It’s now official PETRONAS dah jadi title sponsor untuk pasukan Mercedes bermula tahun 2010. “Title Sponsor” PETRONAS-Mercedes lebih mengagumkan jika dibandingkan dengan ‘Sauber-PETRONAS’ & ‘BMW-Sauber’ sebelum ini.
Namun, banyak yang tak puas hati; especially Alex Yoong, kenapa tak sponsor pasukan dari Negara sendiri; iaitu Lotus F1? Kalau jadi, Petronas-Lotus F1 team memang banyak disokong oleh syarikat swasta tempatan; AirAsia, Naza Motor, Lotus-Proton & obviously PETRONAS. Pada masa yg sama, Pasukan Sauber pun melahirkan rasa kecewa sbb dah takde sponsor…
Sponsor F1 is big business, not a child play….
Actually, dah lama Petronas cuba nak jadi sponsor pasukan top F1 bertahun-tahun lamanya. Bukannya sebab tak mampu bayar, tapi kerana kebanyakan pasukan-pasukan ini dah lock partnership dengan syarikat minyak gergasi lain untuk berpuluh-puluh tahun lamanya. Shell mula sponsor Ferrari sejak tahun 1950 tau!
Masa mula-mula join sukan F1 tahun 90-an, cuma racing team sauber je yg terima Petronas jadi sponsor. And sebelum krisis ekonomi; dalam tahun lepas camtu, baru boleh start partnership dengan pembuat kereta sebenar; BMW, after years of searching.
Sejak krisis ekonomi bermula tengah tahun lepas, banyak pasukan gergasi yang terdiri daripada syarikat pembuat kereta mula tarik diri; termasuk penjual kereta no 1 dunia, Toyota. Yang tinggal cuma Mercedes je kot. Kerana krisis ekonomi jugalah Petronas dipelawa utk jd sponsor Mercedes, believe me, you can’t get this opportune offer bila ekonomi kembali pulih.
Bergantung kepada golongan sasaran, secara umumnya meamang lebih baik men-sponsor pembuat kereta daripada racing team. Sebabnya, berjuta-juta pengguna kereta tersebut akan merasa lebih yakin menggunakan produk Petronas sbb dah terbukti sampai ke litar F1. No matter berapa laju pun kita bawak kereta tgh highway, definitely not more than max speed in F1.
Since Mercedes merupakan kereta mewah seantereo dunia, produk Petronas akan dianggap premium dan sama tinggi dgn minyak berkualiti yg lain. Bayangkan keuntungan yg bakal Petronas raih (eventually kerajaan jugak la yg untung khen) jika org US/UK pun mula percayakan kebolehannya. Ini tak termasuk extra advantage untuk kita membida oil field di luar Negara.
Lagi satu, peluang untuk Mercedes menduduki top-3 position by end of the season is very-very-very much higher than Lotus F1 yg baru nak test jenteranya. Dengan Michael Schumacher jadi driver Petronas-Mercedes GP team next season, you almost can’t get it wrong here (wolopon MS dh tua, umur dh 41 tahun).
Ini akan membuatkan coverage Petronas sebagai brand yg boleh dipercayai diperingkat antarabangsa 20-30% lebih tinggi. You know la kan, orang cuma nak tengok siapa yang menang je. Anything more than nombor 5 normally org dah tak tgk siapa.
So to Lotus F1 team, you have to work harder to earn respect from sponsors; not just because some GLCs going to sponsor for the sake of sponsor. If one day Lotus F1 menang, I can guarantee you’ll get much better deal than Petronas; no worries…
Leave a Reply