,

Kerja Profesional Tapi Hidup Macam Pengemis

admin Avatar

Dua tiga hari ini menjadi viral video ucapan #sayaZahra. OK saya setuju dengan luahan hati beliau (Tho my instinct says it was scripted by somebody else).

Tapi ada perkara yang saya nak kongi pandangan saya.

Lebih kurang 9 tahun lalu, atau 10 tahun lalu macam tu… saya ada membaca sebuah buku pelaburan. Maaf saya tak ingat apa tajuknya. Entah buku saya ke buku pinjam ke saya pun tak ingat. Tapi antara isi buku tu yang saya masih ingat – perbandingan gaji tahun 1990 dengan tahun 2000, gaji pertama naik sikit je, tapi harga rumah dan kereta… berpuluh kali ganda bezanya!

Benda yang mak bapa kita nikmati dulu, dah tak sama dengan apa yang kita nikmati hari ni. Selain dari nilai duit yang makin sikit (inflasi).

Saya tengok trend itu sama saja di mana-mana tempat di dunia, tidak hanya berlaku di Malaysia saja.

Saya masih ingat ketika saya ke Hong Kong bersama keluarga 2 tahun lepas. Hongkonger yang bawa kami jalan-jalan, Sandy memberitahu bahawa rakyat Hong Kong dah tak mampu nak beli rumah kecuali yang ada bisnes besar. Golongan muda yang bekerja biasanya tinggal dengan keluarga (parents) di rumah pangsa terutama di Pulau Hong Kong dan Kowloon. Satu rumah 3-4 generasi pun ada. Kalau nak rumah selesa sikit kena duduk jauh sikit seperti di New Territories. Itu pun still = rumah pangsa.

Bukan di belah-belah sini je, orang muda di England pun dah tak mampu nak beli rumah.

Apa yang saya nak katakan, golongan muda hari ni mesti diajak untuk berpijak di bumi nyata.Kenyataan seperti yang saya katakan di atas. Masa berganti. Kita mesti belajar survival skill, bukan menunggu dunia berubah untuk kita.

Apa yang Zahra dan rakan-rakan alami, bukan benda baru yang hanya melanda negara kita hari ini. Kami golongan graduan senior ni dari awal bekerja sudah mengamalkan jimat cermat. Naik kenderaan awam setiap hari, bukan semasa sesak saja (actually, what’s wrong with that? my GM pun naik LRT hari-hari).

Nak rasa macam pengemis, kami pun pernah rasa macam pengemis. Gaji tak banyak pun OK. Lepas-lepas je tangga gaji yang layak bayar cukai (Lawyer gaji lagi banyak). To the extent that our GM pernah beritahu dalam satu gathering “Kerja PETRONAS tidak akan buat awak semua kaya, tapi ia beri awak semua kerjaya”. See… selepas kena ‘politically mindset abused’ oleh Encik GM, tiba2 kami rasa bersyukur sesangat.

Ya benar, kami tak kaya tapi kami ada kerjaya. Dan kerjaya dalam bidang Oil&Gas bukan kerjaya biasa-biasa… menyumbang kepada ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat. Setiap kali isi minyak di stesen minyak tu ingat-ingatlah pengorbanan mereka yang tinggal anak bini laki kerana bertugas di oilfield ye.

Berbalik semula cerita tentang video Zahra, ya sebenarnya saya akui itu semua memanglah luahan hati most of us. Saya pun nak kalau masuk-masuk kerja je terus jadi orang kaya, boleh beli rumah harga 2-3 juta. Siapa taknak hoi.

Saya ingat lagi bila kawan satu batch kami beli condo dekat KLCC masa kami semua masih menabung, semua orang terbeliak biji mata. Tapi dia tak kerja kat sini… kerja overseas, gaji dalam USD. Dahlah angka gaji dia dalam USD tu memang lagi banyak dari angka gaji kami dalam RM. Belum kita conversion rate lagi.

Talking about reality… adik-adik baya Zahra dan ke bawah, bacalah bahan bacaan berbentuk kewangan dan ekonomi banyak2. Jangan banyak sangat baca novel. Dalam novel tu semuanya watak Tengku-Tengku, anak Datok-Datok, umur 18 tahun dah ada syarikat sendiri… Itu semua cerita novel, dik. Cerita novel ni sama lah macam cerita2 dongeng macam Frozen ke Cinderella ke, khayalan semata-mata.

Drama pun tak payah tengok sangat. Budak kampung kerja bandar rumah banglo… Akak dulu pun tertipu jugak. Until akak visit rumah sewa makcik akak yang masa tu dah 4-5 tahun bekerja. Dahla rumah sikit punya horrible (buruk), kongsi2 dengan kawan2 pulak. Akak ingat makcik akak sengaja mengaburi mata akak. Rupanya memang betul. Dah 10 tahun akak grad, belum pernah sekalipun akak merasa tinggal di banglo.

Dan satu lagi, Zahra beruntung Zahra ada kerja. Kalau ikut statistik, ramai pemegang ijazah phD yang tak ada kerja. Apa lagi degree sarjana muda macam akak. Yang tak ada ijazah lagi lah. Akak harap akan ada wakil dari golongan tersebut tampil beri ucapan berani macam Zahra.

Dah, jom sambung kerja.

Oh satu benda akak nak pesan, kalau nak kaya kita tak payah tunggu kahwin lelaki kaya. Tunaikan solat di awal waktu, solat sunat Subuh, solat Dhuha dan solat Tahajud. Insya-Allah, kahwin dengan sesiapa pun boleh kaya.

Alhamdulillah akak dah melepaskan diri dari segala isu yg melibatkan graduan bekerja… Hidup ini pilihan, dan kita ada banyak pilihan/peluang sebenarnya.

admin Avatar

24 responses to “Kerja Profesional Tapi Hidup Macam Pengemis”

  1. faiz Avatar

    Zahra ni nasib baik boleh bercakap hehe.silap silap kahwin dengan kerabat sultan agaknya

    1. admin Avatar
      admin

      dah famous hehe

  2. Sue Avatar

    Betul..betul..
    Mulakanlah baca buku-buku yang berfaedah.

    Dulu saya tak hadap langsung buku-buku kewangan.
    Bila dah bekerluarga, dah start baca buku berkaitan pengurusan kewangan, pasal pelaburan, terus mind set berubah.

    1. admin Avatar
      admin

      kita kena susah baru kita belajar cara nak survive. kalau asyik senang je kita complacent pulak

  3. Lini Avatar

    Mungkin sebab dia baru bekerja kot..hihhi…dunia takkan berubah utk kita..

    1. admin Avatar
      admin

      mungkin dari golongan keluarga berada tak pernah tengok pakcik makcik buat biz part time nak tambah income 🙂

  4. Emilda Avatar
    Emilda

    Terima kasih dgn respon yg sgt praktikal dan berpijak pada bumi yg nyata.. Saya tak faham kenapa ramai org yg duduk KL tak habis2 komen pasal gaji tak cukup nak survive di KL walhal they have other alternatives or options to make it work.. Takkan nak tunggu org lain do somethg for them to change their life..

    1. admin Avatar
      admin

      dari dulu lagi macam tu rasanya. even makcik sy kerja serupa, gaji lebih kurang, tp diorang sendiri mengaku, yg duk di luar KL lebih berkemampuan dr yang di KL.

    2. Sal Avatar

      Saya setuju Emilda…

      Betul…Saya grad terus tercampak di KL. Naik keja gi LRT,x dak masalah pun. Tak pernah fikir nak beli kereta sbb LRT lebih mudah dan cost saving. Still bln2 saya bleh buat saving up to RM200 (time tu gaji baru 1,500) dan hantar mak lagi..dsb. tipu la org muda tak myopping bila pakai duit sdiri! Godaan Sogo dan Vincci tu setiap minggu kot.. tapi kdg2 bukan beli yg mahal2 pun, semuanya bawah RM100 dan biasanya amik yg longgok2 laa.

      Sy tgk org muda yg keja KL ni diaorg terdesak nak maintain fun-n-looking good lifestyle wpun ada yg setengahnya duduk di Kg Sg Penchala Kg Chubadak Sentul..Tambah2 kalau keja Bank atau established companies. Tgk kawan pakai Channel, drive Swift, teruja nak ikut…

      Satu lagi selain novel dan cerita stereotype kat TV, tak dinafikan blog dan status2 di FB yg suka menunjuk2 pun mempengaruhi….Sebenarnya bila usia makin menginjak, insha Allah kita akan lebih matang dan tahu prioritize mana yg kepeluan dan mana yg kehendak.

  5. Ila Halilah Avatar

    memang tak cukup sbb tu kena find the way out..banyak lagi solution tuk tambah income. nak kaya bukanlah kawen dengan org kaya, tu dah jadi mengikis namanye

    1. admin Avatar
      admin

      kalo orang kaya2 pun nak kawin dgn orang kaya juga, camno?

  6. emalin mohd Avatar

    Usaha tangga kejayaan..bukan zaman sekarang je zaman kita mula-mula grad dengan gaji RM600 pun pernah rasa…sikit demi sikit (selepas bertukar-tukar kerjaya) baru gaji naik sikit-sikit…
    Duduk rumah sewa (flat 600-700sf) 7 orang tu biasa je…

    1. admin Avatar
      admin

      gen Y mungkin tak suka cara survive macam kita2 kot 🙂

    2. Sal Avatar

      setuju…dulu masa saya mula keja duduk apt 3 bilik di sentul menyewa 7 org..byr RM100+ jugak…Still boleh saving dan shopping…yg penting kita pandai atur duit

  7. Khadeejah Hasmad Avatar

    One good thing, ramai orang akan ‘educate’ dia how to survive.

    Kawan yang macam dia pun akan learn a lot.

    Kalau dia smart enough, she will apply all the advices.

    Maybe she learn the hard way though- ramai gak bambu dia.

    Tapi it will be one of the sweet memory once hidup dah tak mengemis.

    Hik3

    1. admin Avatar
      admin

      entah2 kan, Zahra pun dah ada bisnes sbnrnya, jadi tukang baca skrip je. hehe. tp kan TQ to Zahra, ramai orang boleh belajar something.

  8. Eva Matts Avatar

    Bersyukur ada kerjaya.Amin

    1. admin Avatar
      admin

      alhamdulillah.. mudah2an

  9. fuzy Avatar

    Zahra dia berani baca text depan vip.. tp reality hidup mmg macam tu la… malaysia masih aman……. cabaran silih berganti..belum kwen beranak pinak lg khennnn …..hummm sembelit pn masalah

    1. admin Avatar
      admin

      Zahra meh join YES je hehe

  10. Neesa halim Avatar
    Neesa halim

    Hidup memang la ada impian tapi berangan kaya dengan berkahwin tengku atau dato’…

    Dunia yang fana… macam dalam drama fantasi

    1. admin Avatar
      admin

      banyak sgt baca novel agaknye hehe

  11. Sal Avatar

    life is a choice my dear….

  12. abuya Avatar

    bukan pasal ucapan zahra mcmana nak survive herself..
    isunya lebih kepada nak ketuk sedarkan sang rejim itu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge