ini lah kaki kanan Fahry yang detached tu. kat tempat penyambung tu la tulang kering Fahry terdedah. Abiy kata daging pun exposed. itula yang membuatkan kami takut Fahry terkena infection, sebab Fahry ada wound yang besar dan terus ke tulang. sel kaki tu dah mati dan tak boleh sambung balik dah. rupa macam hati ayam je.
Abiy dah semadikannya dengan selamat.
sebab tu Mami kata Fahry bukan baby yang biasa. Fahry bukan aje premature tapi specially designed. kaki dan tangan Fahry tak macam baby biasa. sebab tu Fahry perlukan extra care. Fahry extraordinary! sebab tu masa mula2 tengok Fahry, menitis air mata Mami. bukan sebab Mami terkejut atau tak boleh terima kenyataan, alhamdulillah Mami terima dengan rasa amat bersyukur. Mami cuma rasa ‘kasihan anak Mami…’.
tapi Mami percaya setiap yang Allah berikan tu, ada sebab dan hikmah dia.
biarlah orang kata macam2,… memang ramai orang tanya, Mami ada penyakit ke? Mami ada makan ubat ke? Mami ada pegang parang ke? Mami ada potong binatang ke? Abiy ada buat itu ini ke? family ada history ke?… bagi kami ini anugerah dari Allah. bukan sebab apa2. dan juga sesungguhnya bukan sebab breastfeed Abang Hafiy masa pregnantkan Fahry. bukan juga sebab kejadian yang menimpa Arwah Tok Pa. tak.. bukan sebab2 semua tu.
sebabnya.. Allah sayangkan kita. Allah nak beri extra attention pada famili kita. kehadiran Fahry menguatkan lagi bonding family kita. dan juga mengeratkan ukhwah di kalangan kawan2 kami. ramai yang sayangkan kita rupanya… setiap hari Mami terima bertalu2 sms bertanyakan khabar Fahry & Mami dan ruangan comment kat blog ni pun tak sunyi dari pesanan2 yang sungguh memotivasikan, walaupun kami tak mengenali antara satu masa lain. alhamdulillah… terima kasih semua!
Mami juga rasa sangat bahagia kerana Allah pilih Mami untuk jadi ibu Fahry. bertuah sangat. pengalaman yang tak pernah dirasai oleh ibu Mami, ibu mentua Mami, nenek2 dan makcik2 Mami.
semoga Fahry terus kuat semangat sayang… Mami, Abiy, Abang Hafiy & semua sentiasa ada di samping Fahry…
Leave a Reply