Jerebu di Kuala Lumpur 2013

admin Avatar

Pagi itu semasa menghantar anak ke sekolah, saya dapati cuaca agak berlainan. ‘Jerebu lagi la ni’ kata saya dalam hati. Disebabkan KL selalu juga jerebu, tak adalah hairan sangat dengan suasana berkabut.

Tapi petagn tu mendapat berita dari Johor, teman-teman di Johor, terutama di sekitar Muar melaporkan jerebu yang teruk di sana, katanya kerana pembakaran hutan di Indonesia. malah teman di Singapura pun melaporkan benda yang sama.

Kebetulan pada masa tu saya sedang dalam menyiapkan diri ke Jakarta. Di Jakarta, tiada kabut yang kelihatan. Cerah seperti Jakarta yang biasa.

Ketika terbang balik ke Kuala Lumpur, kepulauan Indomesia boleh nampak jelas dari jendela kapal terbang.

jerebu indonesia
Dari langit Indonesia

Sepanjang jalan tertanya-tanya juga tentang khabar jerebu di Malaysia. Maklumlah, kurang perhubungan internet menyebabkan terputus hubungan seketika.

Masuk ke ruang udara Malaysia, terasa lemas, dan kelam. Langit biru tak lagi kelihatan. Malah landskap Sepang yang yang biasa dapat dilihat, tidak kelihatan. Kecuali ketika pesawat hampir mendarat.

jerebu malaysia
Dari langit Malaysia

Meski masih dalam pesawat, namun bau asap menusuk hidung.

Walaupun baru jam 6, tapi langit dah kelam.

Perjalanan dari LCCT ke Kuala Lumpur terasa sangat lemas dan ketat. Rupanya bacaan IPU di Kuala Lumpur dah menghampiri 200.

Seketika kemudian, mendapat mesej dari cikgu sekolah bahawa tadika anak-anak ditutup pada hari esoknya (Isnin) kerana jerebu.

Jerebut di Kuala Lumpur kali ni memang dahsyat. Sepanjang saya berada di KL ni tak pernah lihat dan rasa jerebu seteruk ni. Bayangkan duduk dalam rumah pun berbau asap. Apa lagi kalau nak keluar, memang tak keluar lah.

jerebu kuala lumpur 2013
KLCC hilang dalam jerebu

Suasana di sekitar kejiranan kami.. sunyi dan sepi. Semua orang pun tak keluar rumah, atau pun mungkin ke tempat yang lebih ‘segar’ udaranya, seperti shopping mall.

jerebu
Lindungi saluran pernafasan ketika jerebu

Bila berlakunya musibah macam ni, barulah kita hargai nilai setitis air hujan dan udara yang segar. Juga belajar tentang arah angin pada bulan Jun.

Semoga menjadi iktibar kepada semua pihak dan tidak terjadi lagi kejadian seumpamanya.

admin Avatar

One response to “Jerebu di Kuala Lumpur 2013”

  1. irfa Avatar

    mmg mcm org bakar sampai baunya masa jerebu teruk tu hari
    wah,mata dah okey
    boleh la melaram dgn spek hitam 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge