susah!)

Last but not least….

Complacent ???

Economically, kita top 15 countries yang naik secara konsisten 50 tahun lepas. Purata kadar kenaikan GDP 7% atau lebih. Tapi sejak tahun 2000, ekonomi berkembang sekitar 5% je. Ade sorang pakar economist komen “to get out of poverty is much more easier than getting out of comfort zone”.

Atuk nenek kita kerja keras tores getah, petik kopi, tanam padi etc nak menyara keluarga. Mak ayah kita pulak kerja di bandar nak pastikan anak-anak mereka tak hidup susah seperti yang mereka pernah lalui. Kita pulak habis buat part-time nak support & maintain kos sara hidup yang sangat tinggi. Anak-anak kita sibuk dengan PS3?

Sangat banyak kontraktor bumi yang bermewah-mewah dengan kereta dan rumah bila dapat projek kerajaan, padahal kita utamakan mereka agar mereka boleh berdikari; cari projek sendiri. Lebihan keuntungan diharap dapat membantu syarikat tu buat R&D ke, buat produk sendiri ke, paling kurang pun expand la ke luar negeri.

Paling panas kalau ade orang cakap “si anu dapat kontrak syarikat you RM-XX juta. Sekarang dah boleh pakai Merce 15 bijik”. Nak aje cakap “sebab orang macam ni la kita tak ke mana-mana”.

Ini pesanan kepada diri saya sendiri (kalau nampak saya lupa, tolong ingatkan…),

Jangan nak cepat sangat enjoy bila dah untung RM1 mahupun RM3 juta ringgit. Most of the time, itu hanya UJIAN sebelum GANJARAN. Cubalah sedaya upaya untuk melabur semula keuntungan tadi untuk pulangan yang lebih tinggi. Bila dah lebih tinggi, buka peluang pekerjaan supaya anak-anak kita takde la terlalu bergantung dengan bangsa lain mahupun orang luar untuk hidup. This is THE financial freedom I want in life.

Tak salah nak pakai kereta atau rumah besar to reward usaha gigih anda or pamper yourself sekali-sekala. Kadang-kadang you need that for motivation. Pada masa yang sama, let’s do something yang boleh membawa manfaat bersama. Betul la infaq, sedekah & derma is a must, but let’s go beyond that.

Semua di atas antara cabaran nak jadi high-income nation by 2020. Kalau status quo, I think you know the result oledi lor.

Tagged in :

admin Avatar

13 responses to “Malaysia Negara Maju 2020 Mungkin Mustahil Sebab…”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    saya setuju…pemimpin suka kuarkan cdgn yg bombastic tp byk dasar belum diubah. Jadi bagaimana nak bergerak? Yg tersepitnya para pelaksana…Simple case,in IT project dulu sibuk nak IT-IT kemudian byk course IT dan student amik IT but end up,bila masuk gov.mcm tak guna sgt skill sbb dasarnya masih memberi projek2 skala besar kpd MNC dan swasta! Antara alasan diberi,we have no expertise and not many graduates to supply the demand. Can u accept that??!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      or shall we call them POLITICIAN instead? 🙂

  2. Hanis Avatar

    hmm…mmg nampak akan menjadi kurang berjaya..
    tapi Lynnna, u are comparing on the issue yang resemble the bad part.

    ada tak comparison yg menunjukkan kita dah ada hint2 berjaya memenuhi wawasan 2020 itu, kalau tak banyak pun, sikit sipi-sipi ke?

    maybe, kejayaan yang sikit tu, at least nmpak perubahan and giving more inspiration or motivation to push the lacking aspect..
    .-= Hanis´s last blog ..kisah bukit yang ada 18 billion disposable diapersor is it more =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ia macam nak jadi ustaz, belajar skor tapi perangai suka bawa anak dara orang masuk bilik. layak ke nak jadi ustaz selagi tak stop perangai buruk tu?

  3. ain shalalala Avatar

    masih lagi belum mencapai mentaliti kelas pertama
    .-= ain shalalala´s last blog ..tak usah mimpikan daku =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalau dapat second class upper pun dah kira OK hehehe

  4. knv Avatar
    knv

    oh memang banyak lagi yang harus di kejar. semoga kita kejar apa yang patut dikejar. yang tak perlu tu harus tolak ke tepi. yang paling bahaya kalau material dan mental tidak selari.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. ewah.

  5. YatieJay Avatar

    Cakap pasal subsidi….wlpn saya suka subsidi tapi pada pendapat saya it shouldn’t be given to the rakyat in the first place. Kalau dari awal kita tak dibergantungkan (wahhh…word apakah ini?!) dgn subsidi, taklah kita menggelupur sgt kalau ia ditarik sedikit demi sedikit.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sayangnya ia dah menjadi darah daging kita even some ppl think its our right to enjoy it forever. what to do?

  6. sharina Avatar
    sharina

    totally agreed, especially part kontraktor bermewah2 dengan dapat kontrak gov semata2.
    ayah saya penah ckp, kalo bukak bisnes sniri, x dpt untung byk tp kalo dpt bg org lain peluang bekerja pun kita dah dpt ganjarannya..
    but switching drastically from “makan gaji” to “buat bisnes sendiri” like me is very2 tough, lagi la tanpa subsidi (harap subsidi makan drpd en suami saja)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      untung tak banyak tapi unlimited?

      bila makan gaji kerja malas pun gaji jalan. kerja sendiri, malas2 sila makanlah pasir, tol tak?

      1. sue Avatar

        makan gaji tapi kerahan tenaga macam company tu kita punya pon sakit hati juga. Yer laa.. keje bagai nak rak. Tapi tak kaya-kaya jugak. Owhhh..entah kali ke berapa ni asik pikir nak resign.
        .-= sue´s last blog ..Ilham tentang sesuatu =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge