Resepi Cepat & Segera | Couscous Untuk Bayi

admin Avatar

Untuk ibu yang sibuk dan tak sempat nak masak-masak.. maklumlah kadang2 pukul 8 malam baru sampai rumah. Kalau anak besar boleh la order Dominos ke pizza hut ke, atau tapau kat mana-mana, tapi baby kecik macamana?

Selain dari bijirin segera, ibu tetap boleh menyediakan homemad food untuk baby, walaupun tak sempat masak.

Caranya.. ibu boleh menggunakan bijirin tanpa masak seperti oat atau couscous.

couscous

Untuk resepi couscous, memang sedap dan cepat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Couscous (mengikut keperlun bayi)
Buah-buahan lembut seperti pisang, avokado, betik, etc.
Susu (EBM) jika suka

Cara-caranya:

  1. Panaskan air hingga menggelegak
  2. Masukkan couscous ke dalam bekas (yang boleh ditutup)
  3. Curahkan air panas tadi ke dalam bekas berisi couscous dan tutup selama 10-15 minit (hingga couscous kembang)

Kemudian, buang air lebihan dan lenyekkan buah-buahan bersama couscous tadi

Bole dicampur dengan EBM jika mahu

Dah siap!

Mudah dan cepat kan?

Jadi, tiada sebab untuk ibu yang sibuk tidak boleh menyediakan homemade food. Apatah lagi couscous mengandungi khasiat gandum (karbohidrat) dan buah-buahan segar membekalkan vitamin serta bekalan protein dan kalsium dari susu. Satu hidangan lengkap untuk bayi kita!

Couscous boleh didapati di bahagian makanan kering di pasaraya dan kedai runcit yang menjual organic food.

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Resepi Cepat & Segera | Couscous Untuk Bayi”

  1. hanazku Avatar

    dekat mana mau beli benda ni yer?
    saya nih dekat sabah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ce cari kat supermarket yg jual barnag organik, ada tak?

  2. lydzar Avatar

    dah cuba dah 😀

  3. MummyAyu Avatar

    wah….memang good idea, tadi pun ada baca…kasi baby buah avacado..pun banyak khasiat & senangnak prepare..nie cous cous.good info..tq for sharing..

  4. bardboo Avatar

    umur baby berapa bulan sesuai makan ni ye?

  5. eT Avatar

    aritu cari menda alah ni xjumpa2…huhu

  6. Edah Avatar

    Yeay..dah jumpe couscous, hulled millet and baby oats..malam ni nak try.

  7. L Avatar
    L

    Dah 2 minggu try cari couscous ni tapi still tak jumpe2.plan nak bawak g travel nanti..huhu..

  8. Sunshine Avatar

    I have never heard of this. I love lemons but they get bad in my fdigre so quickly. Just recently started washing lemons and limes with water and a drop of bleach. Rinse well and dry them. I then put them in the crisper drawer. They last weeks. They say even being exposed to one bad lemon in a bag can make them mold quickly so it removes any bacteria.I like idea and I am going to try it.. Yum!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge