Macamana Cara Nak Buat Passport

Kalau nak buat passport antarabangsa, bawa segala dokumen yang diperlukan ke Pejabat Imigresen. Kalau Kota Bharu di Wisma Persekutuan. Kalau di Miri kat bangunan yang susah giler nak parking tu. Apentah namanya saya pun dah lupaaa. Bayaran untuk passport antarabangsa, kalau dewasa RM100,kalau student overseas dan kanak2, RM150.

Kalau nak buat passport terhad Sarawak pun ke tempat yang sama, tapi lain department lah. RM5 je yang ni.

Kalau nak buat passport offshore, kena pegi BOSET (Basic Offshore Safety Emergency Training). BOSET ni boleh buat di beberapa tempat macam CONSIST, SEQU… Ia adalah kursus 3 hari yang terdiri dari aktiviti dalam kelas dan praktikal seperti fire fighting, smoke house, sea survival, HUET (Helicopter Underwater Emergency Training) dan EBS (Emergency Breathing Support System).

Setiap orang yang nak ke offshore (luar pantai, laut la tuu) kecuali nelayan dan para pelancong, wajib amik offshore safety passport, sekaligus wajib pegi BOSET ni.

Last week saya baru selesai buat sea survival, HUET dan EBS. OK ia memang sangat teruk hingga menyebabkan badan saya sakit2 selama 3 hari! Sea survival kali ni memang pelik betul, tak pernah saya jalani masa first time buat BOSET dulu. Dengan hujan hari tu menyejukkan kolam dan saya terketar2 sepanjang direndam dari jam 1.30 sampai 5.30 petang tu.

Antara aktiviti sea survival ialah lompat dari platform ke platform menggunakan tali, turun dari tali dan monkey ladder, aktiviti air yang fuuhhhyoooohhh penat sehhh!!! Berenang selamatkan orang, hurdle segala… nasib baik mak tak pengsan!

Yang paling best ialah HUET. HUET ialah aktiviti duduk dalam helikopter dan diselam dalam air. Kemudia kita kena keluar ikut prosedur yang betul – ikut tingkap. Kalau ada sesapa makhluk Tuhan yang keluar ikut ekor ke, mana2 ke selain tingkap, selamatla kau buat lagi sekali (tak putus2 berdoa Ya ALlah janganle aku kena buat banyak2 kali!).

Kena selam pulak 2 kali. Kali pertama, duduk diam2,dan tunggu helikopter masuk dalam air pelan2, sampaila dia stop (terselam dalam air daaa). Bila dah stop steadily tu, tolak tingkap then keluar. Yang second ialah capsize atau terbalik. Helikopter ni akan diterbalikkan kipas ke bawah kaki ke atas. Pun sama bila dan capsize steadily, tolak tingkap dan keluar.

Lagi best sebab kali ni guna EBS. Walaupun nampak senang tapi bila dah duk dalam helikopter yang tak cukup sifat tu, memang berdebar walaupun tahu “aku takkan mati. paling2 tak pun terkehel bahu je”. Lagi2 kalo yang jenis selamophobia (takut menyelam) macam saya. Mula la gelabah sampai lupa nak tarik nafas panjang untuk guna EBS. Aduhhh tinggal je la seciput je udara nak bernafas. Nasib baik masih idup!

Tapi memang seronok!  Rasa macam hero fear factor je LOL.

Apa pentingnya BOSET ni? Memang penting! Kalau ada sesiapa suka tengok Air Crash Investigation (my favourite!), ada satu episod tentang chopper (helikopter) yang rosak gearbox dan jatuh di North Sea (tempat penggalian minyak di UK. Hello, sapa kata UK takde minyak???). Masa tu pulak cuaca buruk. Dalam kejadian tu, ada banyak sangat kesalahan yang dibuat oleh crew2 termasuklah si pilot. Antaranya..

  • Pilot lupa nak locate di mana lokasi mereka masa meninggalkan heli.
  • Semua crew redah masuk dalam 1 lifeboat je.
  • Sepatutnya potong tali pendek dulu, tapi diorang potong tali yang panjang dulu.
  • etc. yang memburukkan lagi keadaan.

Memang menarik.

Majalah 3 dulu pun ada pernah buat liputan tentang BOSET.

Bila dah ada kad BOSET, bolehla apply safety passport. Tak ada alasan lagi untuk tak ke offshore!

31 thoughts on “Macamana Cara Nak Buat Passport”

  1. yup!!! kat UK mmg ada minyak…. paling banyak kat aberdeen north of scotland nun!!! tapi aberdeen tue, canggih sikit jer dari kb kut!!! duit sumer dok pergi kat england or london!!! that’s why england taknak kasik scotland kuar dari uk!!!

    p/s: sajer jer wat nasik tambah!!! i dulu keje kat aberdeen carik minyak!!! buat BOSET kat sana, tapi dah expired dah pun!!! scary kan, masa heli terbalik tuh???? huhhu!!!
    .-= faznfaz´s last blog ..Faheem Pergi Sekolah Balik…. =-.

    1. i wish i cud go to UK someday. ahahaha.

      i suka part heli tu. lagi scary masa sea survival sebab penat gilakkkk!

  2. Saya passport antarabangsa x pernah ada. Passport ke offshore pernah ada..tapi dh expired lama dah. hahaha..

    Berkesempatan jalani HUET & Sea survival kt TSTC tahun 2004 kalo x silap. Masa tu tgh internship ngn Petronas Carigali PMO. So merasa le dok dalam heli kena selam dalam air sambil tertelan air kolam yg x tau bersih ke idak itu..hehehe..

    Basic fire fighting pon pernah amik. kt TSTC gak masa tu tgh keje kt FPG (kuantan)..Ya ampun..pernah gila..Sambil terasa kulit muka terbakar melawan api..cuak sgt2…lagi2 bila turn kena dok depan sekali pgg nozzle…
    .-= ApasH´s last blog ..Back to Work… =-.

  3. Dah tibe turn ke cik Lyna?? huhu…mesti ireng kan nanti lame2 berjemur kat rig tu..

    Bende2 ni semua adalah nightmare saya..sedih mengenangkan kena tinggal laki sbb pegi offshore..selamat le skarang dah bertenang di darat :-) Tak mau le dengar die kene renew lesen…cukupla dulu2 tu cik kene tinggal membujang :-( time ada crash kat Miri sumwhere 2007 ke 2008 tak ingat, rasa mcm nak gugur jantung dengar berita kat tv. Siap parents semua call lagi.. Selamat le bukan heli hubby sbb tu adalah hari dia ke rig…cite2 offshore ni memang mainan jiwa bagi yang pergi dan ditinggalkan..huhu emo sungguh..
    .-= dbalkis´s last blog ..Dhani nak dapat adik??? =-.

    1. hehehe

      bila igtkan incident2 tu seriau jugak. tp ala.. kat jalanraya pun bole eksiden. depan rumah pun bole eksiden mati. so takde hal lah. kalau samapai masanya apa nak buat.

      insaf plak tibe2

  4. mak aii! takleh imagine betapa horrornya nak kena selam2 dalam air ni. and i can’t even swim to begin with. confirm pengsan! maknanya to join your company ni salah satu prerequisite adalah kena pandai berenang la yea?

    pengsan mak!
    .-= knv´s last blog ..karangan bergambar =-.

    1. oh tidak. tidak perlu pandai berenang untuk menyelam itu. yg penting ikut prosedur dia, jgn kembangkang life jacket sebelum anda keluar dari heli!

  5. 1. kak, sile register offshore visit dlm next PPA. hehe
    2. org dewasa international passport rm100 je ke? rase cam lg mahal. akak typo kot.

  6. Assalamualikum…Sekadar pertanyaan…boleh saya tau berapa angaran bayaran kursus boset tempat saudara buat tu….sekian..

  7. salam…. sy nk tau lah, macam mana kalau sy nak amek boset kalau xreti berenang…. meman sy teringin nak pergi offshore… boleh bagitau cara x??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge