Dulu-dulu semasa Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah di negara kita mula dilancarkan pada tahun 2001, saya masih belajar. Tak reti lagi bab-bab kapal terbang ni. Tapi saya rasa ia pasti begitu murah sehingga menjadi tagline ‘Now everyone can fly’. Bila dah bekerja dan tinggal di Sarawak, yes, Air Asia memang pilihan utama untuk balik kampung. Mana taknya, selalu je ada promo RM2, RM0! Bayar tax je. Mana nak dapat… kalau premier airlines tu, untuk budak-budak bawah 2 tahun je dapat privileged gitu.
Tapi, lama kelamaan AirAsia makin buat jiwa bergelodak. Mana taknya, nak makan bayar lain, bagasi bayar lain, nak itu nak ini semua bayar lain. Sudahnya, jadi lebih kurang saja dengan tambang MAS. Dahlah zaman dulu-dulu cabin crew AirAsia ni nak senyum pun tak reti. Apa lagi nak menolong. Hish, bikin hati panas saja.
Dia punya website punyalah tricky, silap klik je berbondong-bondong kena bayar.
Itu AirAsia. Kami naim EasyJet dari Paris ke Rome, dia punya kaunter sikit punya misteri. Punyalah jauh lagi tersorok. Cari penunjuk arahnya macam tresure hunt. Kalau dari lobi utama tu, tanya orang pun boleh keliru, betapa kona-nya si EasyJet ni.
Namun sebenarnya, tambang murah bukan bermakna MURAH MURAH MARI MARI LELONG LELONG! Syarikat penerbangan tambang murah, sebenarnya tak murah pun, tapi perkhidmatannya dipakejkan mengikut keperluan, kemahuan dan kemampuan penumpang.
Antara tips yang saya boleh kongsikan untuk menaiki penerbangan tambang murah:-
1. Baca betul-betul term & condition dia. Biasa orang kita ni malas nak baca, main klik ‘Confirm’ je. Sudahnya, nak complaint pun tak boleh, dah kita yang klik tak baca siapa suruh? Bila dah berlaku benda yang kita tak minta dari awal, misalnya tak order makanan lalu makanan habis, anak pula lapar terjerit-jerit… tak boleh nak ber-human mana pun, dah benda tak ada. Bukannya ada pasaraya kat udara tu. Hehe, itulah yang terjadi pada kami semasa penerbangan ke Tokyo. Positif sangat untuk tak pre-order makanan… akibatnya makanan habis. Hmmm.. telan jelah air liur.
2. Baca betul-betul sebelum buat piihan. Webisite AirAsia ni tricky sikit. Kalau tak baca, main ‘Yes’ ‘Agree’ ‘Confirm’, silap-silap extra charge kena bayar. Jadi baca betul-betul jangan main klik je.
3. Pastikan apa yang kita nak. Bottom line dia – semua benda kena BELI satu demi satu. Nak makan? Nak seat dekat-dekat? Nak bawa barang banyak-banyak? Nak wilcha? Nak entertainment? Semua tu perlu dibeli. Jangan bila dah terkena baru kita nak bising pula. Even check-in di kaunter pun kena bayar (So, check in online je lah..)
Saya bukan menyebelahi AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan tambang murah. Tapi sekadar berkongsi kebenaran supaya kita semua tak terasa tertipu walhal kita yang tak ambil tahu tentang kebenaran di sebalik ‘tambang murah’. Kalau nak murah, jangan order makanan, jangan beli luggage, check-in online, bayar atas tiket dan tax je. Kemudian harus expect benda-benda tambang murah ni. Parking jauh.. kaunter jauh… Belum lagi dalam flight yang macam bas mini… Stewardess main campak je makanan-makanan (bukan AirAsia, cabin crew AirAsia sopan santun hehe).
Kalau ada rezeki, memanglah lebih selesa naik kapal terbang premium macam MAS tu.
Leave a Reply