Makanan Ringan Untuk Anak Sekolah

admin Avatar

Disebabkan Hafiy tak mahu bawa bekal ke sekolah (sedih mak, punah harapan ber-bento), saya bekalkan dia dengan duit RM3 setiap hari ke sekolah (mewah betul, mak dulu bawak 30 sen je). Cukuplah dia beli nasi dan kuih-kuih, kadang-kadang kek lapis Apollo. Air masak bawa bekal dari rumah.

Sebelum masuk sekolah lagi cikgu penolong kanan dah beritahu ibu bapa, jangan beri anak bawa duit banyak-banyak, dan kalau boleh bekalkan makanan dari rumah, supaya mereka tak membeli makanan ringan.

Saya selalu terfikir kenapakah kanak-kanak biasanya dibiasakan dengan makanan ringan… paling koman gula-gula. Seingat saya, masa kecil dulu saya memang hantu gula-gula. Duit belanja sekolah, saya akan simpan 10 sen untuk beli gula-gula di kedai di sebelah sekolah. Orang-orang tua pun suka bagi gula-gula kepada kanak-kanak.

Gula-gula ni kalau ikut sejarahnya dah ada berzaman lalu pada zaman Mesir Purba, China, Greek, Roman dan segala tamadun awal. Diorang ni salut buah-buahan dengan madu supaya tak busuk. Lepas tu agaknya dikulum je lah benda tu, takkan nak pecahkan pula.

Tapi sekarang ni kalau nak cari gula-gula dari madu asli tu mungkin bercinta atau mahal macam bedil bak kata orang Kelantan.

Walaupun tak diajar segala maknenek makanan rapu tu tapi budak-budak memang mudah terpengaruh bila tengok kawan-kawan makan cikedis, candies, aiskerim dan sebaganya tu. Di kantin sekolah memang ada jual.. di luar sekolah pun ada… Nak kata pun tak kena, mungkin pihak sekolah tak boleh nak buat apa kot. Sebagai ibu bapa, kitalah yang kena kawal semua tu. Mujurnya saya setiap hari ambil dia pulang dari sekolah, jadi can nak beratur beli aiskrim tu tak ada lah.

Entah macamana agaknya kita nak berhenti supply informasi bahawa makanan ringan ni untuk kanak-kanak? Sedangkan mereka dalam usia membesar memerlukan makanan yang tinggi nutrisi, bukan makanan rapu tu.

Tagged in :

admin Avatar

7 responses to “Makanan Ringan Untuk Anak Sekolah”

  1. Margaret Avatar

    Tons of functions and features on these steam
    showers, I really like the multimedia idea along with the lighting

  2. salzahari Avatar
    salzahari

    assalamualaikum..yaa..masa umur bwh 6 tahun bleh kawal. Bila masuk sekolah, wpun depa tau mkn tu rapu tak cukup zat tapi pengaruh2 kwn2 dan loceng pakcik eksrem sgt kuat! huhuu…

    pernah 1 kali, 1st time yg Aliah beli eksrem dpn sekolah,,,Masa mggu ke3 sekolah, kami tersangkut dlm jem banjir.Punya risau sampai2 dah nak magrib kul 7.00 kira dia tunggu dekat stgh jam. Tau pe dia cakap ? “Syukur, nasib ibu datang lewat…Dapat aliah merasa eksrem ” :p Hahaa…Terus hilang rasa cuak anak kena culik ke apa…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Waalaikumussalam Sal,

      Fuh, syukurlah Aliah bijak betul bawa diri. Bijak! Pandai kenekan ibu hehehe. Kami pun penah jadi kejadian hampir serupa, 2 jam dia tunggu di sekolah, tp mujur kelas sesi pagi, ramai lg budak2 tunggu parents. Risau kan bab culik2 ni.

  3. kinna Avatar

    ni bab paling risau bila anak masuk sekolah..sekarang ni kalau ada budak2 yg celebrate besday kat tadika mmg anak2 bwk balik junk food tp diorang tunjuk kat saya dulu sblm makan (mak tukang approve, boleh makan atau tak sbb kekadang takde tanda hal, byk msg, sunsetyellow etc).

    saya dah pegi sekolah dia akan enrol thn depan, siap survey kantin lagi. amat mendukacitakan bila kantin jual nugget dan sosej (masa saya sekolah rendah dulu dua benda ni cikgu ban tak bagi jual sbb kat penang, persatuan pengguna sangat kuat..selalu kuarkan laporan keburukan makanan ringan cenggini).

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah, cikgu agaknya takleh kawal, harapkan makpak lah yg kawal anak memasing. tp alahai… bg bekal pun dia boleh je tak sentuh.

  4. Yunita Avatar

    Ya, gula-gula adalah produk makanan ringan yang sangat disukai anak-anak, peluang bisnis seperti ini sangat menjanjikan hanya saja membuat diversifikasi makanan sehingga lebih menarik untuk anak-anak

  5. Eellee Nana Avatar

    gula-gula ni dah jadi sinonim pula dengan kanak2
    sy smapi ke besar pun msh hantu gula2..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge