Bayi pramatang ialah bayi yang dilahirkan antara minggu ke-24 hingga minggu ke-36 kehamilan. Mereka dipanggil pramatang kerana organ2 dan sistem mereka masih belum matang untuk bekerja sendiri, termasuk kawalan suhu badan. Oleh itu bayi pramatang memerlukan inkubator dan adakalanya ventilator bagi membantu mereka bernafas.
Kelahiran sebelum minggu ke-24 biasanya belum cukup kuat untuk hidup. Biasanya dipanggil keguguran.
Tanggal 18 Ramadhan ini saya telah dikurniakan anak buah pramatang. Kelahiran anak kedua pasangan Lin (Zalina) dan Fahmi pada minggu ke-25 kehamilan. Buat yang mengenali (& tak kenal pun takpe) jom kita tambah doa dengan mendoakan baby boy seberat 700 gram itu, agar segala yang terbaik untuknya.
Fahry kata “Prematures rock!”
Leave a Reply