Mabit di Masjid di Bulan Ramadhan

admin Avatar

Sejak awal perkahwinan lagi suami saya menyatakan hasratnya untuk mabit (مبيت) di masjid bersama-sama keluarga dan anak-anak. Mabit dalam istilah bahasa Arab ialah bermalam, dan juga diertikan sebagai Malam Bina Iman dan Taqwa. Antara aktiviti mabit sebain beriktikaf di masjid di malam bulan Ramadhan ialah mabit di Muzdalifah dalam ibadah haji.

Bulan Ramadhan menjadikan masjid-masjid meriah dengan aktiviti mabit. Walaupun hanya sesetengah masjid saja yang mempraktikkannya, namun ia adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu untuk bulan yang mulia ni.

Kawan-kawan saya suka mabit di Masjid UIA. Tapi saya tak pernah ke sana. Biasanya mabit di Masjid Negeri Shah Alam.

Kebiasaan kami mula ke sana dalam jam 12 tengah malam, atau lebih awal sedikit.

Apa aktiviti mabit?

Selari dengan definasinya ‘Malam Membina Iman dan Taqwa’, mabit dihiasi aktiviti-aktiviti ibadah fardi dan jamaie seperti bertadarus, mengaji, berzikir, solat sunat, dan sebagainya.

Aktiviti mabit bulan Ramadhan biasanya dijalankan secara sendiri-sendiri, samada individu atau berkumpulan. Kebiasaan kemuncak mabit ialah solat tahajud berjemaah, bersahur dan solat Subuh.

Mabit atau iktikaf di masjid adalah salah satu dari amalan sunnah Rasulullah. Menjelang 10 malam terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah beriktikaf di masjid bersama sahabat Baginda. Dan amalan ini diteruskan oleh isteri-isteri Baginda selepas kewafatannya.

Haruslah kita meneruskan amalan sunnah ini. Yang mana menurut seorang ulama hadis, Al-Zuhri rahimahullah bahawa :Tersangat aneh umat Islam! Mereka tidak lagi melakukan i’tikaf , walaupun jelas bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan amalan ini semenjak hijrahnya ke Madinah hingga ke ahir hayatnya”

Sebelum berakhirnya bulan Ramadhan dan tibanya Syawal, carilah satu malam, pujuk yang tersayang (suami) mabit barang satu malam di masjid bagi meneruskan sunnah Rasulullah ini. Peluang hanya datang sebulan dalam setahun, jangan kita sia-siakan begitu saja.

Semoga Allah beri peluang untuk kami ber-mabit dan bawa anak-anak cucu hayati amalan mabit ini.

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge