Walaupun ada kawan yang kata saya pandai menulis (pandai ke??) tapi saya tak pernah hantar karya saya ke mana-mana. Paling tak ke meja cikgu saja. Biasanya saya akan kene puji untuk karangan Bahasa Malaysia dan kena kutuk untuk karangan Bahasa Inggeris sebab saya tulis dalam Bahasa Sepanyol.
Tapi entah apa jin yang merasuk hingga saya menghantar karya picisan saya ke majalah Mami & Baby. Bila saya belek2, eh,ada la cerita yang saya tulis. Hahaha. Rasa bangga kerana mengatasi ketakutan menulis untuk bacaan umum(eh tapi saya tulis blog untuk umum juga kan? Apa2 je lah)..
Saya saja je hantar.. mana la tahu kan dapat hadiah misteri 😀 Tengok orang lain seronok dapat hadiah, saya pun ada hati nak jugak 🙂 (Ada hati nak jadi kolumnis majalah ni :D)
Ini adalah keratan konon-konon karya agung saya tu. Miahahhaa. Memang telebihhh. Takpe, mungkin ini adalah langkah pertama saya kan. I’m gonna write books and sell my books! Guna company Azizi Ali. 😀 Berangan. Takpe, saya percaya angan2 tak salah asalkan bertempat.
Buktinya saya dah banyak mencapai angan2 saya. Pertama, saya dapat belajar di tempat yang saya fikir cuma angan2 saja.Kemudian mendirikan rumahtangga dengan jejaka yang saya pun fikir cuma wujud dalam angan2 saya saja. Lalu, saya mendapat anak2 yang selalu bermain dia angan2 saya. Banyak lagilah! Marilah berangan!
Untuk baca cerita saya sila la beli Mami & Baby. Hanya RM6.50 😀
Hari ini saya tidak berapa ada mood untuk menulis. Kerana dua sebab. Pertama di muka depan akhbar seorang bayi dibuang lagi. Kedua, dia muka depan akhbar juga, seorang bayi 9 bulan mati tercekik bebola ikan (fish ball).
Kedua-dua kejadian cuma ada satu kesimpulan – ketidakprihatinan. Kejadian satu, bila seorang anak gadis itu hamil tanpa nikah, sebenarnya kan, takde tanda2 ke? Kalau yang mengandung halal ni siap mabuk bagai. Tapi saya ada dengar banyak cerita tentang mereka yang selamba saja bawak budak, takde mabuk, takde loya. Mungkin kekuasaan Allah di situ, untuk menutup aib mereka. Tapi mereka tak sedar2 tentang tu, sebab Allah tu sendiri dah tak ada dalam kamus hidup mereka. God is out of scene.
Ketidakprihatinan di sini, dari peringkat atas sampai ke bawah. Adakah ibu bapa mereka tahu? Jika tahu, adakah mereka terima atau buang daerah? Jiran tahu ke? Atau cuma buat tak nampak? Oh ye kalau saya jadi jiran pun saya buat tak nampak je kot, hahaha. Teruknya mindset begini. Dan si gadis prihatinkah pada masa depan sendiri? Tapi kan bila cinta tu dah mengelabui mata, memang tak nampak apa kecuali diaaa je la.
Kejadian kedua. Ketidakprihatinan yang tidak boleh blah. Fishball dibelah dua dan disuap kepada budak 9 bulan??? Hafiy pun masih saya pecah2kan fishball untuknya. Apa lagi Fahry yang umur 16 bulan tu.
Sebagai ibu bekerja saya rasa stress dengan kejadian begini. Sebab taska2 inilah tempat saya dan ibu2 lain akan hantar anak, sebab kami kerja. Dah banyak kejadian kematian bayi di taska, meruntun sungguh rasa hati. Yela zaman sekaang memang banyak kejadian pelik. So tak payah takut kalau naik kapal terbang, sebab takut terhempas, sebab ada banyak lagi benda yang kita hadapi hari2 perlu ditakuti seperti, tiba2 dpt panggilan dari pengasuh kata anak kita dah takde..??? Nauzubillahi min zalik.
Saya ada 3 hutang tag. Oh saya ada ada bnayak, termasuk award2. yang paling lama tag dari Eyriqazz. Yang terbaru dari Zety. Hehe. Disebabkan yang Zety bagi tu agak mudah, saya jawab yang Zety dulu la.
Sebeanrnya kena letak print screen apa yang kita buat bila masuk pejabat.
Tapi perbuatan saya adalah boring, jadi tak payahla Print screen bagai kot.
- Buka PC yang 30 minit baru siap semua.
- Masukkan password untuk Chat (internal), email dan other network.
- Buka email yang mengambil masa 30 minit lagi.
- Buka Firefly Firefox dan buka Gmail.
Itu saja. Saya jarang buka blog sebab biasanya kena block 😀 Facebook sekarang2 ni baru saya buka kejap2 sebab ada benda yang kena update, benda yang tak boleh view di iPod, kalau tak saya buka pakai iPod.
Untuk ibu2 mengandung, sila dapatkan Mami & Baby sebab banyak sgt tips untuk pregnant ladies.
Oh ye, ada sesiapa berminat nak mengikuti bengkel ikatan tudung bersama Majalah NUR dan sesi hati ke hati bersama Ms Maizawati? (Siapa Maizawati? Sila Google :D). Hanya RM10 sahaja,limited untuk 30 orang. Hurry! Contact saya untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply