Guess what time was it? 7.30 pm!
Kekonon nak tunggu bas pegi Madame Tussauds, dah konfem bas nombor berapa, dah nampak bas datang, tahan2 tak berhenti pula. Rupa-rupanya bas kat sini dia stop kat stesen tertentu aje. Last2 naik tube jugak 😛 Punyala berangan nak tengok2 pemandangan T_T
Madame Tussauds adalah muzium patung lilin yang terkenal. Must-visit lah kalo rasa berangan nak begambar dengan bintang2 inih hahaha.
Budak kecik yang ketakutan dengan mak yang eksaited nak begambar
Victoria & David Beckham
Julia Roberts is my best friend
Bertepuk tampar dengan Tom Cruise
J-Lo : Wah cunnya makcik ni! Kalah aku!
I was once called Christina Aguilera 😀
Agak2 dia si Nicol Kidman ni breastfeed tak? Hehe.
Mommy Lyna Monroe
Tiger Wood’s latest scandal
Apa kata Tuanku kasik saya free return ticket datang sini lagi, kalo tak saya pecahkan patung Tuanku ni!
Mr President vs Mrs President 😀
Ada banyak lagi figure2 kat dalam tu, tapi kami tak visit semua lah sebab kesuntukan masa, dah malam kan. Yang bestnya ada wartawan amik gambar kitorang dengan ‘Queen Elizabeth’, adakah nak publish dalam paper UK? LOL.
Kat sana memang terkenal dengan seni arca, dari zaman dulu kala lagi. Malah jadi sebahagian dari senibina diorang. Kalau tengok most of English building ada ukiran2 patung, dan kat London ni pun banyak arca2. Kita orang Islam tak digalakkan malah tak dibenarkan membina patung2 ni, hatta sebagai tugu peringatan sekalipun. Kerana apa yang terjadi pada zaman Nabi Nuh, patung2 dibina untuk memperingati ilmuan2 mereka tapi akhirnya patung2 tersebut menjadi berhala2 yang disembah oleh generasi selepasnya. Itulah antara langkah syaitan menjadikan perkara mulia (memuliakan ilmuan dan ulama dengan membina tugu peringatan) kepada perkara yang sesat (menjadikan patung2 peringatan itu sebagai sembahan).
Yang menariknya di Madame Tussauds ni ada section preview tentang kerja2 pembikinan sebuah patung lilin. Mungkin kita dapat adapt dari situ untuk membina anggota palsu, who knows? Kat Malaysia ada satu dua je yang manufacture anggota palsu, tu pun tak complete semua. Even kaki palsu Fahry pun tempah dari Singapura.
Tapi jangan pulak ada nak buat patung2 letak kat rumah orang Islam. Malaikat tak masuk rumah nanti.
Goodbye Madame Tussauds, at 9.30 pm.
Selain London, Madame Tussauds ada di Amsterdam, Hollywood, Hong Kong… Fee untuk London ni GBP26 untuk entry pada hari2 biasa. Kalau beli online dapat diskaun, via Big Bus Tour dapat diskaun dan ada banyak pakej2 lain.
Untuk ke sini senang je, naik tube atau bas ke Baker’s Street. Or naik Big Bus dia memang stop kat depan Madame Tussauds.
Best jugak konon2 jumpa England royal family LOL. Kalo tunjuk kat Nenek ni sure dia pecaya nih 😛
Leave a Reply