“Wah sedapnya cupcake ni, mana kau beli?” tanya Nora kepada temannya Nisha, yang berkongsi kek cawan yang sungguh comel dan sedap.
“Aku baca blog si Ibu Hijau tu, dia kata dia beli cupcake kat kedai Binjong kat Kompleks XXX, sedap so aku tryla beli” ujar Nisha.
“Ibu Hijau? Siapa tu?” soal Nora.
“Ibu Hijau kat tak kenal? Dia blogger famouslah. Semua orang kenal dia. Kau kan suka blogshop, takkan tak pernah baca blog dia”
Nora menggeleng-geleng “Tak pernah dengar”.
Biasa kan conversation macam tu? Ataupun bila kita claim “Blogger idola ku ialah Encik Karim” ada orang yang kata “Encik Salman lagi bagus dari Encik Karim”.
Kenapa berlaku percanggahan’ sedemikian? Sebenarnya blogger ni tergolong dalam komuniti-komuniti tertentu. Ada komuniti ibu-ibu, ada komuniti remaja riang, ada komuniti rakan masjid, ada komuniti gossip, ada komuniti lawak dan sebagainya. Dan setiap komuniti ni mempunyai blogger idola masing-masing. Dan blogger idola ni tak semestinya dikenali dalam komuniti lain.
Contohnya komuniti ibu-ibu tidak mengenali sangat blogger paling berpengaruh dalam komuniti politik, kerana tak semua ibu suka baca blog politik. Walaupun ada baca, kadangkala mereka tak ambil kisah sangat tentang siapa dia si penulis, cuma mungkin sekadar mengambil pengetahuan.
Pentingkah komuniti? Bagi blogger biasa-biasa yang tiada kepentingan, mungkin tak ambil kisah sangat. Atau blogger yang mementingkan trafik yang tinggi, dia mungkin tak kisah juga asalkan trafiknya tinggi. Namun bagi blogger yang menjalankan perniagaan yang tertumpu kepada golongan tertentu, pengaruh dalam sesebuah komuniti adalah penting.
Dalam Bahasa Inggeris, ini dipanggil niche.
Niche blogging tidak memerlukan trafik yang berjuta-juta sebaliknya trafik yang berpotensi.
Contohnya seorang blogger yang menjual cloth diapers, walaupun pelawat blognya adalah 5 juta orang sehari, tapi kaum ibu yang membaca cuma 17 orang saja, adakah prospek yang bagus dengan trafik yang tinggi itu?
Walau bagaimanapun, traffik yang tinggi tidak dapat dinafikan kepentingannya.
Menjadi blogger berpengaruh dalam sesuatu komuniti adalah penting bagi mereka yang mempunyai kepentingan dalam komuniti tersebut. Pengaruh dalam sesuatu komuniti merupakan aset terbesar bagi blogger tersebut dalam meluaskan pasarannya. Walau bagaimanapun, mana-mana blogger pasti akan termasuk dalam komuniti tertentu juga.
Ia berbeza dengan blogger yang mengutamakan populariti dan iklan-iklan dari syarikat pengiklanan Malaysia, kerana ia tidak memerlukan niche, asalkan traffik banyak, impression tinggi, dah cukup untuk menjana wang. Tapi bagi blogger yang menggunakan syarikat pengiklanan antarabangsa, Google Adsense misalnya, niche adalah penting untuk memastikan mendapat klik yang genuine, bukan klik yang berupa “Tolong klik iklan saya”.
Jadi mereka yang baru berjinak-jinak dengan blog, anda bolehlah membuat pilihan antara niche dan populariti yang meluas. Untuk popular tidak susah, tapi popular di kalangan pengunjung berpotensi memerlukan sedikit kerja keras. Er.. mungkin banyak.
Tanya diri anda, untuk apa dan untuk siapa anda menulis blog. Jika anda menulis untuk komuniti (niche), berapa kunjungan tidak penting, yang penting ialah kunjungan yang berkualiti dan prospek yang berpotensi. Seperti butik menjual beg tangan berjenama, orang kebanyakan macam saya tak akan tergamak nak masuk belek2 beg dalam butik tu. Tapi, sekali prospek berpotensi datang dan membeli, mereka mendapat keuntungan yang besar, kerana margin mereka juga adalah besar. Sebaliknya dengan supermarket, sesiapa pun bleh datang untuk window shopping atau jalan-jalan.
Adakah blog anda seperti butik jenama atau supermarket?
Bagaimana pula dengan komuniti? Dalam komuniti manakah anda tergolong?
Leave a Reply