Video malaikat turun ke kaabah? Pertama kali saya melihat topik seumpamanya di Facebook, tapi saya tak ada masa nak excited tengok, sebab I knew it wasn’t it. ‘Malaikat’ itu digambarkan sebagai cahaya yang turun dari langit menuju ke kaabah.
Mengarut betul.
Hinggalah Harian Metro melaporkan tentang video malaikat turun ke kaabah ni, saya tergerak untuk berkongsi.
Malaikat dijadikan dari cahaya, tetapi fizikal mereka bukan berbentuk cahaya. Sebagaimana manusia dijadikan dari tanah, tapi fizikal kita tak sedikitpun menyerupai tanah. Mungkin warna sajalah ada sikit2 🙂 Begitu juga dengan syaitan yang dibuat dari api, tapi syaitan tidak berbentuk api. Kalaulah fizikal syaitan itu berbentuk api… Habislah kita hangus terbakar hari2 kerana syaitan berada dalam saluran darah kita.
Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu pertama dari malaikat jibril, pulang dalam keadaan ketakutan dan minta diselimutkan… Badannya menggeletar. Kerana apa? Kerana malaikat Jibril, walaupun datang pada Baginda dengan muka senyum tapi fizikalnya amat menggerunkan.
Diceritakan oleh ustazah saya yang malaikat Jibril mempunyai 6000 sayap, tubuh yang tinggi, tegap, besar dan menunjukkan rupa sebenar kepada Rasulullah SAW, dan bukan berbentuk sejalur cahaya. Bukankah malaikat Jibril memeluk Rasulullah sehingga Baginda berasa lemas? Bagaimana sejalur cahaya dapat melakukannya?
Namun bagi manusia biasa, kita tak dapat melihat malaikat. Mereka tergolong dalam perkara ghaib yang disebut di awal surah al-Baqarah. Kerana itu juga mempercayai malaikat ialah termasuk dalam rukun iman, kerana iman itu ialah mempercayai dengan hati, amal dan perkataan, akan perkara2 yang tidak jelas kelihatan.
Mempelajari perkara2 asas tentang Islam adalah sangat2 penting, lebih2 lagi sekarang ni timbul terlalu banyak perkara khurafat dan kekeliruan. Bayangkan ada orang Islam menjadi was-was dengan solatnya apabila mengetahui tentang rukun solat mazhab lain, sehingga ada yang ‘takut’ terikut ‘mazhab sesat’… Isk isk isk.
Bulan Ramadhan ni pun ramai yang keliru antara rukhsah dan kewajipan. Allah memberi rukhsah kepada golongan tertentu saja, lain2 wajib puasa kerana apa yang tertulis dalam Rukun Islam ialah ‘berpuasa di bulan Ramadhan’ bukannya ‘suka hati kau nk puasa Ramadhan ke tidak, nanti ganti ajelah bila-bila’.
Begitu juga dengan solat, yang diwajibkan ialah solat dalam waktunya, bukan suka hati kalau nak tinggal solat, nanti qada je lah… Tidak ada qada solat kecuali tertidur. Melainkan kepada musafir dan beberapa keadaan darurat diberi rukhsah untuk solat jamak dan/atau qasar.
Mungkin inilah masanya untuk kita menitipkan pengetahuan asas Islam kepada anak-anak selain mengajar mereka tentang adab, sahsiah, menulis, membaca, mengira, menyanyi, etc… Bulan Ramadhan ni banyak program2 Ihya’ Ramadhan yang boleh kita sertai… e.g. Ceramah tentang Lailatul Qadar, etc… Sambil2 sibuk prepare nak raya la 🙂
Leave a Reply