Ni kalau kita kutuk drama Melayu mesti ada je la yang tak suka, konon tak support produk negara sendiri. Ada je lah yang kata “Kau buat je la drama sendiri”.
Sedarlah bahawa pengkritik memang dijadikan bukan dari kaum yang melaksanakan sesuatu, kalo tak mesti tak jadi pengkritik sebab dia dah tahu penat jerih nak hasilkan benda tu.
Tapi kan kalau tengok drama Melayu ni mesti rasa macam “korang ni tak buat research habis ke?”, “Buat drama macam pementasan kanak2 tahun 4 je”.
KalaI drama yang biasa2, mengisahkan makcik2 kampung, nak jodohkan anak, gossip sana gossip sini, tu kira OK la sebab benda rutin. Tak perlu nak studi2 bagai. Tapi drama2 yang konon2 nak menyajikan adegan saspen kepada penonton, akhirnya meninggalkan penonton yang bijak pandai macam saya dengan satu persoalan “Apa motif cerita ni?”.
Ya, motif cerita adalah sangat penting sebab saya bukan jenis tengok TV semata2 tengok je. Macam tu lebih baik saya tengok Raja Lawak. Drama sepatutnya menyajikan sesuatu yang bermotiflah, kut ye pun takde pengajaran berguna. Ini pengajaran pun takde, motif pun takde, conclusion pun takde. Tau2 je dah habis.
Oit, jangan kata “Sapa suh kau tengok?”
Saya tengok tu dah menyumbang pada rating drama tu OK!
Saya kadang2 teruja tau tengok trailer dan tajuk dia, terutama Cerekarama, tajuk cerita punyalah gempak lagi membuat hati ini tertanya…. Tapi bila dah tengok, ternyata hampehhhh. Hampeh kerana tajuk yang hebat itu langsung tak kena dengan jalan cerita, dan cerita tu tiba2 je habis meninggalkan saya terpinga2.
Macam orang bercerita tak habis je. OK maybe nak buat saspen, tapi sesungguhnya tak saspen langsung.
And saya tak kisah drama tu tak canggih ke, tak pakai CGI bagai, takpe, takpe. Tapi biarle logik, dan bermanfaat. Tapi saya dapati sekarang dah jarang cerita ‘jerit-jerit-kau-marah-aku-aku-marah-kau’, tapi banyak pulak cerita bunuh, sembelih dan tembak. Boleh tak kalau let cerita orang putih je camtu? Tak macho langsung bila Pakcik Kamal (bukan nama sebenar) pegang pistol. Pakcik Kamal lebih baik pegang tasbih, biar je Uncle Cammy yang pegang pistol. Kenapa nak kena tunjuk cara orang buat jenayah? Kot ye nak suruh public hati-hati, cakap je tak boleh ke? Cakap je lah “Pastikan pasang grill pintu dan tingkap nanti pencuri masuk”.
Maybe saya terlalu meletakkan expectation yang tinggi. Mungkin kena rendahkan sikit jangkaan saya.
Tapi takpelah, kira OK la kan ada revolusi. Pelan-pelan kayuh orang kata. Selamat maju jaya.
Leave a Reply