Kalau nak buat passport antarabangsa, bawa segala dokumen yang diperlukan ke Pejabat Imigresen. Kalau Kota Bharu di Wisma Persekutuan. Kalau di Miri kat bangunan yang susah giler nak parking tu. Apentah namanya saya pun dah lupaaa. Bayaran untuk passport antarabangsa, kalau dewasa RM100,kalau student overseas dan kanak2, RM150.
Kalau nak buat passport terhad Sarawak pun ke tempat yang sama, tapi lain department lah. RM5 je yang ni.
Kalau nak buat passport offshore, kena pegi BOSET (Basic Offshore Safety Emergency Training). BOSET ni boleh buat di beberapa tempat macam CONSIST, SEQU… Ia adalah kursus 3 hari yang terdiri dari aktiviti dalam kelas dan praktikal seperti fire fighting, smoke house, sea survival, HUET (Helicopter Underwater Emergency Training) dan EBS (Emergency Breathing Support System).
Setiap orang yang nak ke offshore (luar pantai, laut la tuu) kecuali nelayan dan para pelancong, wajib amik offshore safety passport, sekaligus wajib pegi BOSET ni.
Last week saya baru selesai buat sea survival, HUET dan EBS. OK ia memang sangat teruk hingga menyebabkan badan saya sakit2 selama 3 hari! Sea survival kali ni memang pelik betul, tak pernah saya jalani masa first time buat BOSET dulu. Dengan hujan hari tu menyejukkan kolam dan saya terketar2 sepanjang direndam dari jam 1.30 sampai 5.30 petang tu.
Antara aktiviti sea survival ialah lompat dari platform ke platform menggunakan tali, turun dari tali dan monkey ladder, aktiviti air yang fuuhhhyoooohhh penat sehhh!!! Berenang selamatkan orang, hurdle segala… nasib baik mak tak pengsan!
Yang paling best ialah HUET. HUET ialah aktiviti duduk dalam helikopter dan diselam dalam air. Kemudia kita kena keluar ikut prosedur yang betul – ikut tingkap. Kalau ada sesapa makhluk Tuhan yang keluar ikut ekor ke, mana2 ke selain tingkap, selamatla kau buat lagi sekali (tak putus2 berdoa Ya ALlah janganle aku kena buat banyak2 kali!).
Kena selam pulak 2 kali. Kali pertama, duduk diam2,dan tunggu helikopter masuk dalam air pelan2, sampaila dia stop (terselam dalam air daaa). Bila dah stop steadily tu, tolak tingkap then keluar. Yang second ialah capsize atau terbalik. Helikopter ni akan diterbalikkan kipas ke bawah kaki ke atas. Pun sama bila dan capsize steadily, tolak tingkap dan keluar.
Lagi best sebab kali ni guna EBS. Walaupun nampak senang tapi bila dah duk dalam helikopter yang tak cukup sifat tu, memang berdebar walaupun tahu “aku takkan mati. paling2 tak pun terkehel bahu je”. Lagi2 kalo yang jenis selamophobia (takut menyelam) macam saya. Mula la gelabah sampai lupa nak tarik nafas panjang untuk guna EBS. Aduhhh tinggal je la seciput je udara nak bernafas. Nasib baik masih idup!
Tapi memang seronok!Ā Rasa macam hero fear factor je LOL.
Apa pentingnya BOSET ni? Memang penting! Kalau ada sesiapa suka tengok Air Crash Investigation (my favourite!), ada satu episod tentang chopper (helikopter) yang rosak gearbox dan jatuh di North Sea (tempat penggalian minyak di UK. Hello, sapa kata UK takde minyak???). Masa tu pulak cuaca buruk. Dalam kejadian tu, ada banyak sangat kesalahan yang dibuat oleh crew2 termasuklah si pilot. Antaranya..
- Pilot lupa nak locate di mana lokasi mereka masa meninggalkan heli.
- Semua crew redah masuk dalam 1 lifeboat je.
- Sepatutnya potong tali pendek dulu, tapi diorang potong tali yang panjang dulu.
- etc. yang memburukkan lagi keadaan.
Memang menarik.
Majalah 3 dulu pun ada pernah buat liputan tentang BOSET.
Bila dah ada kad BOSET, bolehla apply safety passport. Tak ada alasan lagi untuk tak ke offshore!
Leave a Reply