Malaikat Turun ke Kaabah – video merapu

admin Avatar

Video malaikat turun ke kaabah? Pertama kali saya melihat topik seumpamanya di Facebook, tapi saya tak ada masa nak excited tengok, sebab I knew it wasn’t it. ‘Malaikat’ itu digambarkan sebagai cahaya yang turun dari langit menuju ke kaabah.

Mengarut betul.

Hinggalah Harian Metro melaporkan tentang video malaikat turun ke kaabah ni, saya tergerak untuk berkongsi.

Malaikat dijadikan dari cahaya, tetapi fizikal mereka bukan berbentuk cahaya. Sebagaimana manusia dijadikan dari tanah, tapi fizikal kita tak sedikitpun menyerupai tanah. Mungkin warna sajalah ada sikit2 🙂 Begitu juga dengan syaitan yang dibuat dari api, tapi syaitan tidak berbentuk api. Kalaulah fizikal syaitan itu berbentuk api… Habislah kita hangus terbakar hari2 kerana syaitan berada dalam saluran darah kita.

Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu pertama dari malaikat jibril, pulang dalam keadaan ketakutan dan minta diselimutkan… Badannya menggeletar. Kerana apa? Kerana malaikat Jibril, walaupun datang pada Baginda dengan muka senyum tapi fizikalnya amat menggerunkan.

Diceritakan oleh ustazah saya yang malaikat Jibril mempunyai 6000 sayap, tubuh yang tinggi, tegap, besar dan menunjukkan rupa sebenar kepada Rasulullah SAW, dan bukan berbentuk sejalur cahaya. Bukankah malaikat Jibril memeluk Rasulullah sehingga Baginda berasa lemas? Bagaimana sejalur cahaya dapat melakukannya?

Namun bagi manusia biasa, kita tak dapat melihat malaikat. Mereka tergolong dalam perkara ghaib yang disebut di awal surah al-Baqarah. Kerana itu juga mempercayai malaikat ialah termasuk dalam rukun iman, kerana iman itu ialah mempercayai dengan hati, amal dan perkataan, akan perkara2 yang tidak jelas kelihatan.

Mempelajari perkara2 asas tentang Islam adalah sangat2 penting, lebih2 lagi sekarang ni timbul terlalu banyak perkara khurafat dan kekeliruan. Bayangkan ada orang Islam menjadi was-was dengan solatnya apabila mengetahui tentang rukun solat mazhab lain, sehingga ada yang ‘takut’ terikut ‘mazhab sesat’… Isk isk isk.

Bulan Ramadhan ni pun ramai yang keliru antara rukhsah dan kewajipan. Allah memberi rukhsah kepada golongan tertentu saja, lain2 wajib puasa kerana apa yang tertulis dalam Rukun Islam ialah ‘berpuasa di bulan Ramadhan’ bukannya ‘suka hati kau nk puasa Ramadhan ke tidak, nanti ganti ajelah bila-bila’.

Begitu juga dengan solat, yang diwajibkan ialah solat dalam waktunya, bukan suka hati kalau nak tinggal solat, nanti qada je lah… Tidak ada qada solat kecuali tertidur. Melainkan kepada musafir dan beberapa keadaan darurat diberi rukhsah untuk solat jamak dan/atau qasar.

Mungkin inilah masanya untuk kita menitipkan pengetahuan asas Islam kepada anak-anak selain mengajar mereka tentang adab, sahsiah, menulis, membaca, mengira, menyanyi, etc… Bulan Ramadhan ni banyak program2 Ihya’ Ramadhan yang boleh kita sertai… e.g. Ceramah tentang Lailatul Qadar, etc… Sambil2 sibuk prepare nak raya la 🙂

admin Avatar

10 responses to “Malaikat Turun ke Kaabah – video merapu”

  1. Liyana Avatar

    I always know it was a hoax. sbb gambar tu statik. dasat giler dia sempat amik gambar tu, mcm dia tau ja malaikat tu nakk turunn waktu tu. buat apa lah dia duk atas tu awal mula pertama mula?

  2. transformed housewife Avatar

    tak tahu motif sebenar video tu? sengaja nak menyesatkan ke?
    .-= transformed housewife´s last blog ..Apa makna Merdeka- Mama BM entry =-.

  3. fid Avatar

    ngeh ngeh

    macam macam laaaaa

  4. ryena Avatar
    ryena

    propaganda nak menyesatkan umat islam…. huhuhu… mcm-mcm cara diaorang buat supaya umat islam terpesong jauh dari islam…

  5. masalifah Avatar

    mana mungkin malaikat dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi oleh manusia biasa..
    haih..mcm2
    .-= masalifah´s last blog ..Doa Tahajud =-.

  6. el Avatar

    hihihi….awai2 dah tau merapu…..
    .-= el´s last blog ..Alfalfa @ Medicago Sativa =-.

  7. sitisifir10 Avatar

    sblm bertindak untuk share dengan yanglain pasal benda yang lebih kurang mcm ni..lebih baiklah play safe dengan tengok, tanya dan tahu dari share melulu kan…
    .-= sitisifir10´s last blog ..Homemade Yogurt- Tomato Telur &amp Buah Ceri =-.

  8. Hanis Avatar

    i dah tgk video tu…sah2 la light reflection kat camera tu, time dia recording..kan ke cahaya lampu terang benderang time tu..elok je ‘kunun malaikat’ tu turun selari dgn camera dia..

    macam2 hal la kan?

    tapi yg sedihnya, mungkin ada yg percaya..
    Na’uzubillah..
    .-= Hanis´s last blog ..rasa nak lempang je babysitter tu =-.

  9. mommy icha Avatar

    haha.. hadha mula2 tgk pun mcm nak percaya, macam taknak percaya.. yerlah, dah org sana-sinun dok SHARED kan?

    anyway, nak tambah satu lagi reason kenapa Rasulullah menggeletar lepas jumpa Jibril – kerana wahyu tu sendiri… baginda diminta membina sebuah negara ISLAM, yg mana merupakan satu tanggungjawab yg maha besar.

    bayangkan kita disuruh tukar sistem Malaysia jadi 100%? mau x demam? (^_^)
    .-= mommy icha´s last blog ..My Raya Preps Part 1 – CABARAN 6 HARI SEBELUM RAYA =-.

  10. ron Avatar
    ron

    saya kurang percaya yang malaikat jibril as tu tinggi,tegap,besar sedangkan tidak ada pun dalam sabda rasullullah saw diceritakan begitu,hanya dalam firmanNya sahaja itupun diceritakanNya bahawa malaikat jibril mempunyai 60o sayap,dan sayapnya boleh menampakkan syurga dan neraka juga,tiada diceritakan tentang rupa,tangan,kaki malaikat jibril as tu..macam mana ni.. ada sesiapa boleh terangkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge