, ,

Bisnes Yang Mudah Dijalankan

admin Avatar

Apakah bisnes yang mudah dijalankan?

Ramai yang menyangka bisnes mudah ialah bisnes yang kita tak perlu buat apa-apa. Ya, kebanyakan orang mempunyai sangkaan demikian terhadap ‘bisnes mudah’, demikian ramai orang-orang yang sedia sibuk dengan urusan harian teringin mendapat side income dari bisnes.

Namun ramai yang tidak menyedari hakikat ‘bisnes mudah’ bukanlah bisnes yang hanya perlu tekan satu butang dan wahhhh! Terus untung!

Malah, kena hati-hati dengan ‘bisnes mudah’ semudah ‘sign-up’ dan dapat duit setiap minggu.

Bisnes yang mudah dijalankan, mengikut definisi saya:-

  • Fleksibel dan boleh diatur masanya mengikut jadual kita
  • Automated dan tetap berjalan meskipun kita tiada di hadapan komputer berhari-hari malah berminggu-minggu
  • Kita berkuasa untuk menggerakkan bisnes kita sendiri
  • Yang, penting kita seronok dan happy bekerja berhempas-pulas

Bagaimana nak mencari bisnes yang mudah?

Pertama sekali kita kena kenal diri kita, limitation kita, passion kita. Dan kena tahu hakikat ‘man jadda wa jadd‘ atau ‘nothing ventured, nothing gained‘. Sunnatullah, untuk dapatkan sesuatu kita harus lakukan sesuatu.

Jadi, buang dulu tanggapan bahawa bisnes mudah itu adalah bisnes yang boleh dilakukan cuma dengan petik jari tanpa mengorbankan apa-apa.

Saya nak cerita bisnes yang automated dan boleh berjalan sendiri walaupun kita tiada di depan komputer.

Apa? Buat duit setiap minggu tak payah buat apa-apa? Bukan, bukan. Bukan benda yang macam tu. Itu pun boleh jadi kalau kita jadi stakeholder mana-mana syarikat, atau punya rumah sewa misalnya.

Jadi, apakah bisnes mudah yang automated ini:-

  • Bisnes yang dijalankan secara online, mempunya kekuatan untuk terus berjalan walaupun tuannya tidak online sepanjang masa. Kepentingannya mempunyai website atau blog yang power dan mendapat kepercayaan Google,
  • Bisnes yang boleh dijalankan bersama-sama (dgn ejen mahupun dropshipper atau rakan kongsi), yang mana pengedaran produk boleh dilakukan oleh orang lain bagi pihak kita yang tidak dapat melaksanakannya.
  • Bisnes yang kita tidak terlibat dalam penghasilannya. Jadi walaupun kita tiada.. misalnya urusan di luar kawasan atau bercuti, bisnes tetap boleh berjalan, produk tetap ada.

Sebelum menceburkan diri, kaji dulu serba sedikit tentang bisnes yang ingin dijalankan. Walaupun sekadar suka-suka tapi alangkah baiknya suka-suka itu membawa kepada keuntungan yang berpanjangan, bukan?

Selamat memulakan bisnes sendiri!

admin Avatar

One response to “Bisnes Yang Mudah Dijalankan”

  1. Rina Avatar

    nampanya harus melakukan banyak survey terlebih dulu agar tahu bisnes2 automated dan mudah dijalankan terutama bagi ibu rumah tangga seperti kita yang kewajiban utamanya adalah mengurus keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge