Kemeriahan Suasana Hari Raya Di Kampung

admin Avatar

Kalau diikutkan, inilah kali pertama kami beraya di Kelantan. Tahun pertama kahwin, raya di Johor. Tahun kedua, di Kelantan tapi Hafiy baru seminggu dilahirkan, jadi tak berayalah kami. Tahun ketiga di Johor juga. Ini adalah raya yang ke-4 sejak kahwin, dan kami berempat menyambutnya di Kelantan.

Malam raya, Abiy masih sengal2 badan, Hafiy dan Fahry pun masih bersisa demamnya. Cadang nak ke rumah Nye tapi tak dapek sebab anak2 dan bapanya belum sihat betul.

Tok Ayah ada belikan bunga api untuk Pak Su. Mulanya ingatkan saja nak usik a.k.a takutkan Hafiy dengan bunga api. Tapi last2, dia pula yang addicted. Siap nak main pula dengan api.

Lepas tu Hafiy dan Abiy terus tido. Mungkin sebab penangan ubat.

Dalam jam 10malam camtu, PokDe & PokLong (cousin Mommy) datang rumah ntuk ajak PakSu pergi rumah TokChik main bunga api. Mommy dan MokNgoh ambil kesempatan join sama, bawa Fahry sekali.

TokChik sangat gembira jumpa Fahry. Dipeluk ciumnya si kecik ni. Fahry pun dah baik sekarang ni, tak ada nak jebik2 bila orang ambil. Kat luar, budak2 riuh main bunga api. Happy betul mereka. Macam2 jenis ada, pong pang pong pang.. tapi tak boleh lawan kemeriahan mercun Tahun Baru Cina yang kami dengar masa kat Miri. Kat sana, nak tunggu tengok bunga api tak payah pegi KLCC or Dataran Merdeka time tahun baru, everytime ada perayaan, or even majlis kahwin mesti ada bunga api macam tu. Cuma takdela secanggih KLCC punya kot.

Esoknya, kami sekeluarga besar ni bergaya dengan baju tema pelbagai merah – maroon, merah, pink – (bilo MokNgoh nak upload gambar kat Flickr ni..). Lepas sarapan dengan nasi dagang MakTok, yang lain2 ke masjid, Mommy, Fahry & MakTok duk kat rumah. Bukan taknak bawa Fahry, tapi keadaan masjid kat sini yang terlampau meriah, tak mengizinkan bawa budak…

Bila Abiy balik dari masjid, dia cerita “Ramai sangat orang, sampai ke luar. Yang si Hafiy duk main2 kat kaki lima, sampai terbalik tong sampah dikerjakan dia”.

Kampung ni ada satu masjid yang bila hariraya memang penuh sangat. Maklumlah, semua anak2 merantau balik kampung. Dulu2, kat sini la nak jumpa dengan makcik2 kampung, especially cikgu dan tok guru mengaji. Sekarang ni, sejak kahwin tak pernah pegi lagi lah. Ye la, banyak raya kat Johor.

Lepas tu kami pergi rumah Nye, tapi mereka semua tak ada, semua pergi kubur. Mak Tok, Tok Ayah dan Paksu follow pergi kubur, kitorang pulak dengan MokNgoh pergi rumah TokNgoh dan TokSu. Kat sana ramai dah la atok2 yang ada. Ada nasi minyak kat rumah TokNgoh; sate, lontong, roti jala pulak kat rumah TokSu.

Balik semula ke rumah Nye bila dapat call dari Pak Uda kata diorang dah setel kat kubur. Kat rumah Nye, macam biasa makan2 dan bergambar family. Riuh betul. Tapi sayangnya si Hafiy tak masuk gambar sebab duk ralit ligan kucing. Dasar jacks! First time dia jumpa pistol (kat rumah asik main kereta je), habis kucing2 TokTeh ditembaknya. Ajak bergambar pun taknak.

Selesai upacara bergambar, Nye, TokTeh+family,& TokChik+family memulakan tour raya ke rumah moyang2 di Tanah Merah. Kita tak dapat join sebab kena balik Bachok, rumah Mok, moyang belah Tok Ayah pula, sebab pagi2 esoknya MokNgoh punya flight jam 9pagi. Kitorang pulak jam 7.40malam. Sadis sungguh.

Lepas beraya di Bachok, serba sedikit bermesra dengan sedara mara, tapi tak dapat sangatlah sebab masa tu dah tengah hari, semua pun dah terpengsan. Agak2 nak petang sikit, kita beransur. Ingat nak beraya rumah Makcik Efie tapi tak jawab tepon pulak. Kang pegi takde orang, malas kan 😀

Beraya di rumah MokYoh, MokSiti pun ada. OK, MokSiti lah yang memperkenalkan perkataan jacks (eja cemana ntahla tapi sebutannya camtu lah) untuk JAKUN 😛 Hafiylah si Jacks itu. Agaknya baru baik demam, sangat excited menjadikan rumah orang sebagai tempat bersilat. Kalau pegi rumah MokYoh, bila ramai2 berkumpul tu kadang2 mesti keluar la cerita “ada sorang budak Maghrib2 nak datang sini sampai ayah dia kena dokong bawa,..”

Pastu pulak ke rumah TokMa (Kezen MakTok). Tiap2 tahun memang wajib datang rumah TokMa ni. Mungkin sebab dah attached, sejak kecik2 lagi mesti datang sini dulu.

Dah setel membelasah serba sedikit kat rumah TokMa, kita pegi pulak rumah TokSu. Ada nasi dagang.. surprisingly Hafiy makan dengan selera sekali. Sampai 3 kali tambah! Kat rumah TokSu, ramai juga tetamu2 dia datang. Ada yang yang bercerita pasal gelagat Hafiy di masjid.. “Buah sengoti, habih bakow sapoh nyo tolok ke dio, kito dok takut dio reboh” (Lasak betul, habis bakul sampah ditolaknya, kita takut dia jatuh) kata PokMat.

Malamnya ingat nak keluar beraya lagi, tapi Mommy dah tak larat nak bangun. Rasa angin satu badan, rupanya sebab tak makan nasi putih seharian. Kemudian datang pula tetamu beraya, kawan MokNgoh merangkap adik kepada kawan Mommy, so lepas dinner nasi dengan ikan siakap masak masam manis, barula rasa OK sikit. Tapi mata dah ngantuk… kita tidur dulu!!!

Esoknya sambung beraya lagi sebelum flight .. 🙁

Alhamdulillah, walaupun sekejap je, tapi meriahnya raya sungguh terasa. Maklumlah masa ni la nak jumpa sanak saudara, rakan taulan yang kalau tak raya memang konfem tak jumpa punyalah. Kalau tak balik raya, bila lagi nak jumpa. Family besar kami ada bersepah2 di serata Malaysia dan Asia.

Kampung kami tak ada bara’an macam di Johor, dan takde marhaban dari rumah ke rumah. Cuma kunjungan-kunjungan ke rumah saudara mara dan rombongan keluarga kami melawat nenek moyang, macam tu je la. Tapi best sebab ramai2 gitu.

Semoga hubungan yang erat ni berkekalan walaupun kita dah duduk berjauhan.

hafiy raya

Pagi-pagi raya dah jenguk FISH dalam akuarium.

admin Avatar

10 responses to “Kemeriahan Suasana Hari Raya Di Kampung”

  1. denaihati Avatar

    Bestnya lah ber Hari Raya di kampung bersama keluarga… salam Aidil Fitri
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia Update =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alhamdulillah, berpeluang raya dengan keluarga kan.

      salam aidilfitri jua buatmu 🙂

  2. adianiez AIDA Avatar

    wah best nyer.
    penuh timetable beraya.
    baru la dikatakan beraya sakan, kan?
    elok la tu, eratkan sillaturahim.
    .-= adianiez AIDA´s last blog ..WEBLOG POPULAR 1MALAYSIA =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah bila kat kampung nak kena ziarah sedara mara semua

      tu pon tak semua sempat jumpa

      maklumla masa singkat kan hehe

  3. zool Avatar

    First time ke sini..
    Selamat hari raya..
    .-= zool´s last blog ..Rumah terbuka , proses menambahkan kapasiti =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      selamat hariraya zool

      terima kasih sudi berkunjung 🙂

  4. salzahari Avatar
    salzahari

    TQ for terima kitaorg beraya tadi ptg..penat weeh, balik tu. singgah rumah jiran lak, terus kena selsema! 🙁

    comel gmbr hafiy gaya Okomen (kata Aliah) tu….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      TQ sudi datang ke teratak kami hehe

      segala kesulitan amatlah dikesali *huhuhu*

      selesema banyak sgt makan kuih raya kot Aliah hehe
      semoga cepat recover ye korang…

      Hafiy mmg okomen tau Aliah 😀

  5. mirah Avatar

    wah meriahnya lyna beraya. Oh rupanya raya ke-2 dah balik kl ya, sabtu lepas g juga kb tu..

  6. lara Avatar
    lara

    menariknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge