Maizawati Zainal Duta Kerongsang Chantek-Chantek

admin Avatar

Kosmo 15 Ogos melaporkan tentang kehidupan Maizawati setelah berkahwin dengan pasangannya, Yassin yang lebih muda 12 tahun daripada beliau.

Bertuah badan kan. Dengarnya ramai juga jejaka2 20-an yang approach beliau.

(copy paste dari Kosmo Online)

Bukan nafsu muda!

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

MENDADAK popular selepas membongkar kemelut rumah tangga dan perceraian bersama penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy pada 15 Julai tahun lalu, Maizawati Zainal, 35, membikin satu lagi kejutan. Dia menikahi pemuda berusia 23 tahun, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim yang berasal dari Sabah.

Perbezaan usia 12 tahun lebih muda daripadanya, itu sesuatu yang di luar logik akal bagi kebanyakan orang. Apatah lagi Maiza sendiri seorang ibu kepada enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan yang gagal sebelum ini.

Perkahwinan kali ini adalah yang ketiga buat Maiza dan baru kali pertama buat Yassin.

Emosi bulan madu Maiza sedikit terganggu dek salah faham soal jemput-menjemput dengan bekas suaminya, Akhil, selebihnya lagi, bisik-bisik perihal perkahwinannya dengan Yassin masih diperkatakan.

Suami hampir sebaya dengan anak sendiri dan sengaja memilih pucuk muda, itu antara pandangan yang dilemparkan kepada Maiza.

Sebagai informasi, hasil perkahwinan pertamanya Maiza yang juga jurucakap produk kopi kolagen Nudella dan kerongsang Chantek-Chantek itu telah dikurniakan dua orang anak, Deanna Sofea, 17, dan Daniel Arif, 16. Empat lagi anaknya, Siti Nor Maisarah, 13, Muhammad Shariff Hidayatullah, 12, Muhammad Shakir Hidayatullah, 9, dan Muhammad Shatiri Hidayatullah, 3, merupakan hasil perkongsian hidupnya selama bersuamikan Akhil.

Sensasi Bintang: Bagaimana situasi anda dan suami kini?

MAIZAWATI: Alhamdulillah, saya sangat lega kerana semuanya sudah selesai. Walaupun sederhana, majlis akad nikah kami berlangsung meriah.

Saya sendiri tidak menyangka begitu kerana persiapannya mengambil masa selama seminggu sahaja.

Kenapa berkahwin dengan lelaki muda?

Walaupun dia muda tetapi matang dan penuh dengan kasih sayang. Anak-anak saya juga dapat menerima dengan baik sejak kali pertama mereka bertemu.


Kami berdua juga begitu, kami rasa seperti sudah lama kenal seolah-olah pernah dipertemukan pada satu zaman yang lain.

Soal lelaki muda, sebenarnya bukan hanya Yassin, ramai lagi lelaki 20-an lain yang datang kepada saya, tetapi semuanya saya tolak.

Hati saya ini milik Allah 100 peratus dan saya tidak boleh menolak takdir, memang ikutkan logik perkahwinan saya ini tidak logik.

Bukan saya sengaja cari lelaki muda, banyak kali juga saya tunaikan solat sunat istikharah tetapi macam ada satu magnet antara kami, semakin saya cuba menjauhkan diri semakin kami diberikan ruang untuk bersama.

Mungkin ada hikmah dan saya terima perkahwinan ini sebagai ujian daripada-Nya.

Apa istimewanya bersuami lelaki muda?

Bagi saya dia (Yassin) sangat jujur. Kadang-kadang orang yang lebih berusia hanya suka mengambil hati tetapi Yassin walaupun ada yang kata dia masih ‘budak’ berbanding saya, dia bukan begitu.

Dia akan kritik saya jika apa yang dirasakannya tidak betul. Saya sendiri ada pengalaman dan sudah ‘terkena’ dengan suami yang lebih berusia.

Lagipun perkahwinan haruslah sesuatu yang menenangkan, mungkin saya dilihatnya sebagai wanita yang matang dan tidak banyak perangai.

Apa panggilan terhadap suami? Terfikirkah bagaimana hendak memanggil Yassin dengan panggilan ‘abang’?

Saya tidak pernah membahasakan dirinya sebagai abang tetapi ‘sayang’. Dia juga membahasakan saya dengan panggilan ‘sayang’.

Bagi saya, tidak memanggil suami dengan panggilan abang bukan bermakna isteri tidak menghormati suami. Saya mahu hubungan ini berlandaskan kemesraan, bukan atas dasar hormat semata-mata.

Bagaimana dengan nafsu muda? Jika itu yang bermain di fikiran ramai, apa komen anda?

Perkahwinan atas dasar nafsu tidak akan ke mana. Berapa lama sangat setiap pasangan suami isteri itu ambil masa untuk berada di atas katil?

Tetapi perkara utama yang harus difikirkan ialah bagaimana untuk menguruskan masa 24 jam sehari selama tempoh perkahwinan.

Saya pernah minta dia (Yassin) untuk cari wanita yang lebih muda dan cantik berbanding saya. Kalau kerana nafsu, dia sendiri tidak pilih saya.
Maizawati menyebut tentang menjadi jurucakap kerongsang Chantek-Chantek. Alhamdulillah, semoga Chantek-Chantek akan diterima 1Malaysia dan negara2 jiran dengan pembabitan Maizawati dalam promosi ini.

*mood excited!

Sesiapa yang bisnes tudung kalau nak cooperate dengan Chantek-Chantek pun boleh. Bole hubungi saya kalau berminat.

Untuk melihat sendiri koleksi Chantek-Chantek boleh datang ke galeri kami di Wisma BLing Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong 🙂

Chantek-Chantek boleh dibeli secara online di Chantek-Chantek.com.

admin Avatar

5 responses to “Maizawati Zainal Duta Kerongsang Chantek-Chantek”

  1. Mommy Of Q's Avatar

    Yo, aku ada rembat paper KOSMO abah aku beli… nanti aku bg Kay, suh dia potong cantik2 dan tampal kat opis SB ..hehehee..tadi aku ada call dia ..:)
    .-= Mommy Of Q’s´s last blog ..Mengapa Blog Qarissa Bersawang Kali Kedua =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Lepas ni turn kita plak nyahhh

  2. ely Avatar

    santek gak kerongsang itu. consignment at my place xmau ka?
    .-= ely´s last blog ..Barclays EPL =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ely

      Nanti citer kat email 🙂

  3. Ummi Hanie Avatar

    jodoh dia…setakat ni dah 3 kali…

    kite?

    ehhh..mintak sempang..semoga kekallah yg satu itu sampai akhir hayat..tp hasben trsyg sy kata, kalo dia pergi dulu,dia suh sy kawin lg..huwaaa….xmooo….
    .-= Ummi Hanie´s last blog ..Apa itu Page Rank dan bagaimana nak tahu berapa Page Rank blog kita =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge