,

Konspirasi H1N1 dan Sistem Kapitalis

admin Avatar

Saya telah membaca satu artikel cetusan pemikiran Hishamuddin Rais di MalaysiaKini.com tentang konspirasi puak kapitalis dalam wabak Influenza A H1N1 (panjang sungguh namamu wahai virus) atau selsema babi.

Beliau menyifatkan peristiwa H1N1 adalah seperti kes-kes ‘motor pancit di tengah jalan lalu di depan sikit ada poster ‘PANCIT TAYAR SILA HUBUNGI….’. Meaning, semuanya dah diplan, paku dah siap ditabur, poster dah siap ditampal dan tokei bengkel motor dah siap sedia menerima pelanggan.

Memetik kata-kata Hishamuddin Rais itu..

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Tulisan beliau tentang teori konspirasi h1n1 ni membuatkan saya teringat pada cerita-cerita Batman, Cicakman dan sebagainya

Saya tidak mengenali Encik Hishamuddin Rais dengan lebih dekat walaupun beliau memang famous. Saya cuma mengenali beliau sebagai member of Old Boys MCKK yang melanjutkan pengajian ke UM dan menjadi salah seorang aktivis pelajar di sana. Kelantangannya dalam memperjuangkan hak rakyat telah menghumban beliau ke luar negara dan menyumbat beliau ke ISA.

Saya tiada komen tentang konspirasi dalam H1N1. Tapi daripada cerita Batman dan tulisan beliau, puak kapitalis memang takkan ragu2 untuk membuat apa2 saja untuk keuntungan. Kalau baca buku teks Sejarah (form 4?), akan jumpa asal usul kapitalisma yang diperkenalkan oleh Adam Smith di England pada kurun ke-16 hinggalah tersebar dan menjadi sistem ekonomi utama dunia hari ni.

Mudah saja untuk memahami konsep kapitalis. Apa yang kita buat hari ni adalah berdasarkan sistem ini, walaupun secara umumnya kita kata takde amalkan sistem ni. Point utama dalam kapitalis ialah ‘mencari untung’. Contohnya, bos mengumumkan gaji bagi pekerja baru masuk dinaikkan hingga  cuma kurang 50 ringgit dari pekerja yang sudah 4 tahun bekerja. Kalau kerja 4 tahun gaji RM3050, yang baru masuk 3000. Kita marah kan? Oleh itu bos kita mengamalkan sistem kapitalis dengan memberi gaji lebih banyak mengikut senioriti, competency dan pangkat.

Dalam bekerja pun kita berlumba2 buat OT, pegi outstation, claim macam2, etc. Pendekata, kita akan lakukan apa saja untuk mendapat untung. Dan bos takleh marah. Hahaha.

Ada 3 sistem ekonomi terbesar yang diamalkan sekarang, kapitalis, nasionalis dan komunis. Jangan beritahu saya semua tu adalah salah kerana tak amalkan sistem ekonomi Islam. Persoalannya, siapa yang nak buat ekonomi Islam kat sini tu? Cakap memang senang la kan.

Memang logik juga kalau H1N1 adalah konspirasi kapitalis. Sekarang depa kata ada vaksin. Tapi hujung tahun ni baru sampai ke frontliner. Tahun 2011 baru sampai ke umum.

Tak kiralah konspirasi siapa, selagi kita jadi golongan bawahan ni, yang sampai ke kita pun sisa2 orang atas. Bukan salah mereka sebab meng itu perangai orang atas. Yang kita ni, bila lagi nak memanjat naik ke atas?

Berkenaan H1N1, hairan juga saya kenapa doktor2, misi2, pekerja2 hospital tak ada pun dijangkiti (parents & 2 orang adik saya bekerja di hospital). Rupa-rupanya, menurut adik saya, mereka mengamalkan apa yang TV suruh – cuci tangan (dengan sabun), jangan bersin dan spitting sesuka hati, jaga makan minum dan jaga kebersihan.

Saya rasa kalau kita masih bising kata kerajaan tak buat apa2, dia dah buat.. dia dah suruh kita buat semua tu, tapi kita yang tak buat.

More about H1N1 conspiration:

More about H1N1 @ibukauthar.

admin Avatar

24 responses to “Konspirasi H1N1 dan Sistem Kapitalis”

  1. mama emma® Avatar

    akak baca pasal teori konspirasi nie kat blog salwa.. ngeri sgt²…
    .-= mama emma®´s last blog ..-APPEARKAN NAVBAR- =-.

    1. babycomel Avatar
      babycomel

      saya pun baca kat blog salwa…apa yg tertulis sama ngan apa yg saya pernah dgr & fikirkan…nak kaut utg mcm2 org sanggup buat….
      .-= babycomel´s last blog ..Brownies =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        bestnya kalau saya yang jadi petualang tu. mesti dah kaya sekarang 😈

        kejiiii!

  2. MamaQaseh Avatar

    I never read of that article before..but i heard people talked about the conspiracy..1st thing cross my mind was “cicakman”..hahaha..mmg lebih kurang le kan konsepnyer..
    Kalo betul pon ada conspiracy ni..mmg x hairan pon..They are capable to do it and mmg hati busuk+kejam+dll sanggup menganiaya org..
    .-= MamaQaseh´s last blog ..Audit Postponed!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      usah kata orang2 macam tu… family sendiri pun sanggup aniaya sesama sendiri kalau bab2 duit ni. kan?

  3. silbiabigail Avatar

    tiada penyakit yang berjangkit dan larilah kamu dari pesakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa lapar.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

  4. Salwa Avatar

    Kapitalist sentiasa mencipta konspirasi utk keuntungan mereka selama2nya
    yang boleh menyelamatkan kita ialah ilmu pengetahuan, dan sangat penting untuk beramal dengan ilmu itu.
    contoh paling mudah dan jelas ialah situasi yg Lyna sebutkan ttg apa yg adik Lyna alami, sebab semua anggota perubatan menuruti semua langkah2 berjaga2,maka mereka tak dijangkiti.
    kebanyakan yg dijangkiti dan menerima impak terburuk dari pandemik ini ialah negara dunia ke3, yang mana kita tahu di negara2 berkenaan lah penduduknya paling kurang dari segi hygiene, dan kesedaran sivik dan juga pendidikan kebersihan dan tindakan semasa belaku wabak.oleh itu sangat ramai penduduk negara dunia ke3 yg menjadi korban.secara tak langsung, memang hasrat kapitalist utk wipe off penduduk dunia yg miskin yg mereka expect mcm sampah je, telah menjadi kenyataan.
    biarlah kita miskn harta tapi jgn miskin ilmu..ilmu itu yg menyelamatkan kita dari menjadi mangsa kapitalist dan mengangkat darjat di sisi ALLAH.
    janganlah kita menjadi mangsa dan korban H1N1, biarlah kita dan anak2 ni gugur sebagai syuhada’ fi sabilillah..maka marilah sama2 berjuang menentang konspirasi ini!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ya marila kita usaha sehabis baik utk jauhi diri & anak2 dari sebarang wabak.

      uhuhu anak2ku demam. lega cuma tonsil.

  5. kentank91 Avatar
    kentank91

    bahaya betul r dunia klu berkiblatkan sistem kapitalis ney..
    klu diorang bleh buat virus H1N1….
    maknenye SARS,selesema burung dan macam virus yg pernah melanda dunia ney, dorang wat r?????….
    .-= kentank91´s last blog ..sape nak Apple iPhone percuma? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe tak pasti lak akak tu dek pasal virus2 tuh
      actually harap2 teori konspirasi ni tak betul lah
      uhuhu

  6. Lana Avatar

    i x pernah tgk cicakman but this kapitalism is clearly potrayed in cerita mat saleh “vendetta”. so so similar. n so scary true.
    .-= Lana´s last blog ..Ergobaby =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      uh i xpenah tgk cite tu. nt tayang kat astro la hihi

  7. zuhaini Avatar

    oh.. ada konspirasi ya..? x terfikir pula.. hihi..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mari kita fikirkan bersama samaaaa

  8. Joely Avatar
    Joely

    a ah…kt sini pon…nk anta masuk nursery…kene pakai hand sanitizer…kene cuci tgn slalu…kalau gune tisu..just once off je..then buang….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      patutnye macam tu kite prektik hari2 tapi dah ada wabak macam ni baru ambil berat kan. hehe.

  9. fid Avatar

    mesti kerja prof.klon le tuuu

    yaaa…amalkan apa yg disuruh buat
    cuma i risau bab anak kecil nih laaaaaa
    .-= fid´s last blog ..mood tak lawa… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mana cicakman??? mana??

      crocodile baby je yg ada nih.

  10. bitt Avatar

    ermm nk komen ke tak mau ek…hehehe coz i dah tau pasal ni…kesimpulanya jaga kesihatan amalkan hidup SIHAT 😉
    .-= bitt´s last blog ..intai tabb kat ofis! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bila dah macam ni baru la kita sedar sebenarnya kita ni kurang amalkan hidup sihat tu hehe

  11. […] dan meruntun hati saya setiap kali dengar ada kes kematian setiap hari. Mungkin jua benar kata MommyLyna, H1N1 telah dirancang. Saya amat risaukan hal ini. Saya tidak risaukan keluarga semata-mata. Tapi risaukan semua. Setiap […]

  12. lin Avatar

    my sis keje kt klinik as pharmarchyst..mmg dia pn inform..virus H1N1 terhasil akibat ujikaji yg gagal..anything yg gagal will become thread to humanity (sian kan kita..jadi bhn ujikaji depa)..tu yg keluar mcm2 virusla..sama gak cm IT world..they also produce ‘virus’ and they also the anti-virus seller..ala2 tok moh zmn modenla jugak 😆 ..dulu2 depa bela pelesit pastu anta kt org..kengkonon sakit itu ini..pastu depa panggil tok moh yg sma p ubatkan dia..depa tu sapa? hem..’depa’ tu refer to negara uncle sam la.. 👿 sbb ekonomi depa ngah nazak..so nak cover balik dorg wtla cenggini..ubat/vaksin yg dorg wt tu plak mahal…so dr situla depa ley buat duit..hm…..yg jadi mangsa…kita yg tak bersalah nie..huhu 😥

  13. Ross Safina Hor Avatar

    🙂 Salam semua…

    Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tantang anak-anak anda dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

    Insyaallah selamat…
    Wasalam…

    http://www.PROTECUR.com
    .-= Ross Safina Hor´s last blog ..BREASTFEEDING MOM SHOULD CONTINUE FEED HER BABY TO FIGHT H1N1 EVEN THOUGH THEY ARE SICK. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge