Saya pernah follow majalah personal money ni. Tp kini dh tak berapa follow sgt sebab dh kena baca surat khabar the edge. Sebab kenapa dh tak berapa follow sgt? Sebab masa tu info dlm majalah tu tak habis2 promo psl unit trust, insurans and some common money sense; which to me kind of bored. Masa tu kalau u baca 3-6 months punya edition, sure u can find a lot of similarities dlm bulan2 seterusnya.
Sya ni langsung tak tere psl hal-hal kewangan ni, but repeated things will surely buat sapa2 pon busan; until recently. After about 2-3 years tak touch majalah personal finance ni, I find keluaran tahun 2010 ni agak menarik. Walaupun you can get most of the info dlm komen economist in surat khabar seharian dan dalam some financial books, I still find 3-5 articles yg menarik.
Antara section yg saya suka follow; tax, islamic finance & cover story. Kalau cover story tu sgt2 typical, then I opt to pass. On tax, I paling suka edisi bulan lepas bile Yong Siew Chien (tax trainer) explain macam mana nak kira tax kalau kita ada pendapatan sampingan. As u know, personal tax tanpa side income or pelaburan lain (or yg tax free) is quite straight forward tp kalau ade duit sewa ke mmg little bit tricky.
On islamic finance, I paling suka bulan ni punya. Dr Zurina Shafii (IFP & RFP) explain kriteria yg membolehkan sesuatu saham/ public listed companies diketegorikan sbg ‘shariah compliant’. To give you some preview; <5% drpd ‘confirm haram‘ mcm riba, <10% of ‘umum balwa’ element, <20% jika sewakan hartanah kepada judi/ arak, <25% unsur maslahah, <33% hutang & <33% liquid asset mcm cash or stock.
Sure you pelik kenapa <5% untuk unsur2 haram than just plain 0%. I’m not going to comment now, tp kalau u nak tahu rationale mende tu disahkan para ulama, bacalah majalah Personal Money bulan May 2010. Owh, lg satu, Dr Zurina juga ade komen psl kenapa produk ASNB (mcm ASB, ASN, ASD, ASW2020 etc) ‘dibolehkan’ ketika ini tanpa pegawai agama ckp haram walaupun ‘non-shariah-compliant’. Nak tahu? segera ke kedai buku terdekat.
Let’s go to The Edge pulak…
Sya suka The Edge sbb artikel-artikelnya sgt provocative. Penulis-penulisnya berani kutuk sapa-sapa dgn bukti yg kukuh (bukti ade dlm public domain); i like this the most, haha. Kedua, intipatinya juga lebih teknikal dgn data-data yg lebih terperinci. Believe me, dlm dunia pelaburan, these technical details sgt2 penting; tak kira la pelaburan hartanah ke, saham ke, perniagaan ke mahupun komodity like emas.
Ketiga, pandangan atau komen yg diutarakan berisi dan ‘kelihatan logik’. Kenapa saya ckp ‘kelihatan logik’, sbb some analyst ade agendanya tersendiri bila buat coverage tentang sesuatu syarikat atau apa-apa pelaburan lain. Contohnya, tidak mustahil untuknya bersekongkol dgn pegawai syarikat berkenaan bagi menaikkan harga saham. Ataupun, agent2 yg dibayar untuk memasarkan hartanah tertentu menerusi tulisan ‘artikel yg logik’.
Saya sendiri tak percaya pun semua tulisan2 dlm The Edge ni, tp ia sgt penting untuk saya fahami ‘psychology pelabur’ and make money from it; buy or sell ahead of the crowd. As you know, dlm dunia pelaburan, “value is in the eye of the investor”. Setuju tak? So, kalau you are serious about investment, don’t just read books; subscribe jugak majalah, surat khabar ataupun newsletter yg berkaitan; and never stop reading!
Kalau you tadek masa (wic already the most common excuse for me, huhu), keep on following this blog, hehe. Akan aku share serpih2 yg mungkin melibatkan anda….
Leave a Reply