Saya sebagai penulis blog ini dengan segala hormatnya menjemput para pembaca blog My Super Kids untuk kita sama-sama memeriahkan Karnival Si Jantung Hati yang dianjurkan oleh mereka yang sukarela bagi membantu beberapa keluarga kepada anak-anak yang mengalami masalah jantung.
Karnival ini dillhamkan oleh Baby Ibrahim, antara bayi yang glamour di kalangan para gentle-bither… yang juga mengalami masalah jantung, yang dikenalpasti pada minggu ke-2 kelahirannya.
Maka…
Si jantung hati… Yang tersayang… Jantung hatiku 🙂
Bayangkan bagaimana bila jantung hati kita sakit, tak sihat… tambah2 masalah organ yang utama – jantung. Bayangkan pula kalau kita tak berkemampuan nak menyediakan sarana bagi merawatnya… Kerana itulah dengan apa yang terdaya, mungkin usaha kecil kita bisa membantu sedikit kalaupun tak banyak..
Ayuhlah kita beramai2 ke karnival amal ni. Beraktiviti dan membeli-belah sambil membantu mereka.
Antara aktiviti menarik untuk seisi keluarga:
- Gerai jualan
- Tayangan gentle birth
- Bouncy castle
- Face painting
- Felt & paper craft
- Wii challenge
dan macam2 lagi! Sangat menarik terutama bagi mereka yang mengamalkan natural living.
Jom sama2 bawa anak2 sempena cuti sekolah ni ke:
Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
23 Disember 2012
10pagi – 6petang
Sebarkan peluang beramal ini…
Maklumat lanjut di FB : Tabung DOA Ibrahim
Leave a Reply