Langit Terbelah 24 November 2011 – Petanda Kiamat?

admin Avatar

Semalam ramai rakan di FaceBook berkongsi satu gambar yang indah, tatkala menghampiri waktu Maghrib.

langit terbelah

Subhanallah, cantik kan?

Dari WikiPedia:

Anticrepuscular rays are similar to crepuscular rays, but seen opposite the sun in the sky. Anticrepuscular rays are near-parallel, but appear to converge at the antisolar point because of linear perspective. Anticrepuscular rays are most frequently visible near sunrise or sunset. Crepuscular rays are usually much brighter than anticrepuscular rays. This is because for crepuscular rays, seen on the same side of the sky as the sun, the atmospheric light scattering and making them visible is taking place at small angles (see Mie theory).

Although anticrepuscular rays appear to converge onto a point opposite the sun, the convergence is actually an illusion. The rays are in fact (almost) parallel, and the apparent convergence is to the vanishing point at infinity.

langit terbelah

Dengan kata lain, biasanya kita nampak crespular ray, bila satu jalur cahaya matahari ternampak, tapi bila satu jalur ‘yang tak kena cahaya’, nampak macam langit terbelah.

langit terbelah

Fenomena sebegini biasanya dikaitkan dengan ketuhanan sebagaimana nama2 lain bagi crespular ray ni God’s Ray, God’s Finger, Buddha Ray, Staiway to Heaven dan sebagainya.

Apa-apa pun ini adalah fenomena alam biasa, menunjukkan keindahan ciptaan Tuhan. Secara kebetulan fenomena ini pernah terjadi sebelum kejadian gempa bumi di Jogjakarta sedikit masa dulu, ada pihak yang mengaitkan kejadian ini dengan gempa tu.

Mungkin sebab kita tak ada pengetahun tentang kejadian alam, maka banyak benda yang sebenarnya biasa menjadi luar biasa. Contohnya saya pernah dapat email forward selepas kejadian tsunami dulu tentang ‘makhluk aneh dari laut petanda kiamat’. Yang sebenarnya itu adalah sejenis hidupan laut yang melekat di batu karang. Benda tu ada pun kat Safari di Ikano tu, tak pelik pun 😀

Bercakap tentang tanda2 kiamat, tak payah nak tunggu yang pelik2, yang jelas dan nyata dah banyak berlaku. Contohnya zina yang bermaharajalela, penaklukan Baitul Maqdis, alat muzik yang diagungkan, masjid dihias indah2 untuk dibanggakan, persengketaan sesama ahli keluarga dan tetangga, banyak berita2 yang tak tahu betul ke salah… tu semua tanda2 kecil.

Tanda2 besar pula akan muncul bila dah hampir sangat dengan kiamat. Misalnya matahari terbit dari barat, gempa bumi di timur-barat& semenajung Arab, keluar Yakjuj Makjuj, turunnya Nabi Isa, api besar yang bermula dari negara Yaman, etc.

Ustaz saya masa sekolah menengah dulu kata “Macamana tak kiamat, kita yang dok panggil2 kiamat datang cepat2” maksud beliau dengan buat benda2 maksiat, benda2 dosa, etc. Ye lah, tanda2 kecil kiamat tu hampir semuanya berkaitan dengan perbuatan kita seharian yang ada kaitan dengan DOSA.

Hari ni dosa pun menjadi kebanggaan.

admin Avatar

11 responses to “Langit Terbelah 24 November 2011 – Petanda Kiamat?”

  1. zaila Avatar

    subhanallah, aku sempat tengok langit terbelah semalam tapi tak ambil gambar pon..kamera enset jepon, bukan nampak jelas pon:P

  2. eliss Avatar

    Ya Allah, aku tidak layak masuk syurgamu, namun tak upaya menghadapi api nerakamu….

  3. Fara Avatar

    Begitulah kita. Mengaitkan benda yang bukan-bukan dengan kiamat. Tapi tak sedar realiti macam mana.

    Good entry. Sinis, padat dengan teguran. Suka!

  4. knv Avatar
    knv

    bagus gak kalo tanda2 camni boleh buat orang sujud balik pada allah. tapi rasanya kita ni seasonal. punya lah banyak dah tanda2 kiamat yang lain tu, orang buat derkkk je pun.

    nak tunggu matahari terbit dari barat baru nak mengelupur kot. itu pun kalau umur panjang. kalo idak siap sedia ajelah. 😛

  5. bai Avatar

    Subhanallah…x dpt tgk pn kejadian ni..good sharing mommy lyna!

  6. masalifah Avatar

    xnampak cam terbelah pun.

  7. manja Avatar
    manja

    Subhanallah… Maha suci Allah. mmg cantik.. kagum betul… saya ada amik gambar, tapi x berapa cantik sbb tgh drive…. ;o). Bukan terbelah tp mcm pantulan cahaya ditutupi awan…..

  8. Aini Hayati Avatar

    Ia berlaku sebab sekumpulan awan yang halang cahaya matahari la ye…

  9. zura Avatar
    zura

    suka….

  10. nida aida Avatar
    nida aida

    pada pagi hari khamis kira2 jam 7.05 pagi,saya dan suami melihat cahaya matahari terbit dari barat,sy sangkakan matahari benar2 berada di situ..sy memanggil jiran utk menyaksikan sama..kami kehairanan,cuma mampu mengucap dan isthifar n subahanallah ats kehendak Allah semua ini..selang 1 jam, matahari beralih pula ke timur..sy tk sempat nk ambil gambar,kerana terlalu memikirkan,apakah dunia ini akn berakhir?

  11. Ida Avatar

    Subhanallah.. Banyak dah petanda kiamat makin hampir. Sebagai manusia yang kerdil, kita sepatutnya insaf dan cuba memperbaiki diri dengan mendekatkan diri padaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge