Khatan Anak Lelaki Saya

admin Avatar

Dalam 3 orang anak lelaki saya, Danny menjadi bakal anak lelaki pertama yang berkhatan. Kami tidak mengkhatan anak-anak sejurus selepas dilahirkan, katanya biar ada satu ‘event’ untuk peralihan ke usia baligh.

Namun bila kami memutuskan untuk bawa Danny mengikuti rombongan umrah, orang tua kami menyarankan agar Danny dikhatan. Walaupun dah disahkan oleh beberapa orang pakar bahawa ia tak perlu, namun orang kami konversional sikit, jadi be in the safe side, kami memutuskan untuk khatan anak lelaki kami ni.

Mulanya saya menghubungi klinik kanak2 berdekatan rumah, namun katanya mereka tak buat khatan bayi lelaki, cuma khatan bayi perempuan saja. Lalu saya buat temujanji dengan Prince Court Medical Centre, kerana Danny kemungkinan akan diberi GA (general anaesthatic).


Buat temujanji dengan Dr Faisal (surgeon di Prince Court) untuk aktiviti bersunat pada 3 Mac.

Lalu tanggal 3 Mac datanglah kami ke DayCare Centre Prince Court. Siap2 semua dah..


Sekali.. Bila pakar bius datang check Danny, rupanya ada tonsil & selesema sikit. Lalu terpaksalah postpone ke 3 minggu lagi.. Dan Danny dirujuk kepada Pakar Kanak2, Dr Anthony.

Maka, tak jadilah nak berkhatan baby Danny.

Next time lah nampaknya sharing2 tentang khatan anak lelaki saya T___T

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Khatan Anak Lelaki Saya”

  1. zuhaini Avatar

    wah.. bestnya nak pi umrah!!!!! :}

  2. z@m Avatar

    intro kemain…tp citer dok abis. ;-p

  3. huda Avatar

    beznye gi umrah… bile nak pegi? umur danny bape bulan dah? ank sdara husband ade sorang khatan time umur 8 bulan kot. Tp cam oke je. Sbb DR pakaikan clamp je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge