Bising2 kat wall Cucu Nenek saya tentang Keputusan UPSR 2011 keluar esok!
Esok, Khamis 17 November 2011 menutup tirai mak dan ayah saya menunggu keputusan UPSR anak-anaknya bila adik bongsu saya akan dapat result UPSR beliau.. Sungguh berdebar adik bongsu ni…
Teringat masa saya ambil result UPSR dulu. Bila bagitahu mak ayah, saya dapat 4A, mereka tak terkejut pun. Sebab mak dan ayah awal2 dah tahu saya dapat 4A. Ada informer kat JPN rupanya..
Masa PMR pun macam tu jugak. Punyala nak ‘tipu-tipu’ cakap “Along dapat 7A je mak..” sekali mak kata “Alah, mak dah tahu 9A” hehehe.
Masa dapat result UPSR dulu memang best sangat! Sebab saya selalu kena kutuk dengan cikgu Maths, kes tak pandai Maths. Sampai dalam meeting PIBG pun dia ‘bawak cerita’ pasal saya yang tak pandai Maths. Ayooo..
Lepas dapat result tu berangan la kononnya nak masuk Sekolah Berasrama Penuh la, MRSM la.. tapi sayangnya.. takde satu pun sampai T___T sedih jugak. Tapi ape nak buat rezeki takde. Akhirnya lepas merayu2 dapatlah masuk sekolah Naim Lilbanat. Tapi dok jugak mengharap dapatlah second intake MRSM ke.. Hehehe.
Akhirnya 3 tahun lah kat sekolah tu. Lepas PMR, chow pegi sekolah lain.
Saya ingat zaman saya UPSR dulu soalan pun simple-simple je. Ada 4 subjek je. Sekarang ada 5 subjek yang wajib, dan soalannya mak aih… Pernah tengok adik saya buat latihan “Uik, ini aku belajar kat sekolah menengah ni!”. Advance gitu!
Ye lah, zaman dah berubah kan. Zaman saya dulu, masuk darjah satu, 90% budak2 baru nak belajar kenal A B C. Sekarang ni darjah satu dah kena pandai membaca. Saya dulu rasa takdelah susah sangat pun nak pandai (perasan pandai). Saya masuk tadika umur 6 tahun, dah boleh membaca dan menulis sebab selalu menyibuk dengan mak ayah. Sekarang ni nak pandai macam susah je – kena pegi macam2 kelas yang guna macam2 method 😛 ~JK!
Hmm.. dalam masa 8 tahun lagi saya pula yang jadi antara ibu bapa yang berdebar tunggu result UPSR anak. Sekarang ni over sikit, dah pergi mintak borang nak masuk sekolah rendah, LOL! Maklumlah, takut sekolah pilihan penuh kang dihantar sekolah lain pulak. Susah le mak ini macham.
Entahlah apa aku merapu ni.
Good luck kepada adik-adik yang akan terima keputusan UPSR esok. Kepada adik saya UZAIR dan sepupu saya TIQAH & SITI, good luck!
Leave a Reply