Saya cuba untuk tidak menonton sebarang rancangan TV malam tadi memandangkan kami ada gathering WoHoWo ’12 pada esok paginya.. Haruslah saya tidak mahu terlambat (walaupun lambat jugak uhuhu).
Cerekarama ‘Jujur Aku Dayus’ lakonan mantap Beto Kusyairy dan Nora Danish adalah antara antara drama slot Cerekarama terbaik setakat ini. Kenapa terbaik?
– Penuh saspen. Dari awal sampai akhir duk berteka-teki saja.
– Not-a-typical-Malay-telemovie. Dari judulnya, trailernya, ceritanya, tak dapat nak agak apa yang berlaku dan akan berlaku.
– Sarat dengan pengajaran dan nilai murni, cewah.
Cerita ni mengisahkan Edree (lakonan Beto Kusyairy) yang berjaya mengubah Lisa (lakonan Nora Danish) dari seorang gadis sosial menjadi wanita solehah gitu, dan mengahwininya.
Konflik bermula bila Edree pergi bertugas di Jepun, mengalami kemalangan dan bila sembuh balik ke rumah, dia enggan tidur di bilik tidurnya. Jadi konflik yang penuh teka-teki bila:-
– Kemunculan Aishah (bekas tunang Edree) yang mengandung
– Edree menjadi sangat dingin dengan Lisa
– Edree selalu sindir-sindir-mata-ke-atas-tangan-di-dada bapak mentuanya
Lisa asyik sedih aje & Edree banyak habiskan masa dengan Aishah. Nampak macam Edree yang curang. Fuh, memang berpeluh Jujur Aku Dayus ni. Tak tahu nak telah apa yang akan terjadi.
Konflik berakhir dengan saspen juga. Lis menuduh Edree menghamilkan Aishah, minta cerai dan balik rumah Papanya. Edree pula meluah kepada Aishah yang dia sangat sayang pada Lis. Kakak Lisa pula cuba korek2 dari Edree apa yang berlaku tapi Edree taknak cakap.
Akhirnya pada hari yang sepatutnya mereka ‘bercerai’, Edree berterus terang kenapa dia berubah. Dan sebab itu jugalah dia kemalangan. Terkejut, Lisa juga menerangkan apa yang berlaku. Ternyata keduanya dalam keadaan ‘salah faham’ sekian lama.
Akhirnya semua selesai. Selamat pengantin baru katanya…
Pengajaran yang menarik:-
– Suami isteri kena transparent, jangan simpan2 nanti boleh bawa keruntuhan rumahtangga.
– Jangan keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami.
– Jangan berhubung lagi dengan ex-, bahaya woooo.
– Sayangi suami/isteri kerana Allah (sangat sweet~)
– Suami isteri sebaiknya jangan berjauhan lama2, boleh menimbulkan fitnah 😀
Apa pun, mantaplah drama ni. Tahniah pada semua yang terlibat. Harap2 lebih banyak drama seumpamanya dikeluarkan di Malaysia ni – drama bermanfaat.
Beto Kusyairy, naik saham kot? 😀
Leave a Reply