,

Kos Beli Rumah

admin Avatar

Kos beli rumah perlu diambil kira selain harga rumah tu sendiri. Takut jugak hanya kerana tak cukup duit nak biaya kos beli rumah, 10% deposit atau 3% booking dikira hangus. Bajet yang secukupnya penting supaya pengalaman membeli rumah tak sepahit-mana. Huhu, Pahit ke? Mula-mula je sebab tak tahu apa yang nak di-expect. Lepas tu senang je.

Untuk kos peguam kalau beli rumah second hand, major items adalah

Stamp Duty untuk SPA (bergantung kepada harga belian)
– 1% untuk RM100,000.00 pertama
– 2% untuk RM400,000.00 yg seterusnya
– 3% untuk RM1,500,000.00 yang seterusnya
– 4% yang selebihnya

Contoh:

Bagi rumah yang dibeli dgn harga RM250,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM150,000 x 2%) = RM4,000
Bagi rumah yang dibeli dgn harga RM900,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM400,000 x 2%) + (RM400,000 x 3%) = RM21,000

Kos Guaman untuk buat SPA (bergantung kepada harga belian)
– 1.0% untuk RM150,000.00 pertama (min RM300)
– 0.7% untuk RM850,000.00 yang seterusnya
– 0.6% Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya
– 0.5% untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya
– 0.4% untuk RM2,500,000.00 yang seterusnya
– Kalau lebih dari RM7,500,000 bergantung kepada budi bicara peguam, tapi tak boleh melebihi kadar 0.4%

Juga tambah 5% untuk cukai perkhidmatan

Contoh:
Kalau harga beli rumah RM250,000
= (RM150,000 x 1%) + (RM100,000 x 0,7%) + 5% = RM2,200 + 5%
= RM2,310
Kalau harga beli rumah RM900,000
= (RM150,000 x 1%) + (RM750,000 x 0,7%) + 5% = RM6,750 + 5%
= RM7,087.50

Kos Guaman untuk buat Loan Agreement (bergantung kepada jumlah pinjaman)
– 1% untuk RM100,000 pertama
– 0.5% untuk RM4,900,000 seterusnya
– 0.25% selebihnya

Juga tambah 5% untuk cukai perkhidmatan

Contoh:
Kalau pinjaman RM225,000; 90% daripada RM250,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM125,000 x 0.5%) + 5%
= RM1,625 + 5% = RM1,706.25

Stamp Duty untuk Loan Agreement (bergantung kepada jumlah pinjaman)
0.5% daripada pinjaman termasuk kos guaman atau valuation jika ada

Contoh:
Kalau pinjaman 90% daripada harga beli RM250,000 tadi
= RM225,000 x 0.5% = RM1,125
Kalau pinjaman termasuk kos guaman untuk buat loan
= (RM225,000 + RM1,706.25) x 0.5% = RM1,133.53

Untuk bayaran ke lawyer, selain daripada di atas, ada juga small-small item like Bankruptcy & Land Search (RM30-50), Stamping (RM10 each copy), Printing (RM50-100), Miscellaneous (RM100-200) dan beberapa legal thingy (e.g. Deed of Assignement, Statutory Declaration etc) dalam RM50 each.

Untuk rumah RM250,000, jumlah kos SPA sekitar RM6,500. Untuk pinjaman RM225,000, jumlah kos Loan Agreement sekitar RM3,100. Total RM9,600. Banyak kan?

Namun begitu, you still have to pay valuer pulak. Tanpa valuation report, bank tak tahu officially berapa market value rumah tu. So, loan anda akan sangkut.

Skala untuk valuation report (bergantung dengan Market Value)
-1/4% untuk RM100,000 pertama
-1/5% untuk RM2 Juta seterusnya
-1/6% untuk RM7 Juta seterusnya
-1/8% untuk RM15 Juta seterusnya
-1/10% untuk RM50 Juta seterusnya
-1/25% selebihnya
(min RM300)
Juga tambah 5% cukai perkhidmatan dan sekitar RM200-300 untuk reimburseable macam printing cost, transport valuer tu etc)

Contoh? Maleh dah r nak kira. untuk rumah RM250,000, roughly about RM800

Semua kira-kira di atas ni harga sebelum discount. Untuk valuer boleh dapat RM500-600 untuk rumah MV RM250,000. Untuk lawyer, hehe, tak boley cakap. Sebabnya, lawyer fees kind of fix dan lawyer tu salah di sisi undang-undang kalau bagi discount ke customer. The way I see it, ini macam nak protect professionalism lawyer. So kalau next time your lawyer bagi discount, better keep your mouth SHUT.

Secara kasar, kos nak beli rumah sekitar 3-5% daripada harga rumah. In this case kalau rumah RM250,000, jumlah kos guaman & valuer sekitar RM10,000;betul-betul 4% daripada harga beli.

Harap2 sedikit sebanyak membantu la sesiapa yang plan nak beli rumah. tolong tambah atau komen jika ada kekurangan atau tak betul demi kepentingan kita bersama…

admin Avatar

34 responses to “Kos Beli Rumah”

  1. Sidaratul Munatah Avatar

    very informative..
    hihi..
    simpan buat references..
    nnti nak beli rumah bru check blik
    .-= Sidaratul Munatah´s last blog ..Ramadhan 5th Day- Ye NgonoMales Pak Ambloh =-.

  2. eliss Avatar

    better beli rumah yang blom siap mcm tu erk..hehehe. sebab skang ni, byk yang bagi free guaman fee dan stamp duty tu kan? tp kebarangkalian blom siap dan lambat siap tu lah yang pahit…
    .-= eliss´s last blog ..Fesyen Baju kurung Raya 2010 =-.

    1. amirah Avatar

      eliss, developer byk bagi offer macam tu sebab housing development mmeng dpt diskaun di bawah Akta plus ada la arrangement senyap2 ngan lawyer cam lynna kata tu. Tapi selalunya purchaser still kena bayar misc charges/expenses incurred i.e travelling, stamping. saje je nak tarik buyer
      .-= amirah´s last blog ..Talian Khas Remaja Terlanjur dan Hukuman Mati =-.

  3. Pa'a Wawa Avatar

    wah..bgus betul info ni ye..simpan2..nk beli, x mampu lg…huhuhu

  4. mamamuaz Avatar
    mamamuaz

    sangat suka info ni.
    saya beli rumah tahun 2007. ada sorang my friend kat ofis ni (unit tax), sangat suka membantu bg info menarik mcm ni. dia jugak inform sy ontax incentive (kalau tak silap sy dlm budget announcement 2008 ), dpat 50% off on stamp duty SPA kalau beli rumah pertama dlm tahun 2007. sy bgtau kat lawyer tu, alhamdulillah dpt diskaun 50% off tu. kalau tak ckp, sure sy tak dapat ..

    1. rina Avatar
      rina

      eh ye ke??? tak tau pon info nih T_T. saya pon beli 1st house in 2007

      1. amirah Avatar

        iye, mmng ada, Perintah ni memang come into effect from 8 Sept 2007 smp 31 Disember this year. It was back in 2007, masa zaman Tun Abdullah. sape nak beli rumah advisable before end of this year. this is wht we called as peremitan. Tapi dengan syarat kita kena memohon, kalau kita tak pohon, LHDN taktau. Kita kena buat surat akuan bersumpah mengatakan bahawa rumah tu rumah pertama kita yg berharga RM250,000.00 ke bawah. Akan dapat 50% diskaun pada stamp duty.
        .-= amirah´s last blog ..Talian Khas Remaja Terlanjur dan Hukuman Mati =-.

        1. rina Avatar
          rina

          so kalau mcm kes saya ni, dah terlepas la eh? sume pon dah setel bayar..?
          or is there any other way saya leh claim balik??

          1. amirah Avatar

            saya rasa boleh buat rayuan kepada LHDN ye rina. tapi dorang tak jamin kecepatan dan mmng LHDN sendr yg kata remeh sketla kalo dh bayar. Tapi kena betul2 layak di bawah Perintah tu. And if you amik loan pun boleh dapat jugak peremitan 50% untuk stamp duty loan agreement.
            .-= amirah´s last blog ..Talian Khas Remaja Terlanjur dan Hukuman Mati =-.

            1. rina Avatar
              rina

              thanks amirah, mamamuaz and kak along.
              saya dah call LHDN, mmg boleh mintak refund. tp kena berurusan dgn Pejabat Duti Setem, ada few borang kena isi, kena bagi salinan geran etc..
              balik nanti saya cek balik S&P and all the receipt.

  5. lydzar Avatar

    mak aii..byk nyer benda lain nk kena bayar
    .-= lydzar´s last blog ..Kami di i-City =-.

  6. Wawa~* Avatar

    warghhh… pening tgk, ekeke… but thanks for this entry! kna simpan wat rujukan bila saya nk bli rumah nnti 🙂
    .-= Wawa~*´s last blog ..Bateri Kereta Kong! =-.

  7. TRIPLETSplusONE Avatar

    tu lah byj payment involve n all this need cash. slalu org ingat sekadar perlu cash 10% harga rumah ( assuming dpt 90% bank loan). nk jual umah pun byk gak kena byr for lawyer fees

    1. amirah Avatar

      yes, nak jual kena bayar lawyers’ fee and misc and real property gains tax mengikut perkiraan baru. Baru di implement semula oleh PM Datuk Seri Najib.
      .-= amirah´s last blog ..Talian Khas Remaja Terlanjur dan Hukuman Mati =-.

  8. Nic Avatar
    Nic

    Ye memang macamtula yg Nic byr.. mmg harga rumah 250K heheh.. kena ada cash around 30K

    1. anis Avatar
      anis

      isk4… mahalnya 30k

  9. temauan Avatar
    temauan

    information yang sangat valuable. thank you so much for sharing.

  10. sya Avatar

    hehe..
    kalau guna gomen loan, murah sikit kut…
    kos valuation report tak ada…
    stamp duty kalau below 200k, separuh harga…
    stamp duty untuk loan, tak ada…
    lepas tu, kalau agak2 mahal sangat, boleh lah mintak kurang (dengan muka kesian) tang miscellaneous tu… 😛

    tapi, tang kos untuk lawyer ni, memang telan air liur lah…. huhu
    kena tanya anggaran siap2 untuk prepare budget…. huhu…

    thanks untuk informasi berharga nih… 🙂

  11. Lin Avatar
    Lin

    Very informative Along,kudos!!! Ramai sgt buyer yg survey rumah & beria nak beli with expectation that semua2 charges will be included in the loan.buying property needs a lot of cash,mujur EPF ada!
    .-= Lin´s last blog ..Double Storey Terrace House at Glomac Saujana Utama 3 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      makaseh. kitorg still tgh pikir2 kuarkan duit epf better untuk rumah sendiri or rumah investment. ade idea tak?

  12. Din Avatar

    Thanks for the info. Tapi I just nak tanya. Tax for RPTG tu bila start implement ? And then ada lagi x cukai yang tidak dikira untuk jualan hartanah sekali seumur hidup ?
    .-= Din´s last blog ..Alberto Aquilani Ke Juventus =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Apa-apa jualan sub-sale lepas 31/12/2009 (ikut tarikh S&P) subject to RPGT; kalau tempoh belian & jualan tak sampai 5 tahun. cukai jualan hartanah sekali seumur hidup? never heard that selain RPGT yg 5% ni je so far.

  13. hanah Avatar
    hanah

    Ini adalah pertama kali saya nk beli rumah dan sy langsung tidak mempunyai pengalaman soal jual beli rumah, Rumah ini sy deal direct dgn owner tak melalui agent. So, sekiranya saya menggunakan loan kerajaan utk membeli rumah tersebut, oleh yang demikian sy ingin mengetahui apakah yang perlu saya lakukan step by step. Diperingkat penguam dimanakah sy boleh mendapatkan khidmat peguam yg bagus.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      peguam yang bagus? paling senang tanya kawan-kawan yang pernah amek loan kerajaan lawyer yg mereka deal ok ke x. not all lawyers are equal.

  14. azah Avatar
    azah

    kalau kita plak yg jual rumah mcmmana ?apa yg kita bayar etc.dan apa yg kita claim dr pembeli .?cuba bg info sikit kalau tahu …

  15. azah Avatar
    azah

    kalau kita plak yg jual rumah mcmmana ?apa yg kita kena bayar etc.dan apa yg kita boleh claim dr pembeli .?cuba bg info sikit kalau tahu …

    1. ejen Avatar
      ejen

      nk claim ape dari pembeli? penjual kena tanggung kos komisen ejen hartanah & lawyer utk SPA je

  16. azah Avatar
    azah

    yg 90 % tu penjual lambat dpt duit dri bank blh claim dri pembeli ke ?dalam spa ada tulis 8 % amnum 90 day from spa agrement must settle . lawyer spa buka pembeli ke kena byr mcm kita beli rmh baru kita yg byrkn .surat status dri pemaju penjual juga yg kena byr?

  17. yana Avatar

    tolong kirakan saya punya lawyer yg hendak dibayar…harga rumah rm115000.00…rumah second….

  18. yana Avatar

    saya buat pinjaman kerajaan….

  19. yana Avatar

    minta tolong bagithu segera…..

  20. anis Avatar
    anis

    huh mahal nak bagi peguam nih.

  21. Adam Roslan Avatar

    Salam.

    Info yang berguna untuk pemburu rumah zaman sekarang ni. Memang mudah faham cara pengiraan.

  22. […] kos guaman untuk pinjaman dan SPA/SNP. Untuk kiraan lanjut beserta contoh boleh dilihat di entri Kos Beli Rumah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge