Mengajar Anak Mengaji Dengan Video Pendidikan

by Mommy Lyna on August 19, 2010 · 9 comments

Mengajar anak mengaji sekarang lebih mudah kerana ada banyak medium yang boleh digunakan, terutama oleh ibu yang bekerja dan sibuk. Salah satunya ialah dengan video pendidikan. Samada melalui DVD/VCD yang boleh didapati di merata pasaraya dan kedai (contoh nya kumpulan Alif Iqra’, Al-Ilham, Iqra’, al-Furqan, dan sebagainya), video pendidikan juga boleh ditonton dari program online di komputer contohnya You Tube.

Mengajar anak kecil mengaji tidaklah payah, sekadar memperkenalkan huruf hijaiyah dan membiasakan mereka, sebagai persediaan untuk belajar mengaji kelak.

Anak-anak saya suka menonton You Tube di televisyen, berbanding rancangan televisyen termasuk kartun. Saya pun suka kerana You Tube tiada iklan (yang boleh jadi merapu) dan hanya akan menyiarkan video mengikut pilihan kita sahaja. Sekadar berkongsi video pendidikan yang saya gunakan sebagai langkah awal mengajar anak mengaji.

Anak-anak saya menyukai kaedah menonton video ini. Malah Fahry dah pandai membunyikan huruf-huruf tersebut. Mungkin sebab gambar animasi berwarna-warni dengan alunan muzik disukai oleh kanak-kanak kecil.

Biasanya nak lekakan mereka ialah dengan cara ni, biarkan mereka menonton video-video ni kalau saya nak buat kerja rumah yang urgent. Kemudian belek buku, poster dan flashcard untuk revision. Tak apa kalau mereka tak dapat mengingat/menyebut huruf dengan betul, jadikan ia sebagai satu permainan yang menyeronokkan, bukan ‘ujian’ kepandaian yang boleh membuatkan kita stress bila anak tak dapat buat dengan baik dan mereka pun stress bila tengok muka kita stress/kita marah dia.

Belajar di rumah biarlah seronok, cukup je la stress kat sekolah aje :)

{ 9 comments… read them below or add one }

sitisifir10 August 19, 2010 at 11:04 pm

Anak2 ai pun suka yuu… cuma satu je yutiub ni kalau tak download seblom guna diorang akan lompat dari satu story ke story yg lain…pernah sekali termasuk dalam cerita katun omputeh pasal Adam dan Hawa seblom tersingkir dari syurga
.-= sitisifir10´s last blog ..Jemput Masuk Giveaway Daku =-.

Reply

Mommy Lyna August 20, 2010 at 2:33 am

hahah tu lah
biasanya kalo kat PC i tengok yang playlist tu, jarang yg merapu
kalo kat TV tu i tapis dulu awal2 dah lulus baru kasik

Reply

transformed housewife August 19, 2010 at 11:45 pm

knur masih ajar sendiri anak2 mengaji. tapi betulla, kdg2 stress bila kita expect anak kita sebut2 betul dan asyik betulkan sebutan dia.
.-= transformed housewife´s last blog ..A short report for today =-.

Reply

Mommy Lyna August 20, 2010 at 2:34 am

hahahah cikgu kughe hnyabar :)

Reply

L@n@ August 20, 2010 at 7:40 am

ye mmg betul .. anak2 harus didekatkan hati mereka dengan mengaji .. kalau di tv selalunya 90% rancangan yg tak bagus untuk anak2 .. saya selalu beri mereka tengok rancangan macam kelas fardu ain , riwayat kamil .. itu lebih bagus dari rancangan tom tom bak .. tq for sharing the video .. mmg saya tercari2 video sebegini ..
.-= L@n@´s last blog ..Aku Terpaksa Stopkan Breastfeed =-.

Reply

mrsnik@meah August 20, 2010 at 9:28 am

nanti nak cari, burn dlm dvd..bg anak tgk kt tv…wat koleksi

Reply

salzahari August 20, 2010 at 10:26 am

hi..i tak reti cari benda best2 dari Youtube utk budak2.Really appreciate if u could list down/ share mana2 file yg boleh didownload!

Reply

Aliaa August 20, 2010 at 12:50 pm

1. :) Alhamdulillah fateh & kawan2 dia suka lagu2 Ana Muslim.. Fateh baynak belajar sebutan thru video.. mcm DVD Anakku Sayang. Act dia ajar pasal baca, tapi 10x ulang, dia pun boleh sebut.

2. Saya rasa saya dulu banyak belajar dgn Sesame street.. makcik bgtau, saya n adik masa kecik2 dulu akan terjerit2 masa tengok Sesame Street tu.

Alhamdulillah, nowadays byk CD2, video, animasi yg berbentuk islamik.
kalau xislamik pun, at least dah ciri kemelayuan/ketimuran, macam Upin & Ipin.
bagus sgt.. dia ajar pasal puasa.. :)

3. Nak tau tak sal apa budak2 lebih senang belajar thru video?
Yg saya perasan, kalau tengok budak2 umor preschool / playschool punya TV program/ learning prog, mcm Teletubbies, Dora, Blues Clues, Wonderpets atau apa2 rancangan kat Playhouse Disney.. ciri-ciri dia:

- sama saja concept setiap episode
- kalau jumpak solution..ayat sama, lagu sama yang disebut
- simple , tak terlalu komplex subjek dia (sesuai la utk umo budak tu)
- ceria

so, yg saya nampak, REPETITION tu yg penting..

sbb tu lah iklan petronas “burung apa ayah? “, mengajar bahawa kanak2 usia mcm tu mmg dia belajar melalui kaedah repitition/megulang2.. dia akan dengar dulu..send ke otak, dan cuba ckp.

itulah perkembangan kemahiran bertutur & bahasa.. :)

http://www.scribd.com/doc/26242082/Kemahiran-Mendengar-Dan-Bertutur

Reply

qay August 25, 2010 at 12:23 pm

tgok youtube kat tv ??camana tuh??i mmg bute it skit..hahahah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: