Saya telah membaca satu artikel cetusan pemikiran Hishamuddin Rais di MalaysiaKini.com tentang konspirasi puak kapitalis dalam wabak Influenza A H1N1 (panjang sungguh namamu wahai virus) atau selsema babi.
Beliau menyifatkan peristiwa H1N1 adalah seperti kes-kes ‘motor pancit di tengah jalan lalu di depan sikit ada poster ‘PANCIT TAYAR SILA HUBUNGI….’. Meaning, semuanya dah diplan, paku dah siap ditabur, poster dah siap ditampal dan tokei bengkel motor dah siap sedia menerima pelanggan.
Memetik kata-kata Hishamuddin Rais itu..
Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.
Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.
Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.
Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.
Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.
Tulisan beliau tentang teori konspirasi h1n1 ni membuatkan saya teringat pada cerita-cerita Batman, Cicakman dan sebagainya
Saya tidak mengenali Encik Hishamuddin Rais dengan lebih dekat walaupun beliau memang famous. Saya cuma mengenali beliau sebagai member of Old Boys MCKK yang melanjutkan pengajian ke UM dan menjadi salah seorang aktivis pelajar di sana. Kelantangannya dalam memperjuangkan hak rakyat telah menghumban beliau ke luar negara dan menyumbat beliau ke ISA.
Saya tiada komen tentang konspirasi dalam H1N1. Tapi daripada cerita Batman dan tulisan beliau, puak kapitalis memang takkan ragu2 untuk membuat apa2 saja untuk keuntungan. Kalau baca buku teks Sejarah (form 4?), akan jumpa asal usul kapitalisma yang diperkenalkan oleh Adam Smith di England pada kurun ke-16 hinggalah tersebar dan menjadi sistem ekonomi utama dunia hari ni.
Mudah saja untuk memahami konsep kapitalis. Apa yang kita buat hari ni adalah berdasarkan sistem ini, walaupun secara umumnya kita kata takde amalkan sistem ni. Point utama dalam kapitalis ialah ‘mencari untung’. Contohnya, bos mengumumkan gaji bagi pekerja baru masuk dinaikkan hingga cuma kurang 50 ringgit dari pekerja yang sudah 4 tahun bekerja. Kalau kerja 4 tahun gaji RM3050, yang baru masuk 3000. Kita marah kan? Oleh itu bos kita mengamalkan sistem kapitalis dengan memberi gaji lebih banyak mengikut senioriti, competency dan pangkat.
Dalam bekerja pun kita berlumba2 buat OT, pegi outstation, claim macam2, etc. Pendekata, kita akan lakukan apa saja untuk mendapat untung. Dan bos takleh marah. Hahaha.
Ada 3 sistem ekonomi terbesar yang diamalkan sekarang, kapitalis, nasionalis dan komunis. Jangan beritahu saya semua tu adalah salah kerana tak amalkan sistem ekonomi Islam. Persoalannya, siapa yang nak buat ekonomi Islam kat sini tu? Cakap memang senang la kan.
Memang logik juga kalau H1N1 adalah konspirasi kapitalis. Sekarang depa kata ada vaksin. Tapi hujung tahun ni baru sampai ke frontliner. Tahun 2011 baru sampai ke umum.
Tak kiralah konspirasi siapa, selagi kita jadi golongan bawahan ni, yang sampai ke kita pun sisa2 orang atas. Bukan salah mereka sebab meng itu perangai orang atas. Yang kita ni, bila lagi nak memanjat naik ke atas?
Berkenaan H1N1, hairan juga saya kenapa doktor2, misi2, pekerja2 hospital tak ada pun dijangkiti (parents & 2 orang adik saya bekerja di hospital). Rupa-rupanya, menurut adik saya, mereka mengamalkan apa yang TV suruh – cuci tangan (dengan sabun), jangan bersin dan spitting sesuka hati, jaga makan minum dan jaga kebersihan.
Saya rasa kalau kita masih bising kata kerajaan tak buat apa2, dia dah buat.. dia dah suruh kita buat semua tu, tapi kita yang tak buat.
More about H1N1 conspiration:
More about H1N1 @ibukauthar.
Leave a Reply