Kanak-Kanak Istimewa – Fahry Jadi Bahan Kajian di IPT

admin Avatar

Fahry telah dipilih untuk menjadi bahan assignment seorang pelajar IPT di bawah tema ‘Kanak-Kanak Istimewa’.

Mungkin rezeki Fahry atau rezeki makcik IPT tu sebab ada subjek mudah untuk menjadi bahan kajian ‘Kanak-kanak Istimewa’nya tu, LOL.

Menjadi anak istimewa adalah satu kelebihan kepada Fahry, bila banyak mata tertumpu kepadanya, lebih-lebih lagi satu lagi keistimewaan beliau ialah dilahirkan tidak cukup bulan. Namun bahagian Fahry memang istimewa, bila bayi pramatang lain menghadapi pelbagai komplikasi, Fahry menjalani rawatan di Special Care Nursery dengan aman damai, tanpa sebarang jangkitan walaupun beliau paling terdedah kepada jangkitan kuman. Itulah rezeki yang sudah tertulis buat anak seistimewa Fahry.

Saya pun tak pasti apa jadah kajian atau study yang nak dibuat terhadap Fahry, oleh pelajar jurusan Kaunseling dari USIM itu. Saya rasa lebih baik beliau mengambil saya sebagai subjek kajian kerana saya lebih memerlukan kaunseling menghadapi karenah si kecik Fahry yang mengalahkan budak-budak normal (waduh, kok abnormal?). LOL. Penat weeeehhh layan si kecik ni. Bukan penat layan emosi “Oh.. anakku yang cacat~..” tapi penat melayan “Kamu ni cacat tapi tak macam cacat, Mommy pulak yang rasa dicacatkan nak melayan kamu nih” 😀 Dusyum!

Mungkin beliau nak lihat bagaimana Fahry carry perasaannya bila dilahirkan berkaki satu. Tapi saya rasa.. mungkin belum, atau mungkin tak ada langsung perasaan ‘merasa diri cacat’ pada dirinya. Saya agak anak istimewa saya ni bakal menyambung sunnah mendaki gunung tidak lama lagi, berdasarkan hobinya memanjat apa saja di dalam rumah, terutama kerusi dan meja. Hmm… mungkin bukan satu benda besar sekiranya Fahry itu normal seperti anak lain, biasalah budak2 kecil suka panjat2. Tapi dia panjat dengan satu kaki saja, itupun tak cukup jarinya, to me adalah amazing. Tambah2 si abangnya Hafiy tak ada perangai panjat2 ni.

Hari minggu yang lalu Fahry was caught red handed sedang mendaki tangga, tapi di sebelah handrail yang bukan tempat pijak tuh!

tangga kejayaan

Mungkin dia nak mencuba cara lain menaiki tangga.

Cubaan memanjat kerusi dari belakang juga sudah dibuat setelah boring panjat dari depan (cara biasa).

Sekarang usianya dah 19 bulan, nampak macam baby je, tapi jangan tertipu sebab dia dah besar sebenarnya. Pandai mengada-ngada, pandai demand, pandai ABC, hehe. Bonus bagi Fahry sebab dia anak no. 2, jadi perkembangannya dipengaruhi oleh abangnya Hafiy. Cepat sikit dia ni berbanding Hafiy. Cuma jalan je lambat. Itu tak boleh tolong lah.. dapat jalan ni pun bersyukur lah.

Fahry juga dah naik kelas di nursery, dari baby class ke kelas budak2 besar sikit. Sebaiknya dipindahkan saja sebab selalu dapat report dia ni suka membuli kawan-kawan baby. (Sorila yaaa anak2 sapa yang pernah kena buli dengan Fahry. Eh kire vangga apa Fahry glemer OK, muahahaha).

Hmmm. OK la. Over. Mak mana yang tak bangga dengan anaknya. Tak kiralah rupa macamana pun selagi namanya ibu, dan makhluk itu adalah anaknya, haruslah disayangi.

Saya harap ibu bapa yang punya anak istimewa di luar sana berbangga dan maksimakan potensi anak istimewa kita, walaupun dia tak macam orang lain. Jangan limitkan sebab dia tak cukup itu tak cukup ini.. lagi2 kalau kekurangannya cuma dari segi fizikal saja. Ramai je orang cacat fizikal yang berjaya. Takde hal punya. (Teman saya di UKM baru saja memesan basikal tangan untuk anaknya, syabas bette!)

Oh, surat saya ke Pa&Ma tersiar dalam isu bulan Ogos 2010 😀 Siap dapat mahkota tu! Bravo bravo. Tak sabar tunggu bukunya hihihi (jimat bajet i beli buku bulan ni).

Fahry menempel dalam Pa & Ma lagi.

admin Avatar

13 responses to “Kanak-Kanak Istimewa – Fahry Jadi Bahan Kajian di IPT”

  1. amirah Avatar

    hihihi..dah baca dah..masa tu Fahry tembam lagi..mmng cargas la Fahry..
    .-= amirah´s last blog ..Tiz Zaqyah yang cun =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bile tgk gambar2 lama, tembam Fahry rupanya 😀

  2. akak su Avatar

    apapun…fahry memang bestttt
    .-= akak su´s last blog ..Mintak maaf okkkk =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mak dia ? ekekeke

  3. kakLuna Avatar
    kakLuna

    kita kan berkembang ikut nature kita…kita lahir ada kaki tangan, mata boleh melihat, maka kita mmg gunakan apa yg kita ada sejak lahir. begitu jugak org yg cacat sejak lahir bg dia nature dia adalah gunakan apa yg dia ada wpun bg kita yg normal tgk dia ada kecacatan. akak fahry ‘tatau’ pun dia cacat, dalaman dia telah respon mengikut zahirnya sbb tu, panjat memanjat bkn 1 mslh krn bg dia,dia takde halangan!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kita je yg nampak dia macam cacat tp sebenarnya dia lebih mampu dari orang yg lahirnya normal tp sesuatu berlaku menyebabkan hilang angota sebab dia dah biasa dari lahir.

      tol tak kak?

  4. ANip Avatar

    cian dia..redha la..dia yg terbaek..
    .-= ANip´s last blog ..Nothing Is Impossible!!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dia memang tebaek!!!

  5. laila Avatar

    lama autie tak jumpa Fahry….dulu mami kata selalu melalak…skrg selalu panjat….:P…abes la mami…dah kurus bertambah kurus….tak payah beli tredmill….tak payah senamrobik….
    .-= laila´s last blog ..Trial Pack untuk Resdung- Eczema-Allergi-Asma-Gegata =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sekarang melalak+panjat+pukul orang. garang ni tauuu.

  6. Mommy Of Q's Avatar

    ei ..anak aku dia takmo wat kajian ka? heheheh.. 1 dari 32,000 kelahiran hokay … tak cukup gempak ker tuh? wakakakka… suh dia wat kajian, napa boleh takder tulang tapi semua jari ada ..misteri nusantara sungguh kan? ahaks!

    ko tau, skang si zayra suka tarik2 tgn kanan dia guna tgn kiri .. laki aku kata dia takut jer tangan kanan tercabut ..tau-tau tgn kiri dah pegang separuh tgn kanan .. hampeh punya laki! … heheheh…
    .-= Mommy Of Q’s´s last blog ..Qarissa Dengan Piano Ajaib! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      aku rasa tu ko kena mintak budak2 yg amik medic buatkan hehehehe.

      amboi bapaknya… bajet2laaa huhuh.

  7. Hanis Avatar

    hehe..baru smlm baca Pa &Ma…tgk gambar baby tu, mcm nak kenal, tp debab pulak..

    tgk penulis surat tu, sah-sah la mommy lynna nie..hehe
    .-= Hanis´s last blog ..Tips- Si kecil pun boleh kenal warna =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge